‘Cuba Sepahkan, Rumah Tetap Kemas Semula’ Misi Menyepah Tiga Bulus Gagal

Share

Gelagat tiga bulus, Garfield (Oyen), Maya (Abu0abu) dan Kora (muka gelap badan putih) ini ternyata menghiburkan. Kisahnya, macam-macam usaha tiga bulus ni buat nak bagi sepahkan rumah owner kesayangan, Zuraita Mohd Anua.

Sudahnya, usaha mereka semua gagal.

Mencuit hati betul setiap jalan cerita yang dikongsikan pemiliknya pada setiap gambar yang dikongsi. Apa pun, pelihara kucing ini kalau hati ikhlas memang mengundang bahagia di hati. Murah rezeki pun iya.

Kongsi Zuraita tentang anak-anak bulusnya dalam grup Kucing Sepah Apa Hari Ini?. “Kami cuba untuk sepahkan rumah tapi rumah tetap kemas semula seperti sediakala. Mungkin ada pari-pari yang telah mengemaskannya kembali

!”

Misi Sepahkan Rumah Bermula

Kami cuba untuk makan bersepah tapi tetap tak berjaya. Makanan tak tumpah-tumpah. Elok je dalam bekas.

Saya sengaja gugurkan bulu tapi si bulat putih itu telah membersihkannya sepantas kilat. Saya gagal lagi menyepahkan rumah.

Kami berdua cuba untuk bergaduh supaya keadaan rumah huru hara tapi ternyata kami sukar memulakan permusuhan.

Kami main aucak sambil cuba merosakkan bunga di atas meja tapi bunga itu kelihatan kebal dan tak goyah walau apapun.

Selagi Belum Berjaya..

Saya cuba minum gaya orang mabuk supaya tumpah tapi rupanya saya pun tak tahu orang mabuk itu bagaimana. Kesudahannya, saya minum dengan tertib sekali

.

Saya cuba untuk cakar tetapi seakan ada mata ibu peri yang melirik. Saya jadi takut dan cuma duduk sopan di atas kerusi ini.

Saya ingin jatuhkan bunga itu tapi bunga itu baik, tidak pernah sekali cuba menjatuhkan saya.

Saya cuba untuk tinggalkan sedikit benang carik di atas sofa ini tetapi kuku saya tidak mahu melakukannya.

Kami berdua cuba untuk menyepahkan katil yang sudah kemas ini namun ternyata gagal kerana katil itu terlalu empuk untuk kami landing.

Saya melihat jam lagi 0.02 saat menunjukkan masa untuk saya membuat sepah. Tapi ya, saya sekadar terdiam kerana saya merasa cantik dalam posisi ini. Saya berhasrat untuk maintain cantik sahaja.

Ya kami bertiga rupanya tak pernah membuat sepah. Kami begitu behave. Yang suka membuat sepah itu rupa-rupanya anak manusia ini!!! Lihat saja mejanya. Belum lagi dalam lemarinya. Ya ampun!

MW : Hahaha.. rupanya bukan kucing-kucing comel ini yang sukan buat sepah ya..

Baca sini : Penuh kucing jaga jenazah mama sebelum dikebumikan – Serina Redzuawan

Sumber/Foto : Zuraita Mohd Anua

IKLAN