Setiap kali menyambut hari raya aidiladha, pasti akan ada ahli keluarga yang akan mengambil bahagian dalam melakukan ibadah korban iaitu sembelihan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan unta. Inilah tanda syukur atas rezeki yang diberikan.
Menariknya, bila melaksanakan ibadah korban ini, daging sembelihan ini diagihkan kepada ahli keluarga, jiran, fakir dan miskin yang memerlukan makanan ini yang boleh dikatakan jarang dirasai oleh sesetengah orang. Tak kurang juga ada menggunakan daging sembelihan ini untuk jamuan dan majlis kesyukuran.
Ibadah Korban Tempat Sendiri Vs Negara Luar
Sebelum ini, mungkin ramai orang tahu ibadah korban dilakukan di kampung atau masjid dan bergotong royong membahagikan daging sembelihan kepada penduduk setempat.
Malah, hukum melaksanakan pada orang yang mampu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Sebenarnya, melaksanakan ibadah korban adalah sebaiknya kerana beberapa faktor.
1. Kongsi Bahagian Lembu – Seekor lembu dikongsi dengan tujuh bahagian. Jika tidak mampu menyembelih binatang korban sendiri, diharuskan untuk mewakilkan kepada orang yang lebih arif.
2. Melihat Proses Penyembelihan – Sunat untuk hadir dan melihat sendiri proses penyembelihan binatang korban sama ada lelaki atau perempuan. Ini bafi menghayati sendiri dan mengambil fadilat seperti pengampunan dosa ketika darah binatang korban menitis.
Ads
3. Ambil & Makan Sebahagian Daging Korban – Disunatkan bagi orang yang berkorban untuk makan sebahagian daging korbannya.
Walau bagaimana pun, ibadah korban ini bukan saja dibuat oleh orang perseorangan, di kampung atau masjid. Tetapi juga ada pihak tertentu yang menjalankan program korban ini khas untuk dilaksanakan di negara-negara luar yang dikatakan harga lebih murah.
Hukum Bagi Ibadah Korban Di Luar Negara
Ada beberapa pendapat berbeza tentang seseorang mengambil bahagian dalam ibadah korban di luar negara.
Mazhab Hanafi – Makruh dipindahkan ke luar kawasan kecuali jika disebabkan ada kerabatnya di sana atau yang lebih memerlukan.
Mazhab Maliki – Tidak harus dipindahkan sembelihan ke luar kawasan yang melebihi jarak musafir kecuali yang tinffal di luar kawasan lain itu sangat memerlukan.
Ads
As-Syafie & Hambali – Hukumnya harus untuk memindahkan ibadah korban ke luar negara yang tidak melebihi jarak musafir.
Daripada apa yang katakan ini, hukum melaksanakan korban secara wakil ke luar negaraadalah HARUS DAN SAH. Jika ada lebihan wang, tidak ada salahnya untuk memilih kedua-dua.
Kongsi Kegembiraan Aidiladha Melalui Kempen Kempen Qurban4Ummah 2023
Melalui Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah mengajak kita untuk membantu mereka yang berada di negara seperti Syria, Palestin, Yaman untuk berkongsi kegembiraan Aidiladha bersama.
Kempen Qurban4Ummah 2023 merupakan pelaksanaan kali ke 12 bagi ibadah korban yang dijalankan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di Syria.
Ads
Istimewa bagi tahun ini, Peduli Insan telah memperbanyakkan lokasi pelaksanaan ibadah korban ke Palestin dan Yaman. Ini memastikan saudara kita yang terkesan daripada peperangan dan kini sedang terpalit dengan isu kemanusiaan yang berpanjangan seperti isu ketiadaan makanan terutamanya dapat merasakan nikmat merasai hidangan daging ketika Hari Raya Aidiladha.
Di samping itu, Peduli Insan juga membuka peluang untuk orang ramai bersedekah serendah RM30 melalui Sedekah Adha bagi meraikan mereka yang ingin bersama-sama Peduli Insan, peduli tentang saudara kita di negara bergolak.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ini dan mengambil bahagian dalam ibadah korban di luar negara, boleh layari laman web rasmi Peduli Insan: www.peduliinsan.org
Daftar korban Syria, Palestin atau kongsi kegembiraan Hari Raya Aidiladha serendah RM30 melalui : https://ezy.la/n5c
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecur air liur, Sotong Masam Manis Ala Thai Makan mak-mak wajib cuba masak. Sambil dengar lagu raya terkenang suasana di kampung, memang sayu. Hari ini sudah 19 hari kita berpuasa, mak-mak mesti dah terkenang kampung halaman.
Apapun menu berbuka petang ni wajib dihidangkan di meja tau! Apa kata jom kita masak Sotong Masam Manis Ala Thai Makan Sekali Nak Lagi!
Kecur Air Liur
Mudah saja kiranya kalau tutup mata pun boleh buat sebab mak-mak kan dah pro di dapur. Resipi mudah ni 5 minit dah boleh siap yang penting kena ada sotong. Jom cuba resipi ni untuk berbuka petang ini.
Bahan-Bahan:
10 ekor sotong disiang dan dibuang kulit
Bahan sos:
6 ulang bawang putih (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 tangai (akar ketumbar)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam dan serbuk perasa.
1 biji air perahan limau
Daun ketumbar dipotong halus
Cara Memasak :
1.Masukkan sotong ke dalam kuali kemudian masak kan sotong tersebut.(ketepikan sotong yang telah dimasak)
Untuk sos masukkan bawang putih, cili padi, cili merah, akar ketumbar ke dalam mangkuk kemudian gaul.
3.Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula, garam, serbuk perasa dan air perahan limau atau lemon serta daun ketumbar.
4.Kacau dan akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati. Siap! Sudah boleh dihidang bersama menu lain sewaktu berbuka puasa nanti.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meraikan hari bersejarah dalam hidup, pastinya setiap persiapan majlis penuh bermakna itu diberi perhatian khusus. Selain busana pengantin yang menawan, pemilihan dewan yang sempurna dengan dilengkapi dekorasi eksklusif juga penting.
Bukan hanya itu, ruang dewan yang luas beserta tempat parkir yang mampu memuatkan jumlah kapasiti tetamu yang ramai adalah aspek utama yang dilihat orang ramai sebelum membuat tempahan.
Dewan Bertemakan Musim Winter & Autumn
Kesemua kerisauan itu kini mempunyai jawapan apabila MAGICA Events & Function Halls menawarkan lokasi majlis yang cantik dan eksklusif di cawangan ke-10 dan dewan yang ke 22 terletak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Tampil dengan dua dewan bertemakan musim luruh dan sejuk, MAGICA Events & Function Halls mampu menjimatkan kos untuk mengeluarkan bajet lain bagi setiap tema yang anda ingin lakukan pada hari bahagia itu.
Ahli Perniagaan Ini Kongsi Cara Mudahkan Majlis Perkahwinan Melayu
Dua dewan yang terletak di ruang legar utama PICC turut menjamin keselesaan setiap tetamu yang hadir kerana lokasinya yang begitu strategik dan privasi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAGICA, Chen Bee Kheng dan Mohamad Saad Mohamad Rejab, dewan Winter Hall dan Autumn Hall bakal menyerikan hari bahagia setiap individu kerana pakej yang ditawarkan termasuk dekorasi indah yang dilakukan pada setiap dewan.
“Winter Hall mampu memuatkan dari 500 ke 1500 manakala Autumn Hall pula dari 350 ke 1000 tetamu.
“Dekorasi musim luruh dan sejuk yang diserikan di dua dewan ini sememangnya menjadi tema kegemaran setiap individu terutama pasangan yang akan berkahwin.
“Jadi kami di MAGICA Events & Function Hall ingin merealisasikan impian itu sekali gus memudahkan proses dan menjimatkan kos mereka untuk dekorasi dewan.
“Malah harga yang kami tawarkan pun sangat berbaloi dan rata-rata berpuas hati dengan servis yang kami berikan. Dua dewan di PICC ini adalah cawangan ke-10 dan dewan ke 22 MAGICA,” katanya.
Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA tidak hanya terhad kepada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya memberi peluang kepada orang ramai untuk mengadakan sebarang majlis yang bersesuaian.
Selain di PICC, MAGICA mempunyai beberapa dewan yang mempunyai konsep tema berbeza antaranya termasuklah di Star Avenue, Subang, Space 8, Shah Alam, Cheras, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Quill City Mall, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menarik lagi mengenai Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA di PICC ini, setiap dewan dilengkapi penataan cahaya canggih serta lampu led mewah yang menelan kos puluhan ribu.
Lebih istimewa Winter Hall MAGICA & Autumn Hall MAGICA di PICC turut menawarkan pakej istimewa iaitu tempahan sehingga hujung tahun ini hanya bernilai RM9,999.
Sebarang tempahan boleh dibuat melalui media sosial MAGICA di TikTok, Facebook dan Instagram di @magicaevents.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas digemparkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan berhadapan detik cemas apabila diserang individu tidak dikenali, malam tadi.
Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.
Polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Sementara itu, Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pecah cermin kereta Honda City milik pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pemain tengah JDT, Safiq Rahim, 36.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 10.05 malam, 7 Mei (semalam) di kawasan sekitar Johor Bahru.
Guna Tukul Besi
“Mangsa merupakan pemain bola sepak kelab JDT berusia 36 tahun menyatakan cermin kereta yang dipandu dipecahkan dua inividu tidak dikenal dengan menggunakan alat dipercayai tukul besi.
“Suspek turut menunjukkan tukul ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kerosakkan kereta pecah cermin besar di bahagian belakang.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...