Kecantikan

Celah Pelipat Makin Cerah & Bersih, Wanita Ini Kongsi Cara Lebih Berkesan Hilangkan Daki

Share

Buat wanita yang suka dengan kecantikan, jangan abaikan celah pelipat yang nampak gelap dan kusam. Jangan anggap hanya menggunakan sabun mandi semuanya akan selesai, sebab ada sesetengah bahagian pelipat agak susah untuk dibersihkan seperti biasa.

Celah Pelipat Makin Cerah & Bersih

Ini termasuklah bahagian ketiak dan pelipat lutut. Salah satu cara yang saudari Zatynaz kongsikan ini, memang dapat hasilnya.

Jangan susah hati, bahagian ketiak menjadi gelap memang biasa berlaku dan selalunya bukan sebab kotor, ya. Antara punca paling kerap adalah perubahan hormon, sel kulit mati, suka mencukur bahagian ketiak atau mungkin disebabkan pakai produk deodorant yang kurang sesuai.

Wanita Ini Kongsi Cara Lebih Berkesan Hilangkan Daki

Tak perlu laburkan duit yang banyak untuk selesaikan masalah ini, sekarang anda cuma perlukan sedikit kerajinan dan kena dapatkan glycolic Acid untuk sapu di bahagian ini. Jom, tengok tip yang dia amalkan.

Menurutnya, dia dapat lihat kesannya selepas mengamalkan dua kali seminggu sahaja. Maknanya dia sapu sedikit glycolic Acid dengan kapas di bahagian yang bermasalah.

Haaa… tengok sendiri hasilnya! Tetapi kalau anda nak tahu berkesan atau tidak, boleh cari sebotol glycolic Acid dulu, kemudian amalkan. Siapa tahu, hasilnya nanti memang memuaskan hati dan selesai masalah pelipat yang agak kusam dan gelap.

Selamat bercantik-cantik, wanita-wanita!

Published by
Nadia Mohamad