Cara Lengkap Buat Sandwic Tuna Viral Dalam Paper Cup, Kalau Nak Niaga Ikut Pesan Ibu Azzah

Share

Sandwic Tuna Viral ini suatu masa dulu pernah jadi sebutan di kalangan mak-mak. Cara penyediaannya mudah malah tak guna banyak bahan.

Walaupun ‘simple’ tapi orang tak pernah jemu nak rasa. Sampai sekarang, ramai yang mencari resepi ini. Selain di makan dengan anak beranak, boleh juga dibuat niaga. Dapatlah nanti pendapatan sampingan. Tapi kena ikut pesan Ibu Azzah dulu.

Perkongsian cara membuat sandwic tuna viral dalam paper cup ini dikongsikan oleh Ibu Azzah dari Projek Masak Ibu Azzah.

Sesuai dibuat untuk sebarang majlis. Intinya boleh divariasikan. Grilled chicken, egg mayo dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti sampai jadi ‘kebabom’ gitu.”

 

9 Bahan Sandwic Tuna Viral

1 buku Roti
1 tin Tuna
5 sudu besar Mayonis
1 biji Bawang Holland
2 biji Cili api
1 hiris Limau nipis
Tomato
Salad
Marjerin pelangi (tak ada dalam gambar)

 

Penyediaan Inti Tuna

I tin Tuna (flakes atau chunks), jenis berair atau berminyak boleh tapi mesti buang cairannya dulu

I biji Bawang Holland – cincang kasar

2 biji cili Api merah – potong halus

5 sudu besar Mayonis

Satu hirisan limau nipis ( jangan sebiji pulak)

Cara Membuat

1. Tuna dihancurkan dulu guna garfu.
2. Masukkan mayonis dan semua bahan yang lain (Rujuk Video). Jangan lupa perahkan asam limau.
3. Gaul rata sehingga sebati
4. Sedia untuk diguna terus.
5. Boleh simpan dalam chiller sekejap. Lagi sedap.

Cara Betul Sediakan Roti Dan Letak Inti Sampai Jadi Sandwic

 

Potong tepi roti guna pisau tajam atau gerigi supaya tak kemek.

 

Ini roti yang dah dipotong tepi. Lebihan roti tadi jangan dibuang. Sebab boleh buat breadcrumbs atau bread pudding.

 

Sapu rata roti dengan marjerin. Jangan tebal sangat. Sapu nipis jer. Ibu guna pelangi. Kalau nak guna butter pun boleh. Terpulang.

 

Sapu pula dengan mayonis. Pun nipis sahaja.

 

Letak salad atas roti. Nak guna salad jenis lain-lain pun tak apa.

 

Letak satu sudu inti tuna atas salad

 

Sapukan rata.

 

Kemudian, letak 2 hirisan tomato ke atas roti ke dua yang dah disapu marjerin dan mayonis

 

Letak inti tuna satu sudu dan ratakan

 

Kemudian ambil roti kedua tadi susun atas roti pertama yang kita dah standby yang ada salad tadi tu.

 

Pastu, susun pula kepingan roti ketiga juga yang dah disapu marjerin dan mayonis atas roti kedua. Notes : Roti ketiga hanya sapuan marjerin dan mayonis sahaja.

 

Macam ni jadinya susunan roti. Guna batang lidi cucuk roti macam dalam gambar. Tujuan untuk elak roti bergerak semasa proses potong

 

Potong menyerong guna pisau tajam atau yang bergerigi. Pastikan jari jangan menekan sangat roti nanti penyek semasa proses potong.

 

Potong serong satu bahagian lagi.

 

IKUT PESAN IBU AZZAH : Letak satu bite sandwich yang dah siap ke dalam paper cup, no 10. Nampak kemas dan menarik. Satu biji ni korang boleh jual 60 sen ke atas. Jangan jual murah sangat sebab kos bahan dah hampir RM10. Satu buku roti kita akan dapat dalam 24 pieces. Tapi filling masih ada lebih.

 

Taraaa…sandwich kita dah siap. Boleh terus dimakan atau boleh simpan dalam chiller. Ibu suka makan time sejuk….Wallah.

 

Korang boleh susun dalam kotak plastik camni ataupun kotak putih pizza.

 

Menarikkan idea berniaga sandwic tuna viral dalam paper cup yang cute macam ini. Sesuai dijual kepada pelanggan yang nak buat majlis Hari Jadi anak, atau kenduri kesyukuran sambut kelahiran dan sebagainya.

Sumber/Foto/Video : Projek Masak Ibu Azzah

IKLAN