
Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Namun jika ada banyak stok bunga kantan di rumah tu, boleh simpan ikut cara yang dikongsikan oleh Pn Qiha Fareesya ini dalam page Masak Apa Hari Ini (MAHN). Menurut wanita ini, simpan cara begini bunga kantan boleh tahan lama sehingga 6 bulan! malah bau dan rasanya juga kekal sama dan segar. Jadi bolehlah digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Ini cara saya untuk bagi bunga kantan tahan lama.Buat macam aiskrim ye sahabat.”
“Kalau simpan tanpa isi air lama-lama akan jadi hitam di dalam.Tapi buat cara macam ni Inshaa Allah tahan lama. Saya pernah simpan sampai 6 bulan.Bau dan rasanya tetap fresh”
Caranya:
1.Bunga kantan tengok saiz ye.. Besar belah 4, kecik belah 2. Kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimatkan plastik.
2.Isi air masak dalam plastik yang dah diisi bunga kantan tadi. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu.
3.Simpul kemas-kemas.
4.Bekukan macam kita buat aiskrim tu.
5. Pesan dan bagitau anak-anak, ini bukan aiskrim ye. Takut terjadi macam saya aritu anak-anak ingat aiskrim.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak mesti cuba tip dapur yang dikongsikan ini, agar bunga kantan yang disimpan tak busuk, tahan lama dan boleh digunakan bila diperlukan.
Sumber: Pn Qiha Fareesya
Limau Kasturi, Asam Boi & Madu, Ramuan Ubat Batuk Berkesan Kaum Cina Zaman Dulu!

Limau kasturi, asam boi dan madu rupanya boleh jadi ramuan berkesan untuk sembuhkan batuk. Bukan apa peritnya tekak bila batuk tak sembuh-sembuh, sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.
Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, boleh cuba petua alternatif dan ikhtiar semulajadi untuk legakan batuk ini. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur sahaja.Malah katanya ia merupakan amalan kaum cina zaman dulu dalam melegakan batuk.
Baca perkongsian daripada Puan Nor Hasnah Abdul Kadir ini sebagai panduan;
Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah.
So ini laa ubat batuk saya selama ni.. tqsm Kyung Kakyung Ayza kerana berkongsi ilmu ni. Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum cina.
Awal bulan anak buah dan cucu sedara saya batuk teruk. 3 kali ke klinik masih tak sembuh. Saya buatkan ini, 2 hari dia Ok.Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba.
Bahan-Bahan:
2 sudu makan madu
3/4 balang Air
Limau kasturi dan asam boi sama banyak
Cara Membuat:
1. Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.
2. Belah 2 limau jangan putus.
3. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
4. Isi asam boi dalam limau.
5. Isi limau ke dalam air madu tadi.
Simpan pada suhu bilik sahaja.
Cara Mengamalkannya:
# Ambil 2 sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan).
# lagi lama perap lagi bagus.
Selamat Mencuba, Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Amal PETUA Perahan Limau Kasturi+Kicap, Elok Serasi BATUK Cepat Sembuh!
Baca Lagi Di Sini:Bertahun Amalkan Makan Bawang Putih Bakar, PETUA BERKESAN Setiap Kali BATUK BERKAHAK!
Artikel Menarik:Guna Lemon, Madu & Cengkih, IKHTIAR Berkesan Sembuhkan Batuk, Hidung Tersumbat!
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah batuk tak sembuh-sembuh walaupun dah makan macam-macam ubat, boleh cuba ramuan dan petua yang dikongsikan ini.
Sumber:Nor Hasnah Abdul Kadir
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Untungnya Bila Anak Rapat-rapat…

Waktu menunggu makanan sampai di sebuah restoran, tiba-tiba pelayan tanya kami, “Kembar ke nie?” Terus saya cakap, “Taklah, ini abang dan ini adiknya,” sambil menunjuk ke arah mereka.
Begitulah setiap kali bila keluar dan menyinggahi mana-mana tempat, mesti ada yang bertanyakan pasal diorang. Hakikatnya, beza antara adik dan abang adalah dua tahun. Mungkin juga sebab abang lahir pada bulan Disember 2015 dan adik pula lahir pada Mei 2017. Kiranya setahun lebih dah dipanggil abang. Walaupun jaraknya dua tahun, tapi bila dari segi fizikal beratnya dah hampir sama. Apa tidaknya, adik berat hampir 10 kg dan abangnya, 11 kg.
Sukar Untuk Jaga
Tidak dinafikan, pada awal kelahiran adiknya, agak kekok dan tak menang tangan sebab tak tahu mana satu yang ingin didahulukan. Sebab itulah, bila ada mak-mak yang mengandung dan lahirkan anak jarak ‘rapat-rapat’ orang sekeliling lihat dan akan cakap ‘kesian’. Katanya, abang tak sempat nak dapat kasih sayang secukupnya, tup-tup dah dapat adik.
Kalut memang kalut, itu hanyalah permulaan sahaja. Bila sudah lalui, semuanya akan jadi sebati dan pandailah mak-mak handle kan.
Jimat
Tanyalah mak-mak di luar sana, untungnya anak dekat-dekat sebab apa? Sebab bila mereka sama jantina, baju abangnya tak perlu disimpan lama untuk dipakaikan pada adik (recyle balik). Kadang-kadang, bila dah hampir sama besar, mak pun tak perasan pakaian ini sebenarnya adik punya atau abang punya. Nak tak nak pakai ajelah.
Lebih Berdikari
Bila dah ada adik, abang lebih banyak berdikari. Kadang-kadang, kita boleh tengok abang akan buat hal dia sendiri. Ada pun dia meragam bila dia diusik, mahu susu ataupun nak tidur. Selebihnya, dia akan buat main dan buat hal sendiri.
Teman Sepermainan
Memandangkan adik masih lagi kecil, masih belum nampak untuk mereka berdua main bersama. Tunggu bila adiknya sudah dapat kaki. Harap2 mereka dapat main bersama. Buat masa sekarang, mungkin abang lebih suka membuli adik. Maklum sahaja, adik masih kecil dan tak pandai lagi nak melawan. Walau pun kadang-kadang adik akan bunyikan suara bila barang yang dipegang di ambil orang.
Buat mak-mak di luar sana, usah mengeluh bila anak lahir rapat-rapat. Terimalah seadanya. Percayalah! Semua itu dah dinamakan rezeki. Allah berikan rezeki dengan jarak anak yang dekat sebab dia tahu, kita boleh laluinya dan menjaga amanah yang diberikan kepada kita.
Doktor Ini Senaraikan Cara Betul Berpantang Selepas Bersalin, Ini Bukanlah Tempoh ‘Seksaan’ Ibu

Tempoh berpantang selepas bersalin, rasanya cukup lama bagi mak-mak yang mengalaminya. Ada yang ambil tempoh 40 hari, 44 hari dan ada juga yang sampai 100 hari. Terpulang pada diri ibu itu sendiri.
Berpantang selepas bersalin, salah satu cara untuk ibu muda berehat selepas ‘bertarung nyawa’ melahirkan anak. Kena rehat dan jaga makan betul-betul kalau tak nak badan sakit di kemudian hari.
Mungkin inilah salah satu kata-kata orang tua dan tak mustahil juga ada ibu muda berpantang selepas bersalin dengan ikut cara orang dulu-dulu. Pakai bengkung, bertungku, tidak mengambil makanan ‘sejuk’, minum air akar kayu dan sebagainya.
Namun, keadaan sekarang sudah berubah. Mana yang nak berpantang, diteruskan ikut cara masing-masing, tak kurang juga langsung tak berpantang selepas bersalin. Kononnnya badan dah kuat.
Tak kisahlah cara macam mana mak-mak berpantang cara tradisional atau moden sekalipun, paling penting tempoh berpantang ini bukanlah ‘seksaan’ untuk ibu. Ikuti cara berpantang yang disarankan oleh doktor ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lepas Bersalin Ozlynn Berpantang 100 Hari “Suami Yang Baik Akan Sokong Untuk Jaga Kesihatan Isteri”
Wanita Ini Senaraikan Jenis Ikan Yang Boleh Ibu Ambil Masa Berpantang, Ada Khasiatnya!
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara Berpantang Selepas Bersalin
Bagaimana untuk berpantang selepas bersalin ?
1. Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok
2. Pantang makanan yang ibu allergik. Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.
3. Pantang limit air – minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tkde masalah. Segala air yg masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau
4. Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari
5. Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan !
6. Pantang bersama dgn suami. Tunggu darah nifas kering dulu. Bawa bersabar.
7. Pantang menyentuh luka jahitan tanpa cuci tangan. Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.
8. Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Da kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?
9. Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tkde masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.
10. Pantang merawat diri sendiri jika ada masalah: darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam—- semua jumpa doktor. Jangan tanya kat facebook atau twidder nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.
11. Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.
12. Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang umah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.
13. Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu. Simpan duit beli keperluan baby
14. Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan da boleh start makanan pejal.
15. Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.
Paling penting, pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan.
Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takut-takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas. Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu.
Ada jeee yang tak kena, tak suka eh tengok
Ibu-ibu ni happy ?
Mingguan Wanita : Betul tu, ikutlah cara masing-masing berpantang. Selalu kita denganr orang tua cakap, badan kita ni nak ‘pakai’ lama. Nanti tak sempat tua dah sakit sana, sakit sini.
Sumber: Dr Muhammad Izzat
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita