Cuma Guna Cawan Plastik, Langsir Eyelet Jadi Elok Tersusun Tak Gelembung

Share

Tengok rumah orang, bukan main cantik langsir eyelet menutup pintu sliding rumah masing-masing. Elok je cantik tersusun. Rumah sendiri.. entah mana silapnya tak mahunya jadi cantik sekata. Sakit lak mata menengoknya.

Rupanya ada cara macam mana nak jadikan langsir jenis eyelet ni cantik tersusun dan tak menggelembung tak tentu arah. Ini tip DIY ‘curtain devider’ yang dikongsikan Lia Johari

. Cuma guna cawan plastik saja.

Ini Cara Jimat DIY ‘Curtain Devider’ Langsir Eyelet

1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.

Rujuk Stepnya Pada Gambar

Sebelum. Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!

Guna plastik cup macam ni.

Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.

Masukkan cup yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.

Done!

MW : Mudah sangat rupanya. Bolehlah mak-mak cuba ya.

Baca sini :

Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis, Lia Johari

IKLAN