Waahhh… seronok dengar cerita persiapan hari raya pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, kalau tahun 2017 baju raya Che Ta ada 30 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya tetapi berbeza tahun ini dia cuba bersederhana dengan menyiapkan 20 pasang persalinan.
Haaa… jangan tak tahu, semua baju rayanya sudah siap gosok cuma tinggal untuk dipakai saja lagi.
“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang.”
Tudia… semangat sungguh nooo! Agaknya apa lah fesyen beliau dan keluarga pada tahun ini? Yang pasti, tentunya semua sedondon.
Ads
Pernah Dikecam Sebab Koleksi Baju Raya
Tahun-tahun sudah wanita yang turut memegang gelaran usahawan berjaya ini pernah dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarganya. Namun ada sesetengah peminat tak sabar nak tengok pakaian sedondon Che Ta bersama keluarganya, terutama bersama si kecil Aaisyah yang makin cantik bergaya.
Ads
Ads
Sebenarnya sebelum ini dia pernah dilantik sebagai duta jenama pakaian sebuah butik selama setahun, jadi dia diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Jadi tahun ini janganlah kecam lagi ya. Doakan yang baik-baik buat Che Ta dan keluarganya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gara-gara tidak tahan dengan sikap suami yang gemar berpoya-poya dan berperangai keji, seorang wanita nekad mengupah orang untuk mengerat kemaluan suaminya.
Wanita dikenali sebagai Ayesha, 45, ditahan bersama anak saudara, Nandini, 30 dan suaminya, Pawan Vishwakarma, 35, selepas mangsa, Dr Shafatullah Khan ditemui mati dibunuh dalam kejadian di Jabalpur, Madhya Pradesh, India pada Selasa minggu lalu.
Hindustan Times melaporkan, wanita terbabit dibantu mereka sebagai rancangan untuk balas dendam di sebuah rumah.Bagaimanapun, Pawan kemudian mengarahkan dua lelaki yang diupah melaksanakan tugas itu supaya membunuh mangsa. Dua lelaki terbabit masih bebas dan kini diburu polis.
Mayat mangsa ditemui dalam sebuah rumah di Jabalpur, Madhya Pradesh dengan 12 tikaman di dada manakala leher dan pergelangan tangan dikelar. Jurucakap polis, Shashikant Shukla berkata, mangsa ditemui dengan 12 tikaman di dadanya manakala leher dan pergelangan tangan dikelar.
Ayesha mengahwini suaminya pada tahun 1991 tetapi lelaki itu menggunakan kedudukannya sebagai doktor untuk menjalin hubungan dengan beberapa wanita termasuk gadis muda.Dia memperdayakan beberapa orang kononnya dengan menawarkan pekerjaan sebagai jururawat sebelum merogol mereka.
Ayesha mendakwa, suaminya pernah merogol Nandini ketika berusia 11 tahun menyebabkannya mengandung, namun perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan keluarga untuk menutup malu.
Tak susah sebenarnya nak dapatkan pahala sunat pada hari raya. Tapi itu lah dikala kita sedang sibuk dengan segala persiapan raya, adakalanya kita terlupa dan terlepas pandang dengan perkara-perkara sunat yang amat digalakkan untuk dilakukan pada hari raya ini.
Menghidupkan malam hari raya dengan beribadah kepada Allah,seperti bertakbir,berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, bertakbir, bertasbih dan beristighfar pada sepertiga akhir dari malam itu, dan yang terbaik ialah menghidupkan seluruh malam itu dengan amalan tersebut.
Ini berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:
(من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى محتسبا، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب)
Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Korban, maka hatinya tidak mati pada suatu hari yang mana hati-hati orang lain mati.”
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘Selamat hari raya, Maaf Zahir Batin’.
Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :-
” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “Taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
Disunatkan untuk berniat mandi sunat di pagi hari raya sebelum berangkat menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri.
Disunatkan untuk makan sedikit pada pagi Hari Raya sebelum ke masjid. Disunatkan juga makan dahulu beberapa biji tamar (bilangan ganjil) pada hari raya Fitrah, dan dilewatkan makan pada hari raya Korban sehingga balik dari menunaikan solat.
Ini berdasarkan hadis Anas:
كان رسول الله لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل تمرات
Maksudnya: (Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari raya Fitrah sehingga baginda makan beberapa tamar.)
أن رسول الله لا يخرج يوم الفطر حتى يأكل، وكان لا يأكل يوم النحر حتى يصلي
Maksudnya: Hadis Buraidah (Bahawa Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya Aidilfitri sehingga baginda makan dan baginda tidak makan pada hari Raya Korban sehingga baginda solat.) Riwayat Tarmizi & Ibnu Majjah
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.Walau pun begitu, tiada halangan untuk pulang mengikut jalan yang sama.
Banyakkan berdoa kepada Allah pada malam Hari Raya kerana malam raya merupakan antara waktu mustajab doa dimakbulkan.
Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.
Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun. Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya anda bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memasuki 10 malam terakhir Ramadhan umat Islam menggandakan ibadah di bulan puasa. Moga Allah memberikan anugerah bertemu Malam Lailatulqadar. Seharusnya dalam tempoh ini, hati seorang yang berpuasa semakin lembut dan tenang jiwanya.
Begitulah jiwa Bonda atau nama sebenarnya Intan Liana Salleh yang mendoakan mereka yang pernah dekat dengannya. Biarpun kehidupannya selepas bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1 penuh liku dengan ujian, wanita ini terus cekal mengharunginya.
Hal ini dikongsikan dalam instagramnya. “Memaafkan akan membuatkan hati kita tenang. Percaya dengan qada dan qadar Allah. Harungi setiap ujian dengan sabar, fitnah.. Cerita dan hukum yang dirangka.
“Maafkan saja manusia-manusia ini. Cukup hanya keluarga kita sahaja yang tahu apa sebenarnya terjadi. Biarkan dia terus berkata. Satu hari kebenaran akan datang sendiri tanpa kita jemput.” Ini doa yang dititipnya malah berkongsi hashtag ‘alhamdulillah habis iddah’.
Biarpun catatan yang dikongsi ini diambil dari orang lain, semoga apa yang diimpikan Intan ini akan menjadi nyata.
Dan akhirnya Intan lebih rela mengambil jalan perdamaian. Sememangnya sejak dulu lagi, Intan tidak pernah memburukkan sesiapa atau menyalahkan sesiapa atas qada dan qadar yang terjadi pada dirinya. Sebaliknya, Bonda terlihat terus kuat bekerja demi anak-anak.
Dalam beberapa hari lalu, Intan juga memaklumkan yang dirinya sudah mula menerima suasana baru dalam hidupnya. Intan berkongsi dia telah berpindah rumah baru.
“Finally soap semua. Terima kasih sangat-sangat kat my ex abang ipar dan biras @saramusykirah . Kalau korang tak ada tak tau apa jadi. Banyak sangat mu tolong. Mu tau ambo nak type ni pun da sebak. Sempat sebulan dengan mu. Dekat dengan mu. Tq to Bob banyak sangat tolong tak terbalas rasanya.”
“Tuk anak-anak Bonda, Aisyah, Alya n Alayka (kakibuli) Bonda sayang korang. Da rindu sane. Tq @saramusykirah selama ni jadi tempat mengadu dan menangis. Semoga ukhwah kita selama-lamanya. Ambo sayang mu.
“Tq jugak kat Syira n Hawa dari @fitrah.project tolong bonda mengemas. Sorang-sorang boleh tapi lambat sebab ada anak kan. Tq Syira tak berkira time. Tq juga pada insan yang membantu dari segi lain-lain.”
Ramai wanita yang bersimpati dengan ujian hidup wanita bernama Intan Liana Salleh. Mereka tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat. Sayang sungguh mereka dengan Intan ini. Sekiranya ada yang membuatkan Intan sedih, mereka akan mempertahankan Intan dan memberinya kata-kata semangat.
“Aku berlari, aku sabar, aku tabah, aku menangis, aku ketawa, aku suka, aku gile.. Apa yang sudah ditentukan. Aku terima. InsyaAllah. Apa yang dirasa hanya aku yang tau. Kita bukan robot boleh diset-setkan. Apapun berbalik pada Allah. Cuba menerima dan berbalik pada family. Yang banyak membantu segala-galanyanya.”