teguran isteri

Apa salahnya kalau isteri tegur untuk kebaikan rumahtangga, bukan niat nak keruhkan hubungan tetapi bagi membaiki apa yang patut dibetulkan.

Ya, memang ada lelaki rasa tak boleh nak dengar teguran isteri, sampai ada yang baran melepaskan amarahnya pada isteri. Agak-agak sikap itu manis untuk anak-anak jadikan contoh?

Cuba lah ambil sudut positif dari teguran isteri macam saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.

Teguran Dan Nasihat Isteri Itu Datang Dari Allah

Allah detikkan hati isteri utk menegur suami, menasihati suami…

Hidup berumahtangga, tanggungjawab itu bukan datang dari seorang sahaja iaitu suami tapi kedua-duanya sekali, suami dan isteri. Kalau si suami kurang akalnya, Allah hadirkan isteri yang lebih akalnya untuk membantu dan memberi nasihat dalam menguruskan rumahtangga.

Tolong jangan anggap teguran isteri dan nasihat isteri itu sebagai satu bentuk arahan sehingga kita rasa tercabar dan tercalar ego kita sebagai seorang suami dan kita mahu mempertikaikannya dengan mengatakan itu ‘queen control’.

Ada sesetengah manusia tak boleh menerima teguran dan nasihat…

Sebab apa? EGO dia setinggi langit. Dia rasa dirinya betul, tak nak akui kesilapan dirinya sendiri…Ego tinggi² tu nak terbang ke mana? Ambil teguran dan nasihat isteri tu, hadam, kita jangan rasa diri kita ja betul…

Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana masih ada yang sudi memperbetulkan kesalahan kita, memperbaiki kelemahan kita dan menutupi kekurangan kita dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami.

Ini juga teguran daripada Allah…

Ingat, Allah ciptakan manusia ni tak sempurna. Kerana itulah dia hadirkan seseorang yang berlainan sikap supaya rumahtangga itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Teguran isteri dan nasihat isteri sama sekali tidak akan mencalarkan ego kita sebab dengan ego, kita takkan ke mana. Kita akan rugi… ego takkan pernah memberikan kita kebahagiaan. Bila ego, kita cuma puaskan hati dan diri sendiri dan akhirnya, kita juga yang menyesal.

Itupun kalau rasa “menyesal”.

Haaa… jadi lepas ini harap golongan suami boleh belajar terima teguran dari isteri tersayang. Bukan nak cari kesalahan ketua keluarga, tetapi berniat nak jadi pasangan yang lebik baik.

Jangan Lupa Komen

komen