top

Burnt Cheese Cake memang tengah viral sekarang, Para peminat keju dah cuba?  Asal mengandungi keju, para peminat keju pasti teruja untuk menikmatinya termasuklah kek keju. Betul tak?

Sekarang sedang viral burnt cheese Cake yang sedap tu. Dah cuba buat sendiri ke? Kalau nak tempah atau beli siap di kedai bakeri, harganya boleh tahan juga. Jadi, nak jimat bajet, boleh try buat sendiri. Rasa lagi puas makan nanti.

Tengok gaya macam rumit je nak membuat burnt cheese cake ni kan? Tapi serius, simple dan senang je cara membuatnya. Mesti ramai tak sangka. Hanya pakai blender je. Jadi, mak-mak yang mungkin tak ada mixer di rumah tak perlu risau. Masukkan dalam blender, kisar sampai halus dan kembang. Mudahnya kan? 

Nak resipi keju lain, boleh ke sini 

https://www.mingguanwanita.my/buat-keju-mozarella-sendiri-kat-rumah-guna-tiga-bahan-saja-mudahnya/

IKLAN

Nak lagi banyak info boleh ke IG Mingguan Wanita:  https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Soal rasanya..jangan risau. Fuhhh. Sedap tak terkata. Sesiapa yang suka keju, konfim makan banyak! Resipi Burnt Cheese Cake Viral super sedap ini telah dikongsi oleh Puan Azura di FB miliknya. Bolehlah cuba. Tak susah pun. Bahan yang digunakan pun tak banyak. kisar-kisar, bakar, siap!

Ini Bahan Untuk Burnt Cheese Cake Ini Ye!

Burnt Cheese Cake Viral Wajib Dicuba Peminat Keju, Enam Bahan Je!Bahan-bahan:

250 gram cream cheese (jenama Bega)
1/2 cawan gula kastor
125 gram UHT whipping cream (jenama Emborg)
3 biji telur gred B
1/2 teh esen vanila
2 sudu besar tepung gandum

IKLAN

Cara Membuatnya:

Burnt Cheese Cake Viral Wajib Dicuba Peminat Keju, Enam Bahan Je!

Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar, iaitu keju, whipping cream, telur, esen vanila, tepung dan gula kastor. Kisar sehingga kembang dan gebu. Ketepikan.

IKLAN

Alaskan loyang dengan baking paper dan lebihkan paper tersebut daripada tinggi loyang.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius menggunakan api atas bawah.

Burnt Cheese Cake Viral Wajib Dicuba Peminat Keju, Enam Bahan Je!
Bakar selama 1 jam (bergantung pada saiz oven masing-masing). Kemudian naikkan suhu kepada 200 darjah celcius dan bakar selama 10 minit (jika hendak lagi burn (kesan terbakar) di bahagian atas tu, boleh tambahkan tempoh membakar).

Setelah masak, angkat dan keluarkan daripada oven. Setelah sejuk, boleh potong dan makan. Selamat mencuba. Memang tak susahkan pun kan? Kalau suka, boleh letak sedikit perahan lemon di dalam adunan.

Sumber: Fb Iva Marissa https://www.facebook.com/ivamarissa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI