Berita

Cikgu Sekolah Rendah Dibunuh, Penjual Lembu Didakwa

Share

Tular kisah cikgu sekolah rendah dibunuh, penjual lembu didakwa. Terkesan dengan berita sedih ini, bagaimana seorang lelaki yang dikatakan rakannya sanggup melakukan kes pembunuhan. Ini cukup kejam!

Cikgu Sekolah Rendah Dibunuh

 

Menurut sumber Sinar Harian, penjual lembu tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada hari Jumaat baru-baru ini di atas satu pertuduhan membunuh rakan wanitanya yang juga cikgu sekolah rendah, minggu lalu.

Datu Mohd Effendi Datu Mohd Salleh, 33, yang memakai baju T lengan panjang berwarna hijau, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Saira Banu Mohamed Ashrof Raja.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Penjual Lembu Didakwa

Mengikut pertuduhan, lelaki yang telah berkahwin itu didakwa membunuh Nurul Huda Maha Liddin, 44, di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3 di sini antara jam 11 malam 29 Januari lalu hingga jam 3.32 pagi keesokan hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri manakala tertuduh diwakili peguam, Aravind Raj dan Serena Paul.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 2 April depan untuk serahan laporan kimia dan forensik.

Begitulah nasib seorang yang guru yang sepatutnya diratukan atas kebaikannya dalam mendidik anak-anak, tetapi sebaliknya pula berlaku ke atas dirinya.

Semoga kita boleh mengambil ikhtibar daripada kes ini dan buat wanita, hati-hati apabila berkawan dan sentiasalah berwaspada dengan orang sekeliling.

Sumber gambar: Wan Noor Izah

Published by
Nadia