Buah Avokado atau alpukat merupakan buah yang sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta mineral. Buah ini juga mengandungi nutrisi asid folik yang sangat bagus untuk wanita hamil dan perkembangan bayi didalam kandungan. Rasa buahnya yang lemak berkrim, sangatlah sedap jika dibuat jus. Jika selalu beli jus ini, apa kata cuba buat sendiri pula.

Berikut merupakan perkongsian daripada Lin Chalo, Jus Alpukat yang menjadi kegemaran seisi keluarga beliau.Hanya perlu beli buah avocado dan buat sendiri je.

Bahan-Bahan: (Anggaran untuk 6 orang)

3 biji avocado.
500ml susu segar
500ml air sejuk
Madu/organic sugar

Cara Membuat:

1. Keluarkan isi  avokado dan masukkan dalam mesin pengisar.

Cara Buat Jus Avokado Yang Fresh, Creamy Lagi Sedap! Sangat Bagus Untuk Wanita Hamil

2. Kisar isi alpukat bersama susu segar. Lebih afdal susu segar tajuk Farmfresh. Nanti rasa creamy. Tajuk lain nanti tak jadi. Gurau. Lol.

IKLAN

Cara Buat Jus Avokado Yang Fresh, Creamy Lagi Sedap! Sangat Bagus Untuk Wanita Hamil

3. Letak madu/organik sugar kalau nak manis sikit.

4. Tambah sikit air sejuk. Lepas tu kisar la sambil selawat kepada Rasul. MasyaAllah.

IKLAN

5. Minum dengan hepi!

Cara Buat Jus Avokado Yang Fresh, Creamy Lagi Sedap! Sangat Bagus Untuk Wanita Hamil

InsyaAllah akan dapat alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir rm10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.

IKLAN

Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.

Siapa hantu alpukat? Kita geng!

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto: Lin Chalo

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI