Serius, wanita cukup pentingkan soal nak cantik lepas bersalin. Kali ini anda tak perlu buang duit buat pelbagai prosedur kecantikan mahupun membeli produk yang mahal. Rawatan kecantikan serta produk hanya bantuan sampingan, untuk cantik dalaman serta luaran anda mesti mulakan dari diri anda sendiri. Jom bongkar tip mudah untuk jadi wanita anggun!
1. Perlu lebih disiplin
Setkan di minda, anda mahu tampak hebat dan menjaga kecantikan secara semulajadi. Motivasi diri setiap hari dan senaraikan usaha yang akan anda lakukan. Pastikan anda disiplin melaksana segala usaha tersebut. Jangan hangat-hangat tahi ayam, untuk langsing dan cantik, anda mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan usaha berterusan.
2. Sauna
Ini cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh sekali gus memecahkan lemak degil, membantu menurunkan berat badan dan membuang toksin. Sauna juga boleh mengatasi masalah bau badan. Anda boleh memilih untuk melakukan sauna herba, tradisional mahupun cara moden menerusi FIR sauna. Sauna bukan sahaja baik untuk kecantikan tubuh dan dalaman tapi juga dapat meningkatkan tahap kesihatan.
3. Kena cuba detoks
Anda boleh cuba detoks untuk membersihkan dalaman tubuh dan membantu proses pencernaan. Perahkan sebiji lemon di dalam segelas air, kemudian letakkan sehelai daun pudina. Biarkan semalaman di dalam peti ais, minum keesokan pagi sebaik sahaja bangun tidur.
4. Tidur mesti cukup
Jangan tidur lambat kerana ini mendorong anda untuk cepat berasa lapar. Tabiat ini juga menyebabkan tubuh keletihan dan mengundang masalah lingkaran gelap di bawah mata. Percayalah, tidur yang cukup akan membuatkan tubuh berasa lebih segar. Hasilnya anda akan tampak berseri dan awet muda.
5. Jaga jadual makan
Makan secara konsisten, jangan makan dalam kuantiti yang banyak. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing. Pilih makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Zat yang terkandung dalam makanan ini membekalkan nutrien yang mencukupi pada tubuh. Elakkan makan makanan ringan dan minuman manis. Jangan sesekali tidur selepas makan dan usah biasakan diri menguyah makanan ketika menonton televisyen.
6. Minum air putih
Elakkan minuman manis dan berais. Amalkan minum air putih dengan banyak terutama ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Air yang mencukupi akan membantu proses penghadaman, mengelakkan rasa lapar dan mampu membakar kalori dengan lebih baik. Air yang cukup juga membuatkan tubuh dan wajah lebih segar.
Lelaki suka tengok sesuatu yang cantik. Jadi sebagai wanita, anda kena jaga aura kecantikan luar dan dalam. Pilih beberapa tip ini, anda pasti dapat hasilnya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI