Kekeluargaan

Che Ta Tak Mahu ‘Bermusuh’ Dengan Bakal Menantu, “Cerewet Dengan Menantu, Nanti Dia Takut Nak Balik Rumah Kita”

Share

Che Ta tak mahu ‘bermusuh’ dengan bakal menantu, “Cerewet dengan menantu, nanti dia takut nak balik rumah kita.” Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.

Che Ta Tak Mahu ‘Bermusuh’ Dengan Bakal Menantu, “Cerewet Dengan Menantu, Nanti Dia Takut Nak Balik Rumah Kita”

Sebaliknya, dia lebih memilih untuk menyemai kasih dan menjaga hubungan baik dengan bakal menantu demi kesejahteraan keluarga.

“Saya bukan sejenis mak mentua yang cerewet. Kalau nak cerewet dengan menantu, takut nanti anak kita tak nak balik rumah kita.

Nak pikat anak kita, kena pikat dulu menantu,” ujar Che Ta.

Pelakon yang sinonim dengan watak Kiah Pekasam itu turut mendedahkan bahawa pendekatannya terhadap bakal menantu banyak dipengaruhi oleh pengalaman peribadi bersama bekas ibu mentuanya.

“Saya belajar daripada pengalaman bersama bekas ibu mentua saya dulu. Dia tidak pernah menyuruh dan memaksa saya.

Contohnya dia akan cakap hari ini mama buat pulut kuning, teringat kat Rozi, Rozi kan suka. Secara tidak langsung dia nak suruh saya balik rumah dia.

Jadi saya belajar semua benda tu daripada dia dan saya akan gunakan cara yang sama untuk bakal menantu saya nanti,” katanya lagi.

Untuk makluman, sekitar Ogos tahun lalu, Che Ta pernah berkongsi perihal persiapan merisik bakal menantunya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak sulungnya, Ammar Effendy, 29. Pasangan ini dijangka akan bernikah dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo online

Baca artikel lain juga: Che Ta Tak Salahkan Penyondol 100 Peratus Kes Curang Kalau Suami Sendiri Tak Gatal, Mesti Tak Jadi

Rubytah Sedih Che Ta Jadi Mangsa Kecaman “Kakak Wanita Baik & Pemurah”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Published by
Has