Ini Cara Semak Online Transaksi Kad Touch N Go, Untung-untung Ada Rebate Lebih

Share

Yang nak jalan jauh balik ke kampung halaman musim-musim cuti perayaan ini, eloklah semak siap-siap baki Touch n Go mak ayah tu. Tak perlu lagi ke kaunter, boleh semak secara online saja. Mana tahukan, rupanya dalam kad Touch n Go kita tu ada lebihan rebate.

Bro Ohsem Akhtar Syamir ini berkongsi langkah-langkah mudah untuk semak dan cetak terus transaksi Touch n Go mak ayah. Ada 6 kelebihan yang mungkin mak ayah tak perasan bila kita semak transaksi kita secara online ini.

 

6 Kelebihan Semak Touch N Go Online

1. Amat berguna untuk proses tuntutan tol.

2. Tiada lagi resit fizikal diperlukan.

3. Berguna untuk semak di mana kad Touch n GO telah digunakan.

4. Juga berguna untuk semak “rebate”.

5. Boleh semak baki terkini.

6. Mudah untuk uruskan banyak kad.

Manfaat Ini Pun Anda Akan Dapat

√    Nanti tak perlu lagi nak simpan resit banyak – banyak atau resit hilang dan lain – lain.

√    Kalau kad hilang pun boleh lagi tengok kat mana kad tu digunakan.

√    Kalau kenderaan hilang pun sedikit sebanyak dapat membantu. Tak perlu nak pergi kaunter Touch n GO untuk urusan macam ni.

Panduan Semakan Online Transaksi Touch N Go

 

Masuk ke laman web Touch n Go. www.touchngo.com.my dan daftar.

 

 

Masukkan data yang diperlukan. No. siri ada pada setiap kad. Masukkan infonya.

 

 

Kalau masih tak jumpa. tengok dekat belakang kad. Cari Serial No. haa.. itulah data yang diperlukan.

 

 

Bila dah selesai isi butiran yang diminta tu. Klik yes. Jangan pula lupa tekan butang proceed. Tergantung-gantung karang permohonan tu..

 

 

Bacalah terma yang dia beri tu. Klik ‘Agree; tanda setuju dan ‘proceed’.

 

 

Username wajib ada huruf dan nombor. Jangan kata menyusahkan pula. Ini tujuan untuk jaga keselamatan kad anda itu.

 

 

Ini pun sama, letak password yang ada nombor, hururf besar dan huruf kecil.

 

 

Yeay! Selesai sudah urusan pendaftaran kad tu.

 

 

Log in lah akaun tu ikut username dan password yang anda tuliskan sebelum ini. Simpan siap-siap username dan password dalam buku khas. Nanti taklah terlupa bila nak buka lain kali.

 

Bila dah masuk, anda akan nampak data transaksi tu macam gini.

 

 

Klik ‘History’ kalau anda nak buat semakan baki terdahulu. Klik ‘find’ untuk meneruskan carian. Kalau nak semak rebate, boleh klik dekat ‘Rebate’. Manalah tahu ada lebihan. Dapatlah berjimat.

 

 

Nampak tak segala data detail diberikan. Dekat tol mana anda touch kad tu.. semua ada. Jadi kalau kad anda kena curi tahulah lokasi penyangak tu dekat mana.

 

 

Kalau anda nak cetak resit itu, boleh export dalam bentuk pdf.

 

 

Nanti dia akan jadi bentuk macam gini. Lebih mudahkan untuk anda semak satu-persatu.

 

Baca Sini : Simpan Resit Dan No. Kad Touch N Go, Kalau Hilang Boleh Claim Baki Duit Dalam Tu, Ini Stepnya

Nota : Harap info ini dapat memudahkan urusan semua orang.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir

IKLAN