ubat kolestrol

Nikmat sihat adalah harta yang paling bernilai. Usia muda tidak menjamin tubuh badan yang sihat bebas daripada sebarang penyakit. Antara penyakit yang selalu dihidapi ramai ialah kolesterol tinggi, yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat sekaligus menyebabkan risiko penyakit jantung!

Apabila mempunyai kolesterol tinggi, ramai terpaksa bergantung pada ubat yang diberikan oleh doktor yang berkesan membantu mengurangkannya. Kesalnya, pada masa yang sama ada yang mengambil jalan mudah, tetap tidak menjaga pemakanan dan selalu mengambil makanan yang berlemak dan berminyak ini dengan alasan, “nanti boleh makan ubat”.

Jemput baca perkongsian oleh Pegawai Farmasi, Faiz Akmal Mfa ini mengenai perkara ini;

UBAT KOLESTEROL

Kolesterol adalah lemak yang selalu beredar dalam darah kita.Kolesterol ni asalnya adalah benda yang PENTING supaya dapat bina sel dan hormon kita.

Tapi, bila mana kolesterol ni terlalu TINGGI (sebab kita duk TAK JAGA MAKAN), ia boleh menyebabkan SALUR DARAH TERSUMBAT, dan lagi TINGGI risiko SERANGAN JANTUNG!

Kita akan dapat PENYAKIT kolesterol bila mana hasil UJIAN DARAH kita mendapati:

1. Kolesterol JAHAT kita terlalu tinggi. Kolesterol JAHAT inilah punca salur darah tersumbat!

atau

IKLAN

2. Kolesterol BAIK kita terlalu rendah. Kolesterol BAIK nak bantu singkirkan kolesterol melalui hati dan dibuang ikut hempedu.

Doktor akan MULAKAN ubat kolesterol, bergantung pada keputusan UJIAN DARAH kita itu, berbeza-beza ikut setiap individu.

Sila rujuk gambar di bawah.

Ubat 1 : STATIN
– Paling berkesan kurangkan paras kolesterol
– Kurangkan penghasilan kolesterol oleh organ hati kita
– Men ‘slow’ kan pembentukan plak yang baru
– Meng ‘kecik’ kan saiz plak yang sedia ada
– Ambil pada waktu MALAM sebelum tidur (sebab kolesterol BANYAK dihasilkan pada waktu MALAM)
– Kesan sampingan: sakit sendi atau otot

IKLAN

Dah Makan Ubat Kolesterol, Bukan Lesen Tetap Makan Makanan Berminyak & Berlemak!

Ubat 2 : GEMFIBROZIL (yang kapsul warna merah putih)
– Kurangkan penghasilan pengangkut KOLESTEROL JAHAT dalam darah
– Ambil 30 minit SEBELUM makan pada waktu MALAM
– Kesan sampingan: Loya, cirit birit

Dah Makan Ubat Kolesterol, Bukan Lesen Tetap Makan Makanan Berminyak & Berlemak!

Walaupun kita dah makan UBAT KOLESTEROL, itu bukan lesen supaya kita boleh mencekik makanan2 berminyak dan segera macam KFC, McDonald’s semua tu.

IKLAN

Ubat, ubat juga. Makan tetap kena jaga. Senaman tetap kena buat. Seiringkan semua sekali.

Dengan harapan,Kolesterol JAHAT kita semakin kurang, Kolesterol BAIK kita semakin tinggi, dan semakin KURANG lah risiko kita untuk dapat serangan jantung.

Semoga membantu. ??

Sekian,
Faiz Akmal Mfa,
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, dapat mengenal pasti fungsi jenis ubat kolesterol yang digunakan serta menjaga kesihatan diri.

Sumber: Faiz Akmal Mfa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI