Tidak ada yang lebih menyatukan rakyat Malaysia selain makanan. Dan inilah yang dilakukan oleh Havoc Food Festival (HFF) – menjelajah dari Johor hingga ke Perlis, merentasi Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak – membawa rasa, aroma, dan cerita setiap negeri ke pentas terbuka untuk dinikmati bersama.
Usaha ini akhirnya membuahkan kejayaan manis apabila Malaysia Book of Records (MBOR) mengiktiraf HFF sebagai “Largest Food Festival Tour Malaysia”, selepas menjelajah ke semua 14 negeri. Bukan sekadar angka, tetapi sebuah bukti bahawa cita rasa mampu menyatukan hati.
Malam kemuncak di Perlis, yang menjadi destinasi penutup, berlangsung di Dataran D, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Tepat jam 9 malam, di bawah langit penuh bintang, ribuan pengunjung menyaksikan detik bersejarah penganugerahan ini. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang membawa anak kecil di bahu, dan ada juga yang pulang dengan tangan penuh bungkusan juadah.
Bagi para usahawan, terutamanya wanita, HFF bukan sekadar peluang berniaga. Ia menjadi ruang untuk mereka berdiri sama tinggi dengan jenama besar, mempromosikan resipi turun-temurun, dan mempopularkan menu kreatif yang dicipta dari dapur sendiri. Di setiap lokasi, kita melihat wajah-wajah cekal yang berjuang di balik gerai.
Ads
Ada yang menguli roti dengan tangan sendiri, ada yang melayan pelanggan sambil mendukung bayi, dan ada yang melihat jualan pertama mereka melonjak berkat platform ini.
Ads
Antara pencapaian gemilang HFF termasuklah menarik lebih 18 juta pengunjung sepanjang siri jelajah, menghimpunkan 300+ usahawan dan selebriti F&B dari pelbagai latar belakang, mempersembahkan hidangan warisan setiap negeri di samping menu viral terkini, menyediakan zon mesra keluarga, persembahan artis popular, dan pameran usahawan mikro & PKS dan menjelajah ke semua negeri di Malaysia, menjadi festival makanan bersiri terbesar negara.
Penghargaan istimewa diberikan kepada Perfume Paradise sebagai penaja rasmi yang sentiasa berdiri teguh menyokong perjalanan ini.
Ads
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Firdaus Nadxaman, kejayaan ini adalah kisah ramai pihak.
“Dari Johor hingga Sabah, dari Sarawak hingga Perlis, HFF bukan sekadar tentang makanan – ia tentang komuniti, kebersamaan, dan meraikan kepelbagaian rasa Malaysia. Pengiktirafan ini membuktikan kekayaan budaya kulinari negara, dan kami berbangga menjadi pemacu utamanya.”
Dengan pengiktirafan ini, HFF menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran festival makanan berskala mega di Malaysia. Dan bagi ramai wanita usahawan, inilah bukti bahawa dari sebuah dapur kecil, cita-cita boleh melangkah jauh, bahkan sejauh 14 negeri, dengan rasa yang merentasi sempadan.
Di sebuah bilik, seorang anak bersama emak sedang mengemas kotak lama yang mengandungi baju dan tudung lama.
Anak:- Mak… semua ni tudung dan kain batik lama ke? Cantiknya! Lain macam aura dia…
Emak (tersenyum sambil pegang sehelai batik):
Ha’ah… ini semua kenangan, sayang. Tudung ni Mak pakai masa hari akad nikah dulu. Baju ini pula masa mak bertandang ke rumah nenek kamu. Yang ini pula, nenek kamu simpan elok-elok. Semua ni batik tulis tangan, coraknya takkan ada yang sama.
Anak: (kagum):
Kenapa Mak sayang sangat kain-kain ni?
Emak:
Sebab setiap satu ada cerita. Ada air tangan. Dulu orang buat batik dengan jiwa… lukis, celup, jemur – semuanya penuh sabar. Bila kita pakai, bukan saja nampak cantik… tapi kita bawa sekali nilai dan warisan.
Anak:
Tapi sekarang orang lebih suka tudung moden, corak digital, macam TUDUNGRUFFLE mak.
Emak:
Tak salah pun. Fesyen berubah. Tapi kita kena tahu dari mana asalnya. Tudung dan batik ni bukan sekadar fesyen tapi lambang identiti. Ianya adalah warisan negara. Kalau kita tak menjaganya, siapa lagi nak hargai? Sebab tu kamu kena hargainya.
Anak : Betullah kata emak. Kena jaga sebaiknya. Sebab itulah saya nak hadiahkan mak sebuah mesin basuh Electrolux sebagai tanda kasih sayang kerana membesarkan kami adik beradik.
Emak : Ya Allah, betul ke sayang emak ini. Mak dah lama mengidam mahukan sebuah mesin basuh berjenama antarabangsa ini. Adalah mak tengok-tengok di iklan, katanya Electrolux baru memperkenalkan Electrolux UltimateCare™ di mana segala rutin mencuci yang leceh boleh dipermudah tanpa mengorbankan kehalusan tudung dan batik kesayangan emak ini. Terima kasih sayang.
Dilengkapi dengan teknologi penjagaan fabrik inovatif, mesin basuh ini direka dengan lima teknologi utama. Ini sebab kenapa Electrolux UltimateCare™ adalah pilihan terbaik untuk hijab dan batik kesayangan anda.
Electrolux UltimateCare™
Mesin basuh terkini dari Electrolux UltimateCare™. Satu pilihan terbaik untuk hijab dan batik kesayangan anda kerana ia tidak merosakkan tudung dan hijab kesayangan anda walau dicuci banyak kali.
Rahsia Cucian Hijab & Batik yang Sempurna!
Penjagaan hijab & batik, tahan lebih lama tanpa warna pudarLain dari kebiasaan mesin basuh biasa, UltimateCare™ memang direka khusus bagi memastikan pakaian dibersihkan dengan lembut, warna kekal terang selain memastikan tekstur tidak rosak meski dicuci berulang kali. Jadi anda, boleh mencuci tanpa ragu kerana hijab dan batik kekal selamat.
Lebih penting, kitaran pencucian lembut yang ditawarkan bukan sahaja berkesan menanggalkan kotoran tetapi turut mengurangkan kesan haus dan lusuh yang sering menjadi punca fabrik kelihatan tua sebelum waktunya. Sebab itulah ia menjadi pilihan ideal untuk mereka yang bijak.
Cucian Pantas 45 Minit
Memahami tidak semua orang mampu menunggu cucian berjam-jam lamanya ketika cucian, UltimateCare™ dilengkapi cucian penuh satu muatan hanya pada 45 minit saja pada suhu 30°C, di mana ia bukan saja menjimatkan masa tapi juga kerja mencuci lebih mudah.
Cucian tanpa jejaskan kelembutan fabrik
Untuk cucian harian dan pakaian bayi, kitaran wap lembut pada suhu 40°C memberikan cucian bersih tanpa menjejaskan kelembutan fabrik. Pilihan ideal untuk anda yang mementingkan keselesaan dan keselamatan pada kulit.
Menghapuskan 99.9 % bakteria
Dengan suhu melebihi 60°C, program ini membantu menghapuskan lebih 99.99% bakteria dan virus, diperakui oleh Swissatest. Sesuai digunakan apabila anda perlukan perlindungan tambahan dalam rutin cucian harian.
5.Jimat duit dan tenaga
Mesin basuh ini turut dilengkapi teknologi canggih iaitu eco inventor motor yang bukan saja mampu menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 50 peratus dan mesra alam tetapi turut memberikan prestasi yang lebih efisien, senyap, dan tahan lama.
Pengurus Besar Electrolux Malaysia, Vincent Lee bersama pengasas TUDUNGRUFFLE, Puan Hanis yang berkerjasama dalam produk terbaru ini.Hijab kesayangan selamat walau dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Di bulan Syawal mulia ini, Electrolux tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan penuh bergaya. Menerusi pelancaran produk cucian terbaharu, Electrolux mengumumkan kerjasama istimewa bersama jenama hijab terkenal, TUDUNGRUFFLE satu gabungan unik antara teknologi penjagaan fabrik dan elemen fesyen Muslimah moden.
“Hijab dan batik adalah lambang ekspresi diri dan budaya. Kami percaya fabrik-fabrik ini layak mendapat penjagaan terbaik,” kata Vincent Lee, Pengurus Besar Electrolux Malaysia.
“Dengan kehadiran rangkaian UltimateCare™ baharu, kami mahu membantu pengguna menjaga kelembutan dan keanggunan pakaian mereka, agar sentiasa tampak segar dan selesa dipakai.
Electrolux terus memperkukuh peranannya sebagai jenama premium dalam penjagaan pakaian yang mampan. Melalui kolaborasi bersama TUDUNGRUFFLE, jenama ini mendekati pengguna dengan lebih erat khususnya wanita moden yang menghargai keindahan dan ketelitian, lebih-lebih lagi ketika melalui hari-hari yang sibuk.
Istimewa buat pelanggan yang membeli mesin basuh Electrolux UltimateCare™ S300 8 & 9 kg akan menerima set eksklusif TUDUNGRUFFLE bernilai RM199 yang mengandungi tudung dan beg pakaian kotor.
Hadiah menarik menanti pembeli mesin basuh Electrolux UltimateCare™ S300 8 & 9 kg ini di mana pelanggan akan menerima set eksklusif TUDUNGRUFFLE bernilai RM199 yang mengandungi tudung dan beg pakaian kotor.
Tampil bergaya dan yakin setiap masa dengan pakaian yang dijaga rapi serta sentuhan moden dari Electrolux dan TUDUNGRUFFLE. Gabungan sempurna untuk gaya hidup yang praktikal dan elegan.
Ketahui lebih banyak mengenai kolaborasi lumayan ini dan siri Electrolux UltimateCare™ baharu di peruncit terkemuka dengan harga jualan yang disyorkan bermula daripada RM2,059. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Electrolux di https://www.electrolux.com.my/ dan platform media sosialnya di:
Kesihatan jantung sering kali tidak mendapat perhatian yang sewajarnya di kalangan wanita walaupun risiko serangan jantung semakin meningkat dalam komuniti wanita di Malaysia.
Tidak dinafikan terdapat segelintir wanita yang lebih mengutamakan penjagaan luaran seperti penampilan diri dan berat badan berbanding memberi perhatian kepada organ penting seperti jantung.
Senario ini perlu diubah kerana penyakit jantung bukan sahaja antara punca utama kematian di kalangan wanita, tetapi ia juga boleh dicegah.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 13.4 peratus kematian membabitkan wanita yang menghidap penyakit jantung iskemik dilaporkan sehingga tahun 2020.
Menjaga Jantung Bermula dari Dapur
Kunci utama dalam menjaga kesihatan jantung terletak pada diet yang sihat. Pemakanan yang seimbang dengan pengambilan makanan rendah lemak tepu, tinggi serat, serta kaya dengan vitamin dan mineral dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Antaranya termasuklah pengambilan minyak Ikan Omega-3. Ia terkenal dengan manfaatnya untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan pengambilan pemakanan yang mengandungi asid lemak EPA dan DHA dapat menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
Manakala EPA dan DHA pula berperanan mengekalkan tahap trigliserida yang sihat serta membantu menstabilkan tekanan darah. Omega-3 pula dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan fungsi kardiovaskular, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung.
Selain itu, CoQ10 pula merupakan suplemen penting yang membantu mengekalkan tahap lipid darah yang sihat, termasuk trigliserida dan kolesterol. CoQ10 berperanan mengurangkan pengoksidaan dan kerosakan akibat radikal bebas pada lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) iaitu kolesterol jahat yang boleh menyebabkan masalah arteri tersumbat.
Selain itu, CoQ10 turut menyokong kesihatan saluran darah seperti arteri, vena, dan kapilari, memastikan peredaran darah yang lancar dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Berikut adalah beberapa tip pemakanan yang boleh membantu wanita menjaga kesihatan jantung:
Kurangkan Pengambilan Garam dan Gula: Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah, manakala gula berlebihan boleh membawa kepada obesiti. Kedua-dua faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung.
Masukkan Lemak Sihat dalam Diet: Lemak sihat seperti lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan salmon, chia seed, dan kacang walnut dapat membantu mengurangkan keradangan dan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik dalam badan.
Makan Lebih Buah dan Sayur: Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan berperanan melindungi jantung daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Senjata Rahsia Pencegahan
Selain diet, aktiviti fizikal juga merupakan senjata rahsia yang sangat penting untuk wanita. Gaya hidup yang aktif dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal, mengawal tekanan darah, dan memperbaiki kesihatan jantung secara keseluruhan. Beberapa jenis aktiviti fizikal yang sesuai termasuklah:
Bersenam secara teratur: Aktiviti seperti berjalan kaki, berenang, atau berbasikal selama 30 minit setiap hari dapat menguatkan jantung dan memperbaiki aliran darah.
Senaman kardiovaskular: Aktiviti kardiovaskular seperti aerobik atau zumba membantu meningkatkan kadar degupan jantung dan melatih otot jantung untuk bekerja dengan lebih efisien.
Stres: Punca Utama Serangan Jantung
Ramai wanita yang terdedah kepada tekanan di tempat kerja, bebanan keluarga, dan pelbagai tanggungjawab lain yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jantung. Tekanan yang tidak dikawal boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan menyebabkan keradangan dalam saluran darah, yang akhirnya membawa kepada serangan jantung.
Pengurusan stres adalah penting untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amalan seperti yoga, meditasi, atau sekadar meluangkan masa untuk berehat dan menenangkan diri boleh membantu mengurangkan tekanan dan memberi keseimbangan emosi yang lebih baik.
Kesedaran dan Tindakan adalah Kunci
Wanita perlu lebih peka dengan kesihatan jantung mereka dan mula mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit ini. Kesedaran adalah kunci pertama, diikuti dengan tindakan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.
Jangan tunggu sehingga gejala muncul kerana penyakit jantung kadang-kala hadir tanpa sebarang amaran. Jaga jantung anda mulai sekarang, kerana kesihatan jantung adalah kunci kepada kesejahteraan hidup yang lebih lama dan berkualiti.
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, rangkaian supplemen kesihatan, Blackmores bakal bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) mengadakan kempen kesedaran tentang risiko penyakit jantung.
Program ini bakal berlangsung di Aeon Mall, Shah Alam pada 24 sehingga 29 September ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Selain itu, Blackmores turut bertindak sebagai penaja platinum Hari Jantung Sedunia untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang risiko penyakit jantung.
Pada acara yang sama, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan, merasai produk secara percuma dan macam-macam lagi.
Anda juga boleh dapatkan produk Blackmores secara atas talian menerusi platform rasmi di aplikasi Lazada dan Shopee.
Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana, berkongsi pengalaman getir yang menguji maruah dan ketabahannya ketika ditahan oleh pihak berkuasa Isr4el dalam misi kemanusiaan baru-baru ini.
Dalam nada sebak namun tegas, Zizi menceritakan bagaimana setiap detik dalam tahanan itu meninggalkan parut emosi yang sukar dilupakan.
Zizi yang terkenal dengan keperibadian tegas dan lembut pada masa sama, tidak pernah menyangka dirinya akan berdepan penyeksaan fizikal dan mental di tangan pihak tentera hanya kerana membawa mesej keamanan.
Menerusi pertemuan bersama Ketua Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Zizi Kirana berkongsi detik getir yang tidak akan dilupakan sepanjang ditahan dan diperlakukan secara biadab oleh tentera Israel sewaktu menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.
Zizi yang menyertai misi kemanusiaan itu bukan sekadar sebagai selebriti, tetapi sebagai suara solidariti buat rakyat Palestin, tidak pernah menyangka dirinya bakal berdepan penyeksaan fizikal dan emosi yang begitu dahsyat.
“Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, ‘what is this?’
Saya jawab, ‘this is Quran, this is my Quran.’ Tapi dia terus rampas,” cerita Zizi, menahan sebak.
Namun penderitaan itu tidak terhenti di situ. Di pusat imigresen Israel, Zizi sekali lagi menjadi mangsa penghinaan yang melampaui batas kemanusiaan.
“Ketika dalam perjalanan menaiki bas, sekali lagi tudung saya ditarik,” katanya mengimbau kejadian yang berlaku di hadapan anggota tentera bersenjata. “Ketika itu saya cuba selamatkan sebaik mungkin, memandangkan anak tudung sudah tiada di kepala.”
Menurut Zizi, pakaian yang dikenakannya turut menjadi sasaran pemeriksaan tidak berperikemanusiaan.
“Baju di bahagian dalam juga digunting kerana mereka tidak mahu kami memakai dua lapisan pakaian. Mereka hanya mahu kami berbaju sehelai sahaja,” ujarnya.
“Sampai di penjara pun mereka tak bagi pakai hijab. Inner baju saya digunting, kasut ditarik, tudung saya direntap lagi sebelum naik bas ke penjara. Tapi saya tetap pegang sisa hijab saya yang tinggal,” ujar Zizi dalam temubual tersebut mengimbas keadaan getir yang dihadapinya itu.
Beliau menambah, kasut yang dipakai turut dibuka talinya dan stoking tidak dibenarkan, kononnya atas alasan keselamatan. Namun bagi Zizi, ia lebih kepada satu bentuk penghinaan yang sengaja dilakukan untuk menggugat maruah dan kekuatan mental tahanan wanita.
Keberanian Zizi ketika sesi intercept , saat mereka disoal siasat oleh pihak tentera menjadi bukti kekentalan semangatnya.
“Saya duduk berhadapan dengan mereka, tak tunduk, tak menangis. Saya tahu ini ujian iman. Saya orang terakhir diberi mental torture dan dijemur di tengah panas.”
Di tengah panas terik dan tekanan mental yang sengaja dicipta untuk melemahkan semangat, Zizi terus berdoa tanpa henti.
“Saya panjatkan doa agar Allah beri kekuatan untuk saya bertahan. Saya tahu, mereka boleh sakiti tubuh saya, tapi bukan iman saya.”
Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara termasuk 23 rakyat Malaysia belayar menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan dan simbol solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi.
Kini, kesemua aktivis Malaysia telah selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan hasil usaha diplomatik Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.