Seluruh dunia dalam usaha memberikan suntikan vaksin buat rakyat masing-masing. Pelbagai taktik dan kaedah diguna pakai dalam memastikan pemberian suntikan vaksin dapat dilaksanakan dengan berjaya. Termasuklah dalam memujuk golongan warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin ini.

Ganjaran Ayam Hidup Buat Warga Emas

Terbaru, beratus-ratus warga emas di Desa Ciputri, Kabupaten Cianjur dalam wilayah Jawa Barat, Indonesia terpaksa dipujuk dengan ganjaran seekor ayam hidup supaya mereka tampil mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Selain itu, mereka juga perlu dijemput oleh petugas kesihatan untuk ke pusat vaksinasi lantaran enggan datang secara sukarela bagi mendapatkan suntikan tersebut.

“Selain memujuk dengan baik agar warga emas menerima suntikan vaksin covid-19, mereka juga diberikan seekor ayam hidup setiap seorang sebagai tanda penghargaan mahu menerima vaksin,”Ketua Polis Pacet, Asisten Komisioner Galih Apria.

Tingkatkan Jumlah Penerimaan Vaksin

Menurut Galih, taktik memberikan ayam hidup dilihat membantu dalam meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dalam kalangan warga emas di wilayah tersebut.

Pemberian ayam sebagai hadiah adalah hasil usaha sama pihak polis, Jabatan Hubungan Masyarakat dan Pemerintah Desa serta Kecamatan.

“Ini adalah inisiatif kami di Jawa Barat agar golongan warga emas mahu menerima vaksin. Ayam hidup ini diberikan sebagai hadiah buat mereka sama ada mahu disembelih untuk dijadikan makanan atau dipelihara.

“Setakat ini, sambutan warga emas pada inisiatif ini memberangsangkan dan mereka bersemangat untuk menerima suntikan dos kedua,” jelas Galih.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Pegawai Farmasi Jelaskan Perlu Atau Tak Makan PANADOL Sebelum/Selepas Vaksin

Ayam Dicucuk Hormon, Disuntik Vaksin Untuk Cepat Besar TIDAK BENAR! Ini Penjelasan Doktor

Mingguan Wanita : Macam-macam hal. Namun sekurang-kurangnya ia inisiatif daripada pemerintah dengan memberikan ayam hidup dalam meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dalam kalangan warga emas.Sekaligus mengekang penularan covid-19 ini.

Sumber: Kosmo

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

IKLAN

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita