Cucur Manis A.K.A Cucur Kembung Viral, Menu Petang Paling Senang Untuk Pikat Anak

Share

Gigih mak-mak mencuba resepi cucur manis yang glamour baru-baru ini, sebab senang nak buat dan yang penting comel-comel je. Jadi kali ini Hakak nak anda cuba juga buat untuk anak-anak tersayang dengan menggunakan resepi yang dikongsi oleh Puan Akma Emmillia Mustakim

ini…

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih
3 sudu gula (kak akma lebihkan)
Secubit garam

Cara Buat:

1. Gaul sebati adunan guna senduk/sudu
2. Bentukkan bulat bila adunan suam
3. Sapukan air sikit untuk cantikkan bentuk bulat cucur
4. Goreng deep fry (minyak banyak)
5. Kerap terbalik-balikkan
6. Angkat dan toskan bila dah garing
Ikut resepi bulat2 insyaallah jadi..
Selamat mencuba!

NOTA:

Sila jauh dari anak-anak masa bancuh sebab guna air panas ok.

IKLAN