
Pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila anak sulungnya, Ammar Effendy, dilaporkan sudah selamat bertunang dengan pilihan hatinya semalam. Dengan berita ini, Che Ta bakal bergelar ibu mentua tidak lama lagi.
Majlis Pertunangan Ammar Effendy Berlangsung Sederhana
Meskipun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai majlis itu, Che Ta dilihat berkongsi beberapa foto dan video sekitar majlis pertunangan berkenaan menerusi InstaStory miliknya. Majlis yang berlangsung secara tertutup itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat dalam suasana penuh sederhana tetapi bermakna.

Penampilan Anggun Dalam Busana Kuning Keemasan
Pada hari istimewa tersebut, pelakon drama Diari Ramadhan Rafique itu tampil mempesona dengan busana kuning keemasan rekaan pereka fesyen tersohor, Ezuwan Ismail. Menariknya, warna berkenaan turut dijadikan tema sekeluarga apabila suaminya, Zain Saidin, dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rania, turut mengenakan pakaian sedondon.

Ammar Effendy & Tunang Serasi Dalam Busana Sedondon
Ammar pula kelihatan segak dengan persalinan baju Melayu merah jambu lembut, sepadan dengan pakaian tunangnya. Walaupun sering berkongsi momen keluarga di media sosial, kali ini Che Ta pilih rahsiakan identiti bakal menantu dan tidak mendedahkan wajah wanita tersebut kepada umum.

Che Ta Pilih Privasi, Elak Dedahkan Wajah Tunang Ammar
Tindakan Che Ta yang menutup wajah bakal menantu di media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Ramai memuji sikapnya yang menjaga privasi keluarga dan menghormati keputusan pasangan muda itu. Malah, langkah ini dianggap bijak memandangkan pasangan berkenaan masih di peringkat pertunangan.

Kehadiran Azuar Effendy Meriahkan Majlis
Difahamkan, majlis pertunangan tersebut turut dihadiri oleh bapa kandung Ammar, Azuar Effendy Zulkaply, yang hadir meraikan detik bahagia itu bersama keluarga. Kehadiran beliau menambahkan lagi kemeriahan majlis yang berlangsung dengan penuh kasih sayang dan keakraban.
Latar Belakang Keluarga Rozita Che Wan
Untuk makluman, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar pada tahun 2001 sebelum berpisah pada 2003. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. Kemudian pada tahun 2013, Che Ta kembali mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rania, yang kini berusia 11 tahun.

Tindakan Che Ta pilih rahsiakan identiti bakal menantu ini jelas menunjukkan kematangan dan kepekaannya terhadap privasi keluarga. Ramai peminat turut mendoakan agar hubungan Ammar dan tunangnya berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Sumber: TikTok Rozita Che Wan
Artikel lain: Che Ta Tak Mahu Bermusuh Dengan Bakal Menantu Cerewet Dengan Menantu, Nanti Dia Takut Nak Balik Rumah Kita
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!









