
Cara bahagia Shila Amzah, perlunya usaha dua hala. Bagi pelantun lagu Patah Seribu ini, hubungan suami isteri bukan hanya bertahan ketika senang tetapi saling menggenggam tangan saat diuji kesusahan. Ti
Ujar Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, kebahagiaan rumah tangga lah keikhlasan, tanggung jawab serta kesediaan untuk berjalan seiring dalam apa jua keadaan.
“Suami isteri perlu berusaha bersama-sama. Sama-sama susah, sama-sama senang, sama-sama sedih dan sama-sama gembira.
“Allah uji kita dari pelbagai sudut, nama pun kehidupan. Asalkan sentiasa bersama, bertanggungjawab serta ikhlas, insya-Allah jalan akan dipermudahkan.
“Semoga kita semua terus diberi sakinah, mawaddah dan warahmah bersama pasangan masing-masing,” katanya dalam Threads.
Isteri kepada pempengaruh, Ubai, itu meluahkan pandangan tersebut selepas menonton sebuah video tular memaparkan seorang isteri membuat kejutan hari lahir buat suaminya, simbol penghargaan terhadap pasangan setia menemani saat jatuh bangun kehidupan.
Video berkenaan turut menyentuh emosi ramai apabila si suami kelihatan gagal menahan air mata selepas menerima hadiah sebuah motosikal daripada isterinya.
Reaksi netizen pula membanjiri ruangan komen dengan pujian serta rasa tersentuh terhadap pengorbanan pasangan tersebut.
“Ya betul tu.. jagalah solat dalam rumah tangga. Walaupun nampak kecik tapi beri impak besar kepada naik turun emosi lebih lagi orang perempuan ni. Hidup sentiasa diuji, ujian silih berganti, itulah realiti, pasti ada sinar pelangi,”
tulis pengikut Shila Amzah.“Ini baru pasangan sebenar, susah senang ditempuh bersama,” tulis seorang netizen.
“Tak perlu hadiah mahal, keikhlasan dan usaha sama itu paling bernilai,”
komen pengguna lain.“Video ini buat saya percaya cinta masih wujud bila dua hati sama-sama berjuang,” luah seorang lagi netizen.
Terdahulu, video tular itu dimuat naik oleh si isteri sendiri, memaparkan detik suaminya terkejut serta sebak menerima hadiah motosikal sempena ulang tahun kelahirannya, selepas sekian lama berjuang membina kehidupan bersama.