Cara Betul Basuh Daging, Kena Tapis Sebelum Simpan Agar Sah Dimakan

Rupanya bukan sekadar basuh daging, sumber makanan bahan mentah yang berdarah seperti ikan dan seumpamanya perlu dibersihkan dengan cara yang betul sebelum disimpan. Agar apabila memakannya, kita makan makanan yang sah.

Perkongsian Mariyah Ghazali ini untuk cara betul membasuh, membersihkan bahan mentah yang belum dibuat apa-apa, bermakna yang baru dibersih dan cara betul penyimpanannya.

Baca sini : ‘Sebelum keluar kemas dulu’ walau tinggal rumah atas air tetap bersih.

Cara Betul Basuh Daging, Kena Tapis Sebelum Simpan Agar Sah Dimakan

Baca sini : Chef ini kongsi petua basuh, potong dan lembutkan daging dengan cepat. Kena ikut cara ini.

IKLAN

Berhati-hati Ketika Basuh Daging, Ikut Cara Betulnya

Assalammualaikum semua.. cara-cara basuh daging ikan atau yang lain-lain, yang ada darah semoga kita hati-hati bila nak masak ye.

Kita basuh 10 kali pun kalau tak kena cara, tak sah makan (haram) Basuh la dengan bersih dan kena cara ikut Islam.

IKLAN

Daging, ikan atau yang lain-lain yang ada darah, kita jangan dah basuh kita biarkan perap dengan darah. Walaupun kita dah basuh 10 kali pun tetap tak sah makan (haram)

Cara yang betul ialah kita basuh dengn bersih dan siram dia last sekali dan kita tuang dia dalam bakul dan lapik. Jangan sampai terkena air perapan yang masih ada darah. Semoga Allah terima amal kita dengan sempurna.. aamin.

IKLAN
Cara Betul Basuh Daging, Kena Tapis Sebelum Simpan Agar Sah Dimakan
Daging yang dah siap dibasuh, ditapis sebelum disimpan.

#rumahkusyurgaku Kalau salah tempat mana boleh bagi tau ye ini untuk nasihat semua yang belum tahu bab-bab ini.

Kalau kita basuh cara elok, Islam ajar dah walaupun masa kita bawak masak atau perap dengan garam kunyit tiba-tiba keluar darah lagi sikit-sikit tu.. hukumnya boleh makan je. Takda masalah. Yang saya tulis di atas tu bab-bab basuh belum buat apa-apa lagi. Jangan salah faham ye. Tq semua.

MW : Semoga bermanfaat.

Sumber/Foto : Mariyah Ghazali *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis. asal.