Dalam keluarga saya anak sulung daripada 4 beradik. Satu-satunya perempuan di kelilingi 3 kumbang. Walaupun anak sulung, sayalah paling manja. Walaupun dengan adik-adik saya.
Dan sebagai satu-satunya perempuan, saya jugalah yang tak duduk sekali dengan mak abah. Sebabnya, saya agak ‘panas’ dengan mak. Kalau jauh, rindunya menggunung, bila kedekatan dalam konteks berlama-lamaan tinggal rumah mak, dia akan jadi konflik yang berbeza.
Selepas kahwin saya pernah tinggal rumah mak dekat 5 bulan. Masa itu baru berkahwin dan masih terkontang-kanting kewangannya. Lama-kelamaan, saya perlu berdikari plus tak boleh berlama-lama sebab ‘panas’. Tak lama lepas itu, saya pindah tapi rumah baru tetap tak jauh dari rumah mak.
Biarpun tak duduk sama dengan mak, saya ‘mewajibkan’ diri jenguk mak sekerapnya. Sama juga bila dah ada ibu mentua, ibu mentua yang jauh tu ‘wajib’ dijenguk sebulan sekali.
Ads
Wajibkan Diri Jenguk Orang Tua
Sebabnya, selagi mereka ada tanggungjawab ‘jenguk orang tua’ itu kena dijaga.
Satu lagi hal yang selalu saya pesan dekat diri sendiri. Biar macam mana susah pun kita, jangan sampai lupa beri duit dekat mak abah. Diaorang bukan nak sangat pun duit kita itu, tapi itulah hadiah saya untuk mereka.
Lagipun itulah kebahagiaan yang membawa keberkatan dalam kehidupan kita. Dulu waktu, gaji saya cuma RM900 sebulan, RM500 tu saya berikan dekat mak. Walaupun lebihannya cuma sedikit, campur nak tolak hutang bagai, nilainya sentiasa cukup.
Ads
Tak pernah pun tak makan masa kerja jauh di perantauan. Dapat simpan lagi buat duit belanja kahwin. Sebab itu, sampai sekarang saya pegang ini, biarpun sedih, susah keadaan kita sekalipun, jangan sampai lupa nak memberi kebahagiaan dan kasih sayang kita pada orang tua yang cukup menyayangi kita sewaktu kita masih kecil.
Jangan Sampai Robot Yang Jaga Mak Ayah Kita Kelak
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gara-gara nak kurus sangat, Rosma AF pernah diet sampai pengsan gara-gara tersalah ikut diet. Apatah lagi dia pernah dikecam dan diperlekehkan berbadan tembam dan berisi sejak belum berkahwin lagi.
Jika mahu diselak kembali, berbakul-bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma sejak awal menceburi dunia seni kira-kira 18 tahun lalu.
Jika zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya jatuh terduduk.
Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.
Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan selain untuk jadi kebal.
Fizikal Tembam Jadi Kecaman
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak-katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik-makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” terang Rosma ketika dijemput dalam MWLive baru-baru ini.
Tersalah Diet
Rosma yang pernah tersilap Langkah dalam mengamalkan diet semata-mata ingin turunkan berat badan sedar bahawa kini tiba masanya dia mendidik cara yang betul kepada pengikutnya.
Kini dirinya seringkali berkongsi dengan followernya agar mengikut diet yang betul agar tidak memudaratkan kesihatan dan tidak menyeksa tubuh.
“Memang pada awalnya agak sukar untuk maintain berat badan. Berat turun, naik itu adalah memang proses yang normal dan setiap daripada kita perlu melaluinya.
“Apa yang penting adalah bersabar dan konsisten untuk turunkan berat badan. Selain jaga pemakanan, amalkan gaya hidup yang sihat juga mampu mempercepatkan penurunan berat badan.
“Sekarang berat badan Rosma maintain dalam 48 atau 49. Bila lama-lama kita berdiet, kita akan faham sendiri badan kita. Automatik kita tahu apa yang boleh dan tak boleh. Proses ini dinamakan proses penyesuaian,” kongsi Rosma.
Rosma tahu ramai di luar sana yang ingin turunkan berat badan tetapi tidak tahu cara yang betul. Oleh hal yang demikian dia wujudkan grup telegram untuk membantu lebih ramai wanita yang ingin turunkan berat badan dengan cara lebih sihat serta selamat.
Tidak Sangka Terlibat Bisnes
Rosma akui pada awalnya dia juga tidak pernah menyangka akan terlibat dalam bidang perniagaan. Oleh sebab itu dia mengakui bahawa seperti mana orang lain, dia juga belajar dari bawah kerana langsung tiada pengalaman.
Mulanya menjual produk orang lain hinggalah mempunyai produk sendiri. Selepas setahun serius dalam bisnes, barulah pergi belajar dan fahami selok belok bidang perniagaan. Ketika itu barulah berani kembangkan bisnes.
“Perniagaan ini memang hanya kami berdua, dengan suami sahaja. Jatuh, bangun dalam perniagaan hanyalah kami berdua. Kemudian yang menjadi tulang belakang perniagaan kami adalah ahli keluarga sendiri sahaja yang sentiasa suntik semangat dan tolong “run” kan bisnes.
“Menjadi partner dalam perniagaan dengan suami, berbalah itu biasa tetapi kebiasaannya kami akan berbincang untuk mencapai kata sepakat. Jadi masing-masing akur jika keputusan yang diambil untuk kebaikan perniagaan yang dijalankan bersama.
Selain produk pelangsiangan, Rosma dan khai juga dalam perancangan untuk mengeluarkan produk-produk lain dalam masa terdekat jika diizinkan Tuhan.
Rezeki Tidak Datang Bergolek
Menurut Rosma apa yang dikecapi hari ini bukanlah datang bergolek. Dia dan suaminya pernah melalui kesusahan dalam hidup, malah pernah mengumpul duit syiling, pernah juga merasa ada dua ringgit dalam beg duit dan paling teruk dalam bank tiada duit.
Pada ketika apa yang Rosma dan Khai lakukan adalah fikirkan cara terbaik untuk “generate” duit yang tinggal. Biar pun susah kami tak mudah berputus asa.
Saksikan video di bawah ini yang mampu memberi pengetahuan dan tip buat wanita yang ingin menempuh kehidupan yang lebih baik.
Setiap pagi tentu tidak lengkap tanpa minum segelas teh tarik. Kalau minum di kedai, gandingan airnya tentulah roti canai. Rasa lemak berkrim dan kaww itu yang membuatkan kita rasa ketagih nak minum.
Ada sesetengah mak-mak fail bila buat teh tarik. Tidak pekat dan rasanya tidak berlemak seperti yang biasa kita minum di kedai. Ada mak-mak yang lebih suka buat dengan teh uncang berbanding serbuk. Maklum saja, nanti nak kena tapis pula.
Rupanya, ada rahsia nak pastikan teh tarik berlemak dan sedap. Pertama sekali, nak bagi teh pekat kenalah guna teh serbuk dan paling penting kena letak sedikit garam. Barulah berlemak dan padu.
Ingat, jangan letak garam berlebihan pula. Masin pula
Inilah yang dikongsikan oleh Muhammad Danial Alimin dalam tiktoknya. Nanti bolehlah mak-mak cuba buat di rumah nanti.
Mingguan Wanita : Ada macam-macam cara nak bagi teh tarik sedap. Sesetengahnya rebus dulu tehnya dan kali ini, cara mudah, letak sedikit garam, baru sedap berlemak.
Sumber: Muhammad Danial Alimin (@danialalimin – tiktok)
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Kadang habis cara nak halau kucing daripada berak merata di kawasan rumah, tambah pula kalau kita tak jenis kurang gemar dengan binatang.
Tetapi itu bukan tiket untuk kita berkasar dengan bintang ya, terutamanya kucing. Nah, buat anda yang masih mencari petua untuk halau kucing, cuba guna petua Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim ini. Nampak gaya sangat berkesan!
Petua Halau Kucing
Halaman rumah saya memang menjadi tempat parkir kucing. Saya tidak meminati kucing namun tak sampai pula menyakitinya. Kesan cakar dikereta, motor, dan najisnya memang benar-benar menduga kesabaran.
Namun saya ingat ia ujian kesabaran.
Pesan saya kepada mereka yang meminati kucing, semestinya memelihara dengan haknya. Makanan dan kediamannya, najisnya serta yang bersangkutan dengannya agar tidak menyakiti jiran tetangga.
Jenuh mencari cara bagaimana harus dibuat dengan kucing. Nak dibuat yang bukan-bukan, Islam tidak benarkan.
Cuma Guna Timun
Alhamdulillah bertemu juga satu cara yang baik dan tidak menyakiti kucing. Iaitu MENTIMUN BATANG. Rupanya kucing takut dan menjauhinya.
Cuba letak dimana-mana, insyaAllah kucing tidak akan datang dekat.
Sebabnya Wallahu a’lam. Saya tak tahu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.