CARA Jahit Sendiri CADAR Fitted + Piping, Elok Cantik Nampak Kemas!

Share

Sarung cadar yang jenis ‘fitted’ mahupun yang berzip memang membuatkan katil nampak lebih kemas dan senang diurus. Bukan apa, bila jahit cadar sendiri memang lebih puas hati.Selain boleh pilih sendiri corak kain yang disukai, mak-mak juga boleh berjimat bila buat cadar fitted dan ada ‘piping’ ini.

Ikut tutorial mudah yang tukang jahit ini tunjukkan.Cara buat sendiri cadar jenis fitted dan piping perkongsian daripada Puan Noraini Ismail ini sebagai panduan.

Sedikit perkongsian dari saya, cara membuat bingkai cadar @ bed frame (piping).

Bahan Diperlukan:

Kain
Jarum peniti
Benang Besar

Cara Membuat:

1.Potong tali, biasa saya buat 1 3/8″ *250 inci (beropol), 1 3/8″ *280 inci (fitted).

2.Sambung bentuk L dan pinkan.

3.Jahit di pin tadi, potong buang lebihan.

4.Letak benang besar di tengah-tengah tu, jahit rapat guna tapak zip.

5.Jahit di badan cadar, saya buat jarak 3/4 inci.

6.Di bucu, snapkan sedikit, jangan rapat sangat, tak nak bagi regang.

7.Jahitkan ropol atau kain bahagian sisi cadar.

8.Tambahan, cara sambungan untuk cadar fitted. Biasanya letak di bahagian kepala cadar.

Cara Buat Cadar Fitted + Piping

Untuk kain sambungan sisi, saya tambah 6″ dari ketebalan tilam, lebihkan ukuran kain dalam 3 inci.

Contoh : Queen 60″*75″ tilam tebal 8″
Kain sisi : 63*14 (2 keping) 78*14 ( 2 keping)

Kain untuk badan cadar kita lebihkan 1.5″
Contoh : Queen 60*75 nanti potong 61.5 *76.5
Jahit piping jarakkan 3/4″ dari tepi kecuali di bucu.

Ukuran Kain Cadar yang Diperlukan;

Kain Bidang 90

Single 3.5m
Queen 5.5m
King 6.5m

Cara Membuat:

1. Mula dari 2″ ke belakang.

2. Di penjuru jarakkan 3″ untuk lengkung tu, snap sedikit dahulu sebelum jahit.

3. Sesudah siap jahit lengkungan tu.

4. Di sambungannya nanti, temukan dalam keadaan menyerong.

5. Gunting buang lebihan tu.

6. Kain sambungan tepi. Biar sampai ke hujung tepi sahaja (dua-dua belah. Jika ada lebihan kain, gunting buang yaa.

7. Jahit 3/4″ dari tepi tadi. Klim kasar selepas jahit tu.

8. Jahit cantum kain tepi dan kain badan cadar. Jahit slow-slow…ni kan lengkung.

9. Siap, pandangan dari luar kain.

10. Untuk finishing getah saya guna saiz yang 0.5″ sahaja. Tandakan 12″ dari tepi jahitan penjuru tadi. Tanda dua-dua belah yaa.

11. Masukkan getah, lipat 2 kali bagi ada lebihan di tepi tu yaa.

12. Lipat 2 kali nak sembunyikan getah dalam kain. Mula jahit di bahagian tanda tu, jahit 2@3 Kali untuk matikan getah, baru jahit tindih atas getah. Saya guna teknik tarik sampai habis tegang.
Jahit sikit-sikit sampai ke hujung yang tanda tadi. Matikan getah di sana, baru potong lebihan getah.

13. Pandangan dari luar, sesudah siap.

14. Kain baki yang tak letak getah tu kita lipat 2 kali jugak. Jahit mula dari getah ke getah satu lagi.

15.Sesudah siap di pasang di katil.

Semoga bermanfaat buat yang berminat.

Siap! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Tukang Jahit Ini Ajar Cara Mudah Buat Cadar Single Berzip, Tutorial Bergambar Satu Persatu Turut Disertakan!

Baca Lagi Di Sini:CARA MUDAH ‘Deep Clean’ Tilam, Jadikan Rutin Bersihkan 4 Bulan Sekali!

Artikel Menarik:Anak Dah Besar Takut Tidur Seorang, Ini Cara Pisahkan Tempat Tidur!

Mingguan Wanita:Mak-mak yang pandai menjahit boleh cuba cadar sendiri di rumah letak ‘piping’ ni. Barulah cadar nampak lebih kemas, cantik dan menarik. Memang jimat banyak dan berbaloi bila buat cadar sendiri.

Sumber:Noraini Ismail

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

IKLAN