Cara Paling Cepat Tampal Lencana Sekolah Anak Guna Double-Sided Adhesive Cloth, Yang Penting Tak Melekit

Share

Alam persekolahan dah seminggu berlalu, Barangkali masih ada baju yang belum ditampal lencana sekolah. Ini cara paling mudah tampal lencana sekolah anak. Yang pasti tak melekit tangan mak-mak dengan gam UHU.

Perkongsian DIY mudah tampal lencana sekolah anak dengan Double-Sided Adhesive Cloth ini ditunjukkan oleh Puan Norhasnita Mohd Anuar

. Akuinya, ini cara paling mudah dan cepat.

 

Puan Norhasnita Mohd Anuar dan keluarga

 

Beberapa hari sebelum buka sekolah ada orang share cara-cara nak gam lencana dan nametag sekolah. Tahun lepas akak guna gam UHU je. Tak rajin nak jahit. So far, guna gam UHU ok. Tak tercabut pun walau dah banyak kali basuh.

Tahun ni Akak try guna double-sided adhesive cloth ni pula. Nampaknya cara ni yang paling mudah dan cepat

.”

Mana Nak Cari Double-Sided Adhesive Cloth

 

Cari kat bahagian kraf.

 

Mak-mak pergilah ke Daiso yang berdekatan. Kat Shah Alam ini boleh pergi kat Aeon Mall Seksyen 13 tu. Pastu cari kat bahagian craft.

Caranya senang sahaja. Potong double-sided adhesive cloth tu ikut saiz lencana dan nametag. Lepas tu terus iron. Tak sampai 5 minit dah siap. Cara-caranya akak share juga dalam gambar.

Panduan Bergambar Tampal Lencana Sekolah Anak

 

Setting dulu nametag dan lencana. Sediakan double-sided adhesive cloth.

 

Potong ikut saiz nametag dan lencana.

 

Terus iron. Dah siap.

 

Sumber/Foto : Norhasnita Mohd Anuar

IKLAN