Cerita Biasa Biasa Isteri, Suami Layan DENGAR Pun Hati Dah Berbunga

Susah sangat ke suami nak dengar cerita biasa biasa isteri itu? Sampai bila isteri call, bukan niat nak ‘search and check’ suami kat mana pun, cuma nak ajak sembang je. Itu pun suami tak sudi nak angkat dan dengar.

Sedihnya hati isteri. Bila suami balik kerja pun sama, buat muka. Macam dia sorang yang penat. Padahal penat isteri.. isteri simpan je tak luah.

Hadamkan perkongsian Saiful Bahari ini. Kalau ada suami yang dapat faham, gembira betul hati isteri tu. Nanti suami pun gembira sama.

Rimas Ke Bila Dengar Cerita Isteri

Bang nak tahu tak harinie kan ada kucing gaduh kat belakang.

Bang tadi kan masa saya masak saya boleh terlupa letak garam.

Bang harinie anak taknak tidur langsung, main jee.

Itulah kadang lontaran lontaran kata ketika kau muncul depan si isteri.

Rimas eh bang? Nampak remeh kan bang?

IKLAN

Sabar bang. Tahu kau penat balik kerja. Konon kau nak rehat tanpa diganggu. Kau ada terfikir tak bang kenapa isteri kau nak bersembang walaupun topik remeh?

Sebab dia seharian bang tunggu kau balik, dia sorang sorang je dalam rumah takde kawan nak berbual. Memang tertunggu tunggu kau balik.

Whatsapp kau tak balas, call tak angkat. Kalau balas message pun sepatah dua. Yelah. Kau busy kan. Nak buat kerja lain. Nak sembang dengan officmate lain. Jumpa client lain. Yelah waktu kerjakan.

Dalam Rumah Pun Isteri Rasa ‘Sendiri’

Jadi kau dapat bayangkan bertapa rasa “sendirinya” isteri kau dalam rumah tu. Dia nak berbual takde kawan. Dia nak buat apa apa pun buat sorang sorang. Paling tidak pun dia bercakaplah dengan diri dia sendiri.

Eh aku tadi dah masukkan garam ke belum?”

IKLAN

Eh kain jemur dah kering tak tu?”

Lepas nie sapu sampah, boleh masak pulak lah

Kau kena faham juga situasi mereka bang. Tak boleh dibiarkan. Apa yang mereka perlukan seorang pendengar yang baik je. Itu je. Bukan di suruhnya kau buat pun kerja kerja tu.

Jadilah pendengar yang baik bang. Kau kan suami. Memang mulut orang perempuan nie suka bercakap. Jadi tugas kau pulak kena mendengar. Barulah orang kata ada “keadilan” di situ.

Percayalah bang, kau tak perlu mengunakan tenaga yang banyak pun. Kau hanya fokus je pada apa yang isteri kau nak cakap. Tengok muka dia. Tengok cara dia bercakap. Tengok reaksi dia. Ini pun sebenarnya ciri ciri pendengar yang baik. Mudah kan?

IKLAN

Tak perlu pun kau menyangkal ke, membidas ke. Cerita cerita biasa tu kau iyakan je. Kau tak perlu serius sangat pun. Bukan dia nak kau perah otak untuk fikir apa perlu ke tak dia buat tu. Si isteri nie hanya nak kau dengar je bang. Kau layan je dengar tu.

Tambahan, sebenarnya dia rindu kau bang. Sebab tu dia beriya iya cerita dengan kau. At least bila dia nampak kau bersungguh untuk dengar cerita dia. Kau rasa dia boleh tidur ke malam tu? Silap silap tersenyum puas sampai ke pagi. Lepas tu sepagi yang mungkin dia dah siapkan sarapan untuk kau bang. Kikiki.

Dengar Apa Yang Isteri Cuba Cerita

Jadi bang, elakkan untuk kita abaikan apa yang isteri cuba bercerita. Sebab dari situ kau dah membuatkan si isteri rasa “down”. Buat dia memendam rasa, makan hati.

Benda macam tu nampak remeh, tapi lama kelamaan boleh jadi penyakit bang. Tak kesian ke? Kau nak ke isteri kau kemurungan, meroyan, atau tekanan. Hanya sebab dia tak dapat luahkan apa dia rasa je. Hanya sebab kau taknak dengar dia bercerita. Kau rasa berbaloi ke?

Jadi mulai harinie kau cubalah ubah bang dari orang “malas dengar” kepada “suka mendengar”. Insyallah ada putik putik kebahagian akan muncul. Orang perempuan nie kalau dia rasa bahagia, kau akan dapat sesuatu yang unexpected.

Tak percaya kau cubalah bang.

Sumber/Foto : Saiful Bahari yang suka menulis hal bisnes, motivasi, dan isu isu kekeluargaan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI