Cubalah Tanam Pokok Pudina Guna Keratan Batang Segar, Merimbun Daunnya!

Share

Teringin hendak ada pokok pudina di rumah? Cubalah tanamnya dengan menggunakan keratan batang yang segar. Cara ini lagi mudah sebab kita tak perlu semai anak benih pokok ini terlebih dahulu.

Boleh Cuba Tanam Pokok Pudina Guna Keratan Batang Segar Seperti Yang Disyorkan Oleh Euis Maemunah Dalam Grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Pudina atau mint, dengan nama saintifiknya Mentha Arvensisi, diketahui umum banyak sekali manfaatnya. Yang paling terkenal dan mudah disediakan adalah teh pudina. Teh pudina dikatakan mampu untuk menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut. (Cramps and colic).

Dengan banyak lagi manfaat lainnya, tentunya bila kita tanam sendiri, maka mudahlah kita untuk mendapat bekalan pudina bila-bila masa sahaja. Bila kena caranya, sebenarnya mudah saja tanam pudina ni. Benih pula boleh beli pudina yang dijual di market.

Kalau dapat keratan fresh, lagi tinggi peratusan pudina untuk hidup. Di bawah saya kongsikan pula cara penyediaan keratan pokok pudina/mint untuk ditanam. Sesiapa saja boleh tanam. Tiada alasan lagi tak boleh tanam pudina.

Artikel berkaitan:

Rupanya Selain Tanah, Ini 4 Medium Boleh Digunakan Untuk Bercucuk Tanam

Cara Tanam Pokok Pudina

Jom Kita Tengok Cara-Cara Tanam Pudina.

1. Beli segenggam /seikat pudina dari market.

2. Sediakan pasu yang diisi tanah. Tanah boleh beli tanah nursery yang siap guna. Atau guna tanah sedia ada.

3. Siram tanah sampai air menitis dari bawah pasu. Dengan kata lain, sampai tanah betul-betul basah.

4. Sediakan batang/keratan batang untuk ditanam. (Rujuk Gambar)

Potong batang dalam 4-5 inchi dari pucuk.


Setelah dipotong, sekarang buang pula daun yang paling bawah.


Setelah dibuang daun yang paling bawah.


Kemudian buang pula pucuk. Sebelah kanan yang dah siap potong.

5. Cucuk batang dalam tanah, paras daun paling bawah.

6. Letak tempat teduh.

7. Siram hanya apabila tanah nampak agak kering.

8. Selepas seminggu, Insya Allah akan mula naik pucuk baru.

9. Selepas itu, baru boleh letak baja, kalau boleh yang organik.Jika menggunakan baja npk, usahakan jauhkan dari batang pokok. Boleh menyebabkan lecur.Lepas ni, senang saja  nak dapatkan pudina. Boleh buat teh bila-bila masa. Mudahkan? Jom tanam pudina.

-Nota PENTING :
KERAT selalu pudina yang dah membesar. Untuk jangka hayat yang panjang. Inilah tujuan dibuang pucuk, untuk menggalakan batang yang berada di antara daun membesar. Pokok cepat rimbun dan banyak.

Sumber: Euis Maemunah 

IKLAN