Cuma RM1,300 Makeover Rumah Flat Sewa, Guna Konsep ‘Simple Modern’

Share

Sebelum berpindah ke rumah flat ini, Siti Mariam Kamsan dapat kepingan foto kediaman yang bakal disewa. Katanya, hari pertama masuk rumah tak boleh tidur memikir macam mana nak jadikan rumah yang bakal didudukinya itu nampak teratur.

Dengan kemahiran yang ada, Siti Mariam dan suami mengubah kediaman sewa yang biasa-biasa menjadi luar biasa. Cantik sungguh konsep ‘simple modern’ yang digunakan. Terus berubah seratus peratus rumah sewanya itu.

Kongsinya lagi, “Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk TV kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaligus

.”

Ini Kisah Makeover Rumah Flat To Simple Modern Style

Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa flat ni taww!

Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni.

Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini.

Tak Boleh Tidur Fikir Pasal Rumah

Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni.

Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti.

Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga.

Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga.

Detail Kos Makeover Rumat Flat Sewa

Ruang Tamu

Mesin basuh kami pindah belakang. So ada ruang lain yang boleh dicipta
Sofa ni beli dari Lazada. Kedai berlainan ya. Lampu beli dari shoppe Sofa bed- RM 199 - Lazada bench stool- RM 84- Lazada Frame - RM 70- Next World Deco Bantal cloud - RM 25 beli dari sis Nur Hidayah MYmore
Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumah. Partition dari kedai karpet - RM 150 Meja - RM 50 Alas hitam putih - RM 4.90 - ikea Kerusi - dari tuan rumahmore

Ruang Makan

 

Tv tuan rumah kami minta izin untuk dibuang sebab dah tak boleh berfungsi. Akuarium tu kami pindah masuk bilik jadikan rak letak selimut dan bantal . Yang lain perhiasan dari tuan rumah kami simpan
Daun-daun berjurai ni beli kat Ikea . Memang bawak dari rumah lama kami di Pasir Gudang.
Sofa tuan rumah ni pun kami minta izin untuk disemadikan ke tapak pelupusan kerana dah tak boleh duduk dah. Sakit punggung kami anak beranak rasa kayu bila duduk.
Tempat favourite sebab suka makan! Haha. Karpet tu bawak dari rumah lama . Lampu nordic- RM 74 - Lazada Frame - RM 70 - Next Wall Deco II Meja makan kerusi- Tuan rumah punya Tikar getah - RM 115 -shoppe Stool untuk pokok pisang- RM 35 -Shoppemore

Dapur

Yang ni buat aku tak boleh tidur malam dapat gambar ni. Seorang pengemas tahu apa perasaan susah hati tengok rumah seperti ini
Belakangnya kita susun barang2 keperluan dapur dan mesin basuh. Rak ikea hylis- RM 59
Kitchen mat 2 set - RM 36- shoppe

Penting Dalam Bab Deko

 

Kabinet Tv - RM 165- Shoppe Frame - RM 50 - Next Wall Deco II
Ok ni dalam kita susun tabung, Al-Quran . Handsanitizer pun letak kat situ.
Letak kasut sekolah anak.

 

Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar. Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je. Daun monstera beli dari shoppe harga RM 2 tak silap Chest drawer 4 tier - RM 174 -Lazada Pasang sendiri yang chest drawer ni. Berkicap ketial laki kitamore
Ok last sekali kalau nak deko muka & rawat muka bagi lagi cun meletupps cantik menarik kau memang debom boleh dapatkan Meeracle dari saya taw! Tiberrrr

 

Baca sini : Duduk rumah flat tiada tanah, masih boleh berkebun secara self-watering, gantung

*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Siti Mariam Kamsan

IKLAN