Kekeluargaan

Bukan Tak Cukup, Ini Punca Suri Rumah Nak Ada Duit Sendiri

Share

Dilema seorang wanita, sebenarnya kenapa suri rumah sekarang sibuk mahu cari duit sendiri? Soalan ini memang buat ramai golongan Wanita selepas berkahwin rasa dekat di hati.

Ada pelbagai sudut pandang dan alasan tersendiri, namun secara ringkasnya sebab cara hidup berbeza dengan orang dulu-dulu dan peranan wanita juga turut berubah.

Punca Suri Rumah Nak Ada Duit Sendiri

Sebelum pergi jauh tentang isu ini, jom kita baca sudut pandang daripada beberapa orang wanita yang sedang alami dunia ini.

Ya, itu jawapan jujur daripada beberapa wanita yang bergelar suri rumah yang suka buat duit zaman sekarang dan ini juga antara sebab utama kenapa ramai mak-mak nak bekerja sekarang:

1. Kos Sara Hidup Makin Tinggi

Harga barang, sewa rumah, bil, dan pendidikan anak-anak semakin meningkat. Jadi kalau ikut situasi ini, satu pendapatan kadang-kadang tidak mencukupi atau sangat ‘ketat’. Maka golongan isteri akan rasa perlu bantu masalah kewangan keluarga.

2. Nak Keselamatan Kewangan Sendiri

Bukan sebab tidak percaya suami, tetapi lebih kepada ada simpanan sendiri dan tidak terlalu bergantung. Sekurang-kurangnya ada pelan B kalau apa-apa berlaku. Ini tentang rasa selamat, bukan melawan peranan suami.

3. Pendidikan & Kemahiran Wanita Makin Tinggi

Kalau ikutkan realiti, semakin ramai suri rumah ada ijazah dan ada pengalaman kerja sebelum kahwin. Malah ada bakat yang boleh jana duit. Rasa sayang kalau semua itu terhenti terus.

4. Kerja Sekarang Lebih Fleksibel

Kalau sebelum ini wanita keluar bekerja dari jam 9 pagi sehingga 5 petang, agak makan masa untuk yang mempunyai anak kecil. Eh, tetapi sekarang berbeza sebab ada kerja boleh buat dari rumah, bisnes secara online dan pekerja kontrak. Yang buat part-time ikut masa lapang pun ada. Jadi ini membuka peluang untuk mak-mak urus anak dan jana pendapatan serentak.

5. Nak Rasa Dihargai & Ada Identiti Sendiri

Selain jadi isteri dan ibu, ada yang nak rasa berguna, rasa berjaya dengan usaha sendiri dan ada yang nak berduit untuk jaga kesihatan mental. Ini normal, bukan tanda tidak bersyukur.

6. Demi Masa Depan Anak

Sesetengah suri rumah juga suka ada tambahan pendapatan untuk memenuhkan tabung pendidikan anak-anak, kelas tambahan dan guna duit sendiri untuk hal kecemasan perubatan. Mungkin juga mak-mak zaman sekarang jenis ibu yang berfikir jauh ke depan.

Apa pun buat ikut kemampuan. Jangan pula sampai membebankan diri sendiri dan memaksa diri untuk turut join kumpulan suri rumah yang suka cari duit tepi. Hakikatnya tidak semua suri rumah perlu atau wajib bekerja, tidak salah kalau pilih kekal sepenuh masa di rumah.

Malahan ada suami lebih selesa isterinya duduk rumah focus anak-anak. Jadi terpulang kepada individu itu sendiri, bak kata Dr Malar Santhi Santherasegapan:

“Kalau wanita itu nak kerja, benarkan dia, sokong dia, motivate dia. Kalau wanita itu nak duduk rumah raikan dia, sokong dia, sayangi dia. In the end of the day, apa yang sesuai untuk isteri itu dan suami itu, biarlah keluarga itu yang bincang dan ambil keputusan sebab setiap keluarga berbeza keadaanNya.”

 

Isunya bukan patut atau tidak patut, namun apa yang paling sesuai dengan keluarga itu sendiri. Jika ada ruang dan peluang, kenapa mahu lepaskan? Okay, sekarang anda sendiri terjebak dengan cari duit poket sendiri atau tidak?

Kalau anda salah seorang suri rumah yang nak ada duit, boleh lah kongsikan dengan pembaca lain yang mungkin sedikit sebanyak membantu golongan ini untuk menjana pendapatan dari rumah sambil jaga anak. Mesti best, bukan?

 

Published by
Nadia