Curang di tempat kerja, isteri bawa anak dan sijil nikah kantoikan suami yang sedang memadu kasih dengan kekasih gelapnya.
Barangkali inilah caranya untuk memberi pengajaran kepada suaminya yang tergamak bermain kayu tiga di belakangnya.
Suami Curang Di Tempat Kerja
Kisah kecurangan seorang suami yang sedang asyik memadu kasih bersama wanita lain di tempat kerja akhirnya terbongkar apabila dia ‘ditangkap’ oleh isterinya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan rumah dilihat sedang berdua-duaan dengan seorang wanita dalam keadaan mesra.
Isteri Bawa Anak & Sijil Nikah Kantoikan Suami
Secara tiba-tiba seorang wanita dipercayai isterinya datang bersama anaknya. Wanita itu kelihatan terkejut melihat suaminya sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.
Dia kemudiannya mengamuk dan cuba untuk membelasah kekasih gelap suaminya itu.
Tidak cukup dengan itu, si isteri mengeluarkan sijil nikah mereka dan menunjukkannya kepada wanita berkenaan sebelum dihalau oleh wanita tersebut.
Dia kemudiannya cuba ditenangkan oleh suaminya yang menarik tangannya untuk keluar dari situ agar tidak terus menimbulkan kekecohan.
Ads
“Di saat seorang isteri ‘menangkap’ suaminya bersama wanita lain. Sudah siap sedia membawa sijil nikah. Bukan biasa-biasa,” tulis keterangan pada video tersebut.
Netizen Turut Bersimpati
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai situasi itu.
“Kalau suaminya kacak, kaya, tidak mengapa jika mahu direbut. Sebaliknya, kalau dia tidak kacak, miskin dan berlagak hebat, lebih baik kamu tinggalkan sahaja,” kata seorang netizen.
“Masya Allah, siap dibawa anak perempuannya sekali. Tak dapat dibayangkan apa perasaan kanak-kanak tersebut dalam situasi seperti itu. Mungkin hatinya hancur,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Selagi isteri masih boleh bersabar dan menerima kesalahan suami, maka hargailah sebaiknya. Jangan sampai isteri tawar hati dan undur diri, menyesal nanti tiada gunanya.
Ada sesetengah wanita atau isteri susah untuk difahami. Dia lebih suka pendam. Nampak secara luaran gembira dan tenang tapi dalam hati kita tak tahu apa yang dipendam dan derita yang dialami. Lebih banyak diamkan diri.
Mungkin juga ada isteri atau wanita merasakan lebih baik dia diam dan pendam. Tak perlu dikongsikan dengan orang lain. Itulah wanita, sakit macam mana sekali pun dia tahan dan lawan dalam dirinya.
Tapi hati-hati jangan terus pendam dan bersabar, bimbang bila meletop segala macam akan diluahkan. Mungkin ada suami yang tidak ambil kisah bila lihat isterinya diam. Rasanta tiada apa-apa tapi dalam hati hanya isteri yang tahu.
Ada baik buruknya kalau pendam dan diam. Takutnya ia beri kesan pada masa akan datang. Sabar pun ada hadnya. Ingat isteri mahupun wanita diam ini bukan dia tak ambil tahu tapi sebenarnya dia pendam. Jangan sampai hilang kesabaran, lagi bahaya. Inilah yang dikongsikan oleh Rohana Saad tentang wanita yang suka pendam.
Perempuan yang kuat pendam ni adalah orang yang banyak bersabar dalam terluka. Rasa sedih dia tahan, marah dia tahan, sayang dia tahan, jeles pun tahan. Air matanya mengalir dalam diam.
Hati perempuan ni lembut, tetap memaafkan bila di sakiti namun tak mungkin melupakan kesakitan tersebut.
Orang yang selalu pendam ni memang dia akan diam. Apa orang cakap dia akan diam dan sabar. Diamnya bukan bererti dia tak memerhati, tunggu masa, mengalah dulu.
Sekali dia berkata, tajam menikam jiwa. Jangan pandang remeh kat orang yang sabar ni, sebab sekali dia lepaskan apa yang di pendam tu boleh buat orang lain terkesan.
Orang yang kuat pendam ni, jangan di cabar tahap kesabarannya. Dia lah manusia bahaya. Dia sendiri tak tahu sampai tahap mana dia boleh tahan rasa marah dan geram dia tu.
Tak usah cabar kesabaran sekian lama pendam, akibatnya nanti parah. Sebenarnya orang yang nampak kuat itulah yang paling banyak menahan kesedihan dan pendam perasaan seorang diri.
Semua orang ada masalah tapi tak semua orang akan ceritakan masalah mereka pada orang lain. Banyak beban yang di pikul dan luka yang dipendam. Segelintir orang berpendapat bahawa pendam itu lebih baik.
Orang yang suka pendam dalam hati ni, dalam otak dia pulak, dia ingat semua benda. Dari mula sampai akhir. Bila banyak sangat dia makan hati, one day dia meletup, start dari korang kenal dia ungkit.
Mingguan Wanita : Begitulah wanita, selagi dia boleh pemdam, dia akan pendam dan bersabar.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Masalah normal ibu selepas beranak adalah risau anak tak cukup susu. Hakikatnya bukan susu tak cukup tapi ada kemungkinan ibu tak tahu cara nak cukupkan susu untuk anak. Ok, sebab itulah ibu kena rajin buat POWER PUMPING!
Tak semua ibu yang tahu tentang power pumping. Sebenarnya ini adalah teknik mengepam yang dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan penghasilan susu ibu.
Semua mak-mak memang perlukan power pumping?
1. Ibu yang kekurangan susu, yang berusaha untuk memperbanyak semula susu
2. Ibu yang ingin relaktasi atau menyusukan semula anak selepas berhenti menyusu
Alahan mengandung atau morning sickness ni bukan boleh ditahan-tahan. Bila dia nak jadi, dia datang terus-terusan sampai tubuh isteri pun jadi lembik longlai.
Suami ini, Akhtar Syamirakui yang sebaik isterinya Nora Azni disahkan hamil baru-baru ini, alahan mengandung buat isteri tak mampu nak buat apa-apa.
“Amat menyedihkan juga bila ada yang kurang faham mengenai alahan nie. Mungkin dia tak alami situasi yang sama. Jadi ada yang beranggapan seperti orang yang mengalami alahan nie jenis yang manja dan tak kuat.
“Persepsi sebegini amat – amat perlu dikikis terutamanya jika ada para suami yang berfikir sebegini. Percayalah. Memang seksa sangat sebenarnya.”
Jadi dia berikan peluang isterinya berehat di kampung. Bawa sekali anak yang paling kecil. Sementara dia jaga anak sulung, Jasmine yang bersekolah.
Pengorbanan Anak Sulung
Sebenarnya inilah rutin yang selalu dilakukan setiap kali isterinya disahkan mengandung. “Cuma kali ini berbeza sebab yang sulung dah sekolah.
“Dulu tak apa boleh hantar kampung. Sekarang kena jaga anak yang sekolah. Yang kecil ikut maknya. Anak sulung saya sekolah KAFA pagi. Sekolah Kebangsaan petang.
“Setiap petang lepas kebangsaan dia kena ikut pergi tempat kerja sampai malam bila saya habis syif jam 11 malam.”
Inilah pengorbanan yang dengan rela hati dilakukan oleh suami yang bekerja sebagai Senior Supervisor Tol dan anak sulungnya.
“Khamis ini baru saya pergi ambil orang rumah. Alhamdulillah dia dah sihat.”
“Memang penting hantar dia balik kampung. Kesannya, cepat dia pulih dari alahan.
“Beza jika dia ada kat rumah sendiri. Dia akan mabuk. Terperap dan tak dapat nak uruskan anak sebab asyik di katil saja.
“Saya pun tak cukup tangan uruskan anak-anak dan dia. Bila saya pergi kerja, anak yang kecil akan ganggu dia.”
“Apabila balik ke kampung, mak dia boleh jaga dia. Semangat dia lain. Anak yang kecil pun bebas tak kacau mak dia sangat.”
Tambah Akhtar lagi kampung suasananya lebih bagus malah isterinya takkan rasa terperap. “Proses pemulihan dari alahan itu lebih cepat.
“Dia dapat rehat yang cukup, makan minum dia terjaga. Anak kecil itu pun atuk nenek dia boleh tengok-tengokkan.
“Cuma part saya yang jadi mencabar sikit sebab kena uruskan sendirian anak sulung ni. Anak sulung saya pun banyak berkorban masa dan tenaga. Dengan sekolah lagi, lepas sekolah kena ikut pergi tempat kerja.
“Ada sampai satu tahap pukul 8 dah tidur. Sebab penat sangat.”
Bagi meredakan hati anak, bapa anak dua ini akan bawa anak sulungnya keluar berhujung minggu. “Main itu ini dan bawa pergi ke rumah sepupu.”
Pesannya, bila seorang ibu mengalami alahan, apa yang ibu alami itu akan beri kesan pada semua. Semua perlu berkorban. Isteri dah memang sah-sah tengah bertarung dengan alahan, suami dan anak pun ada cabarannya juga.
“Rasanya ramai yang lalui benda yang sama. Cuma tak ramai yang kongsi je.”
Akhirnya Kami Tewas
Semalam sambil menangis, isteri saya minta saya menghantarnya pulang ke kampung. Dia tak dapat tahan lagi.
Terlalu kuat alahan kali ini. Seharian dia terbaring di katil. Mandi pun perlu bantuan saya. Makan langsung tak lalu. Minum sikit, muntahnya banyak. Tiada apa yang saya dapat lakukan untuk membantu isteri. Itu taknak, ini taknak. Kesian sangat kat dia.
Anak pertama dan kedua dulu lebih kurang begini juga. Bezanya kali ini perlu uruskan anak persekolahan Jasmine dan ditambah pula dengan karenah si Akbar. Nak masuk dapur pun tak boleh, muntah terus, jadi makan anak berdua tu tidak dapat diuruskan dengan baik.
Sudah semestinya saya telah cuba sedaya upaya untuk mengambil alih semua tugas harian isteri. Tetapi sejujurnya, saya tersangat kelam – kabut. Bagaimana dia boleh lakukan hari – hari pun saya tak tau.
Dari menyiapkan pakaian anak, makanan mereka, kemas rumah, basuh, sidai baju dan lain – lain. Saya kehabisan masa. 24 jam tidak cukup dalam sehari. Tidur pun tak menentu dengan kerja lagi.
Rezeki pula datang pada masa ni dengan permintaan Air Jagung Selambak yang tinggi. Memang kalau boleh beli topup masa, saya nak beli sikit. Masa jadi tak cukup, rumah jadi tak sempurna.
Bila benda sebegini terjadi, datang keinsafan diri betapa isteri tu melakukan semua perkara ini hari – hari tanpa mengeluh pun. Bila kita kehilangan keistimewaan ini, barulah kita rasa betapa susahnya menjadi suri rumah.
Akhirnya, sambil ditemani adik ipar, kami bertolak ke Tanah Merah, Kelantan pada pukul 11 malam tadi. Saya akan tinggalkan dia dan Akbar di sana manakala Jasmine akan pulang kembali bersama saya untuk meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.
Ini kali pertama kami melalui situasi begini : Si kakak akan saya uruskan dan si adik akan tinggal di kampung.
Selepas Sebulan Ini Yang Jadi
Hampir sebulan kami berdua bersama. Malam ni saya hantar Jasmine kat rumah adik ipar sebab diaorang nak balik kampung esok.
Susah dia nak lepaskan saya tadi. Dari masa kami sampai rumah tu dia dah peluk saya. Air mata tak berhenti mengalir. Saya tanya kenapa menangis. Dia kata rindu kat papa. Alahai. Papa ni gagah perkasa tau, tapi hancur lebur hati bila kakak cakap macam tu.
Kami setiap hari bangun tidur bersama. Bersiap untuk ke sekolah bersama. Tunggu van pun bersama. Makan tengahari bersama. Lepas tu petang pun ikut saya ke tempat kerja sampailah tertidur dan didukung pulang.
Tak pernah sekali pun dia mengeluh. Sayang betul dia kat papa dia, sanggup ikut ke sana sini. Kami sama – sama harungi pengalaman ni. Memang mencabar tanpa isteri dan ibu buat sementara waktu. Banyak yang kami pelajari. Alhamdulillah, syukur kami berjaya.
Esok pagi Jasmine akan pulang ke kampung. Ramai sepupu sepapat dia menunggu. Mesti dia seronok. Doakan perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan. Nanti Khamis baru saya menyusul In Shaa Allah.
Bukan satu perkara yang mudah untuk ambil alih tugas suri rumah tau. Hargailah isteri anda. Mereka dapat buat semua benda nampak mudah. Tapi bila kita betul – betul cuba buat, baru tau kesusahan dia.
Kisah inspirasi tentang Shamsuri dan isterinya yang menerima cahaya mata ke-13, membuktikan bahawa rezeki anak ramai adalah anugerah penuh keberkatan. Ketabahan dan kasih sayang pasangan ini menjadikan keluarga besar mereka sumber kekuatan.