
Raya Haji makin mendekat, sudah tentu yang tinggal di belah Pantai Timur tak sabar nak balik kampung. Di sana, Aidiladha cukup meriah sambutannya. Kalah hari raya Aidilfitri. Dalam pada itu tentu banyak daging korban diagihkan ke rumah-rumah.
Selain dijadikan hidangan sup, ada satu lagi menu simple yang menambat hari keluarga. Ini perkongsian daripada Puan Wan Samira, resepi daging goreng Kelantan.
“Raya haji tinggal berapa hari lagi? Sebenarnya counting day nak balik kampung. Asal raya korban, menu daging goreng mesti ada. Ni Mira nak share style goreng daging style kelantan.”
Bahan-bahan Daging Goreng Style Kelantan
Daging ( Nak sedap, guna lembu Malaysia)
1 Biji bawang holland
2 Biji Lada besar
Air
Garam
Perasa
Kicap
Minyak masak
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Sos tiram
Cara-cara Membuat
1. Hiris daging ikot saiz yang nak, kalau nipis-nipis lapis lagi best.
2. Masukkan daging ke dalam kuali berserta dengan air. Lagi banyak air, lagi empuk daging. Gua api besow.
3. Masukkan serbuk kunyit sedikit. Bagi ada warna gitu.
4. Masukkan bawang besar, lada, garam dan perasa.
5. Bila dah air dah kering, masukkan minyak sedikit dan sos tiram dan kacau kacau (api perlahan). Last, masukkan kicap.
Kacau-kacau siap! Bolehlah nikmati daging goreng style Kelantan ni dengan ahli keluarga ya.
Tip
***Tip nak daging empuk, hiris melintang urat daging.
*** Kalau ada daging lebih, kalau nak simpan dalam peti ais kan, make sure daging tu tak kena air sebelum disimpan.
Sumber/Foto: Wan Samira via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Alhamdulillah… Anugerah Dari Allah”, Bekas Isteri Da’i Farhan Selamat Bersalin

Setiap orang miliki kisah pahit sendiri, begitu juga dengan Fatin Nurul Ain Mat Aris, 30. Bekas isteri Da’i Farhan ini daripada mula kelihatan tenang dengan segala yang berlaku.
Dia tak pernah melatah atau menyalahkan sesiapa dalam kemelut rumah tangganya. Sebaliknya dia menyerahkan segalanya pada Allah.
Sudah pasti setelah tahun berganti, Fatin juga mahu apa yang berlaku Disember tahun dihanyut ombak. Biarlah apa yang berlalu pergi dan kini Fatin bahagia di sisi anaknya-anak.
Selamat Lahirkan Anak
Alhamdulillah kini bekas isteri Da’i selamat melahirkan seorang anak lelaki, bersyukur ke hadrat Ilahi kedua-dua selamat dan sihat. Menurut Fatin, anaknya adalah anaugerah indah dari Yang Maha Esa.
Melalui perkongsiannya di facebook, Fatin Fnama
Alhamdulillah anugerah terindah dari Allah Yang Maha Esa.. Lahir seorang khalifah kecil ummi…
.
Semalam spend time sepenuhnya dengan kakak..
.
Rupanya adik nak lahir melihat dunia hari ni. Alhamdulillah berkat doa semua. Semua dipermudahkan..
.
5/7/2018 genap umur kakak setahun 6 bulan
5/1/2020 lahirlah adik fariha
.
Assalamualaikum semua,
Doakan saya ye semoga saya sentiasa sihat & sentiasa dalam lindungan Allah… Amin
#baby boy
#anugerahterindah
#heroummi
Kini sempurna hidup Fatin, apabila ditemani sepasang anak. Semoga anak kecil ini membesar, menjadi anak yang soleh serta menjadi pelindung buat ummi dan kakaknya, Fariha.

Berdebar Menanti Kelahiran
Terdahulu, sehari sebelum bersalin, Fatin sempat berkongsi dia berdebar menanti kelahiran anak keduanya ini. Katanya bimbang dengan pengalaman yang bakal ditempuhi dalam melahirkan anak kali ini yang berlainan jantina.
Katanya, Fatin Fnama
Tercipta Pengalaman melahirkan anak berbeza-beza.
.
Si kakak awal 3 hari dari tarikh due, si adik dh terlepas due ni, masih seronok lagi dalam perut ummi..
.
Ada kajian mengatakan melahirkan anak lelaki lebih sakit berbanding anak perempuan. Tanya mak pun , kata dua-dua sakit…
.
Tak kisah dah anak lelaki ke perempuan. Yang penting lahir dengan selamat. mudah mudahan dipermudahkan.
.
Masih gagahkan diri lagi jalan-jalan, layan si kakak, tempat yang Fariha paling seronok untuk menikmati alam…️

MW: Tahniah diucapkan kepada Fatin, semoga dipermudahkan urusan, selamat berpantang dan jaga diri. Insyallah Allah sentiasa bersama Fatin. Semoga ujian yang dilalui menjadikan Fatin cukup-cukup kuat menempuh hari mendatang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kenal Di Tik Tok, Beza Usia 35 Tahun Tak Halang Cinta Nenek 62 Tahun Bertemu Jodoh Lelaki Bujang

Kenal di Tik Tok, beza usia 35 tahun tak halang cinta nenek 62 tahun bertemu jodoh lelaki bujang. Ajal maut jodoh pertemuan sudah diatur Allah sejak di luh mahfuz lagi.
Satu perkongsian di Tik Tok @rokiah samad menarik perhatian ramai apabila bertemu jodoh dengan lelaki bujang, di mana usia mereka berbeza 35 tahun jaraknya.
Kenal Di Tik Tok
Dari perkongsian Rokiah memaklumkan, pertunangan mereka berlangsung pada 6 Jun 2022 selepas mula berkenalan di media sosial pada 21 Oktober 2021. Tidak mengambil masa lama untuk mengenali hati budi, di sebalik perbezaan usia itu keduanya mengikat janji tiga bulan kemudian iaitu pada 9 September 2022 untuk disatukan sebagai suami isteri.
Selepas berkongsi di media sosial, kisah unik cinta pasangan berbeza usia 35 tahun ini meraih perhatian media kerana jarak usia di samping dirinya sudah bergelar nenek sementara suaminya, Mohammad Amin Jundail seorang lelaki bujang.
Walau dilihat agak jauh perbezaan usia umpama nenek dan cucu atau ibu dan anak tetapi pasangan ini dilihat begitu bahagia. Tambah lagi Rokiah dilihat seakan tidak makan usia meski pun sudah bergelar warga emas.
@mohammadamiinrokiahfamli♬ original sound – 🐝
Dalam satu petikan temuramah bersama MStar, Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Adam yang berasal dari Sabah, pada awalnya dia hanya mahu berkenalan saja dengan isterinya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu.
“Tapi makin lama perasaan sayang semakin menebal. Dari rasa sayang hingga rindu timbul dalam diri hingga sukar untuk saya ungkapkan perasaan itu bagaimana. Tambah lagi, isteri bukanlah usahawan ternama sebaliknya hanya biasa-biasa saja. Saya percaya Allah sudah menetapkan jodoh saya bersama isteri,”katanya.
Beza Usia 35 Tahun Tak Halang Cinta Nenek 62 Tahun Bertemu Jodoh Lelaki Bujang
Jika sebelum ini mereka hanya berhubung melalui mesej, panggilan telefon namun pada Disember 2021 saya datang ke Semenanjung.
“Bukan terus bertemunya tapi saya cari kerja dulu sebagai tukang urut di Johor buat mengumpul duit. Tepat pada hari jadi saya, 10 Januari 2022 barulah saya bertemunya di Kelantan. Adam memaklumkan ketika mereka bertemu, isterinya itu memiliki 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit di mana anak sulungnya sendiri berusia 45 tahun.
“Tapi Allah sudah mengatur jodoh kami dan saya bersyukur di atas pertemuan ini,”katanya yang merupakan anak ke-8 dari 10 beradik berasal dari Semporna, Sabah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jodoh Janda Ditentang Kerana Kekasih Masih Teruna
Bahagia Dengan Jodoh Yang Diatur Anak-Anakku Sendiri
Dalam pada itu, Rokiah turut mengakui walau usianya 62 tahun namun dia terasa seperti usia 40 tahun. Masih sihat, insya Allah.
Ditanya mengapa dia menerima lelaki jauh lebih muda darinya itu pada peringkat usia anak-anaknya saja, kata Rokiah, dia menerima suaminya Adam kerana dirinya baik. Sangat bertanggungjawab dan caring.Paling penting dirinya penyabar,”katanya memaklumkan dirinya suri rumah sepenuh masa.
Dalam pada itu Adam turut memaklumkan, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya.
Ällah dah atur sebaiknya. Dia pelengkap tulang rusuk saya. Walau beza usia, kehidupan kami bahagia dan aman damai. Isteri juga caring dan pandai masak. Dia sempurna di mata saya serba serbi.Anak-anaknya juga menerima saya dengan baik. Alhamdulilah atas jodoh ini,”katanya yang memohon doa agar rumahtangganya terus bahagia.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Doktor Perancis Sahkan KES PERTAMA Bayi Dijangkiti COVID-19 Ketika Dalam Kandungan

Agak merisaukan bagi wanita hamil, apabila bayi dalam kandungan juga berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19. Terbaru Doktor di Perancis mengesahkan kes pertama jangkitan membabitkan bayi yang positif COVID-19 ketika berada dalam kandungan ibu.
Alami Gejala Pada Sistem Saraf
Bayi lelaki yang dilahirkan pada Mac lalu itu didapati mengalami bengkak pada otak dan mempunyai gejala pada sistem saraf, seperti dikaitkan dalam kalangan dewasa yang dijangkiti COVID-19.
Jurnal ‘Nature Communications’ bagaimanapun melaporkan bahawa bayi berkenaan berjaya sembuh daripada jangkitan terbabit, semalam.
Risiko Penularan Jangkitan
Doktor dari Hospital Antoine Beclere, Daniele De Luca, berkata siri penyelidikan yang dijalankan sebelum ini mendapati ada kemungkinan risiko penularan jangkitan dari ibu ke janin.
“Kita sudah buktikan bahawa jangkitan boleh berlaku dari ibu ke janin menerusi plasenta ketika minggu terakhir kandungan.
“Bagi mengetahui keadaan sebenar, kita perlu mengambil darah ibu, cecair amniotik, darah bayi yang baharu dilahirkan, plasenta dan lain-lain.
“Tetapi, untuk dapatkan semua sampel ini ketika pandemik dengan keadaan darurat adalah bukan tugas mudah.
“Oleh kerana itu, kita hanya mengutarakan pandangan bahawa corak penularan jangkitan seperti ini sekadar ‘disyaki’ tetapi tidak pernah dibuktikan,” katanya.
Memperincikan kes terbabit, De Luca berkata kumpulan pakarnya mengumpulkan data mengenai ibu mengandung berkenaan yang berusia dalam lingkungan 20-an ketika dimasukkan ke hospital, pada awal Mac lalu.
Katanya, sumber dan sampel virus itu tidak terjejas bagi tujuan penyelidikan lanjut kerana bayi berkenaan dilahirkan menerusi kaedah ‘caesarean’.
Virus Dipindahkan Menerusi Tali Pusat
Sehubungan itu, beliau menjelaskan pasukan penyelidik mendapati kandungan virus yang diberi nama sebagai SARS-CoV-2 paling tinggi pada plasenta ibu terbabit.
“Virus itu kemudian dipindahkan ke bayi menerusi tali pusat dan terus berkembang, sekali gus menyaksikan gejala teruk direkodkan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran.
“Ia termasuk tubuh badan bayi menjadi seakan kaku, kerosakan pada sebahagian otak dan kerengsaan yang teruk.
“Bagaimanapun, belum sempat doktor menjalankan rawatan, gejala itu mulai surut dan dalam tempoh tiga minggu, bayi terbabit sembuh sepenuhnya dengan sendiri.
“Tiga bulan kemudian, ibu bayi berkenaan pula disahkan bebas daripada sebarang gejala. Ini sebenarnya berita buruk kerana keadaan sedemikian boleh berlaku. Cuma kes seperti ini sangat jarang,” katanya. – AFP
MW: Aduh risaunya. Semoga pandemik virus covid-19 ini segera berakhir.
Buat golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas malah
ibu mengandung semoga lebih berhati-hati.AFP
Sumber: Bharian, The Asian Post
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!