
Apa salahnya kalau isteri tegur untuk kebaikan rumahtangga, bukan niat nak keruhkan hubungan tetapi bagi membaiki apa yang patut dibetulkan.
Ya, memang ada lelaki rasa tak boleh nak dengar teguran isteri, sampai ada yang baran melepaskan amarahnya pada isteri. Agak-agak sikap itu manis untuk anak-anak jadikan contoh?
Cuba lah ambil sudut positif dari teguran isteri macam saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.
Teguran Dan Nasihat Isteri Itu Datang Dari Allah
Allah detikkan hati isteri utk menegur suami, menasihati suami…
Hidup berumahtangga, tanggungjawab itu bukan datang dari seorang sahaja iaitu suami tapi kedua-duanya sekali, suami dan isteri. Kalau si suami kurang akalnya, Allah hadirkan isteri yang lebih akalnya untuk membantu dan memberi nasihat dalam menguruskan rumahtangga.
Tolong jangan anggap teguran isteri dan nasihat isteri itu sebagai satu bentuk arahan sehingga kita rasa tercabar dan tercalar ego kita sebagai seorang suami dan kita mahu mempertikaikannya dengan mengatakan itu ‘queen control’.
Ada sesetengah manusia tak boleh menerima teguran dan nasihat…
Sebab apa? EGO dia setinggi langit. Dia rasa dirinya betul, tak nak akui kesilapan dirinya sendiri…Ego tinggi² tu nak terbang ke mana? Ambil teguran dan nasihat isteri tu, hadam, kita jangan rasa diri kita ja betul…
Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana masih ada yang sudi memperbetulkan kesalahan kita, memperbaiki kelemahan kita dan menutupi kekurangan kita dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami.
Ini juga teguran daripada Allah…
Ingat, Allah ciptakan manusia ni tak sempurna. Kerana itulah dia hadirkan seseorang yang berlainan sikap supaya rumahtangga itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Teguran isteri dan nasihat isteri sama sekali tidak akan mencalarkan ego kita sebab dengan ego, kita takkan ke mana. Kita akan rugi… ego takkan pernah memberikan kita kebahagiaan. Bila ego, kita cuma puaskan hati dan diri sendiri dan akhirnya, kita juga yang menyesal.
Itupun kalau rasa “menyesal”.
Haaa… jadi lepas ini harap golongan suami boleh belajar terima teguran dari isteri tersayang. Bukan nak cari kesalahan ketua keluarga, tetapi berniat nak jadi pasangan yang lebik baik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kecil Masih Menyusu Badan, Encik Suami Patut Tolong Cara Ini Tanda Bagi Sokongan Pada Isteri

Berborak dengan seorang kenalan rapat, tersentuh tentang kepenatan dia melayan anak setiap malam. Umur anak pula jarak dekat-dekat dan masing-masing menyusu badan.
Lagi payah, anak cuma nak dengan si ibu. Balik-balik kerja dua-dua anak tarik ibu. Agak-agak macam mana seorang suami boleh mudahkan urusan isteri dalam situasi ini?
Ok, cuba ikut tip ni perlahan-lahan. Kalau dapat suami yang ada masa untuk memahami dunia mak-mak beranak kecil, untung-untung semua benda ni dah siap balik kerja nanti…
1. Tolong buat air untuk isteri
Biasanya ibu menyusu selalunya akan rasa dahaga. Maka eloklah suami tolong sediakan minuman untuk isteri. Serius, isteri pasti akan hargai dan hilang penat balik kerja walau suami cuma bagi air kosong.
2. Sediakan tempat bersandar
Memang tugas menyusukan bayi adalah tugas isteri tapi bukan bermaksud suami hanya tidur lena tak sedarkan diri pada waktu malam. Apa salahnya suami jadi tempat isteri bersandar dan berehat semasa menyusukan bayi. Selesa sikit isteri nak menyusukan bayi. Untung-untung cara ini boleh rapatkan hubungan suami isteri.
3. Uruskan anak yang lain
Kalau dua-dua anak kecil itu masih menyusu badan, biarkan dia menyusu kejap. Nanti suami bolehlah tarik slah seorang dan buat main kejap. Tak adalah isteri rasa susah nak handle anak. KEna faham situasi ini, tak boleh tunggu arahan kaum mak-mak yang dah penat. Tapi kalau anak yang lain dah besar dan tak menyusu, suami tolonglah uruskan keperluan anak-anak macam mandikan atau bagi makan. Jangan biarkan isteri seorang yang menguruskan keperluan anak. Tahu tak kalau mak-mak menyusu ni stress, susunya pun boleh drop.
4. Basuh peralatan pam susu
Kadang balik kerja dah penat, nak basuh peralatan pam susu pun tak sempat. Haaa… masa inilah suami boleh bantu. Suami boleh meringankan beban isteri dengan membersihkan segala peralatan tersebut. Jadi masa nak guna, isteri boleh terus ambil yang dah bersih. Mudah juga kerja mak-mak nak menyusu.
5. Bantu buat kerja rumah
Balik rumah suami pun kena bantu uruskan hal rumah tangga. Jangan pula hanya tahu nak mengarah dan bebankan isteri dengan kerja rumah tangga. Suami juga boleh membantu isteri melakukan kerja-kerja membasuh pakaian, mengemas rumah, menyapu lantai, membasuh pinggan dan mungkin juga memasak. Isteri boleh tumpukan perhatian untuk menyusukan si kecil tanpa memikirkan pakaian yang belum tersidai.
6. Suami boleh tolong tukarkan lampin
Andai anak menangis di tengah malam, suami jangan buat-buat tak dengar dan tidur ‘mati’. Suami sepatutnya bangun dulu untuk tengok sama ada lampin si kecil sudah basah atau hendak susu.
Jika lampin perlu ditukar, tak perlu kejutkan isteri sebaliknya anda boleh buat sendiri. Kemudian barulah kejutkan isteri untuk menyusukan bayi.
7. Uruskan bayi selepas menyusu
Suami juga boleh membantu isteri menguruskan anak selepas disusukan seperti sendawakan anak (bayi baru lahir), mendukung, mandikan atau tidurkan bayi. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas menyusukan anak. Jadi isteri perlu berehat seketika.
8. Jaga mood isteri
Tak mudah beranak kecil ni, tambah kalau isteri itu pun keluar bekerja. Penat emosi dan badan. Jadi suami kena tahu cara nak buat isteri gembira walau penat nak menyusu anak. Haaa… ini juga salah satu formula untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Jangan sakitkan hati isteri dan jangan cari pasal dan menyebabkan mood isteri terganggu. Sebolehnya mengalah dan cuba letakkan diri anda dalam situasi mak-mak.
9. Balik awal
Mungkin banyak kerja tetapi kalau dah tahu ada kecil eloklah suami usahakan balik awal. Kalau nak ikutkan kerja yang tak siap, memang setiap hari kerja tak habis. Andai betul-betul tak boleh pulang awal, beritahu isteri awal-awal dan balik terus ambil alih tidurkan anak. Bagi isteri rehat kejap.
10. Cedok ilmu mudahkan kaum ibu menyusu
Jangan nak harapkan kaum mak-mak 100% dalam urusan menyusu dan menjaga anak. Sekurang-kurangnya suami tahu sedikit sebanyak tentang menyusu dan sesekali bolehlah berkongsi tip dan bagi sokongan waktu isteri rasa air susu kurang.
Ok, nampak tak caranya? Sebenarnya tak susah pun nak ‘manjakan’ kaum isteri yang masih menyusukan anak kecil. Percayalah, suami yang membantu dan menyokong isteri menyusukan anak akan memberikan perubahan besar dalam hidup sebagai pasangan suami isteri walau zaman bercinta dah berlalu pergi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalkan Bacaan Surah Al-Mukminun, Hilangkan Rasa Was-was, Terpelihara Dari Gangguan

Dalam kehidupan kita seharian, pasti ada bacaan surah yang kita amalkan. Baik untuk rezeki, hidup lebih tenang dan sebagainya agar perjalanan hidup kita sentiasa dalam rahmatnya.
Biasanya kita dengar bacaan surah untuk rezeki, ibu hamil, untuk anak yang soleh dan sebagainya. Tak kisah apa pun amalan, yang kita inginkan adalah dijauhi dari gangguan mahu pun dijauhi dari sifat dengki.
Apatah lagi dalam keadaan dunia sekarang yang mana media sosial dijadikan tempat untuk kita melihat, menulis dan meluahkan perasaan, sudah tentu mudah tersebar ‘Sihir Ain’ yang kita sendiri tidak sedar.
Semuanya ini berbalik pada hati dan ingat, salah satu nasihat keramat adalah dari seorang ibu yang ‘lebih makan garam’ daripada kita.
Perkongsian daripada Hayat Muhamad ini boleh diamalkan oleh kita dan dijadikan panduan bersama. Lebih-lebih lagi, nasihat seorang ibu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalkan Petua Dan Cara Ini Sebagai Ikhtiar Dapatkan Kembali Barang Yang Hilang
Jadikan Cara Ini Sebagai Amalan Harian, Gerenti Kehidupan Kita Akan Lebih Baik
Info Lebih Menarik Di SINI
Bacaan Surah Al-Mukminun, Amalkan
Setiap kali menelefon ibu, inilah nasihat dan pesanan yang diberikan oleh ibu.
1. Syukurlah sebab masih boleh makan, masih boleh solat. Ada orang lain yang diuji masalah kesihatan, tak boleh makan dan tak boleh solat.
2. Allah uji kita semua tak sama. Tak boleh nak salahkan masa lalu. Apa yang Tuhan tetapkan, kita kena terima.
3. Jaga kesihatan. Bermula dengan apa yang kita makan. Makan jangan banyak. Orang dulu-dulu makan nasi sekali je sehari. Yang lain dia makan sikit- sikit. Kesihatan bertambah baik jika start diet dan jaga pemakanan.
4. Kita tak mampu nak capai semua perkara. Dalam hidup, tak semua perkara kita boleh capai. Tiada manusia yang sempurna.
5. Hidup kena banyak mengalah. Orang yang buat jahat, cari pasal dengan kita memang selalu ada, dan akan selalu ada. Arwah Abah dulu selalu mengalah. Mungkin itulah kebaikan yang kita bawa esok- esok.
6. Selalu baca ayat dari surah Al- mukminun ayat 97-98 supaya hilang was- was dalam hidup dan dalam solat dan supaya terpelihara dari gangguan.
Alhamdulillah.
Mingguan Wanita : Ingat pesanan orang tua dan inilah keberkatannya.
Sumber: Hayat Muhammad
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Solat Terawih Paling RINGKAS Bagi Imam Amatur, Rugi Tak Buat

Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, tahun 2020 ini akan tercatat dalam rekod dunia, imam terawih paling ramai dalam sejarah. Sebabnya bila masjid dan surau dah tak boleh nak masuk, semua orang akan bersolat terawih di rumah masing-masing.
Sambung ustaz lagi, bagi yang solat terawih sorang-sorang tu tak la bimbang sangat.
Bagi yang berkeluarga dan beranak pinak ni takkan la nak solat terawih sorang-sorang ye tak? Lekeh sangat nanti. Mesti la nak kena solat berjemaah. Baru la hebat anak-anak tengok.
Untuk First Time Jadi Imam Terawih Di Rumah
Kalau suaminya Ustaz, atau hafaz Quran. Itu memang kira lulus terus la. Kalau ada anak-anak yang hafaz Quran pun kira lulus. Sebabnya boleh kita tolak anak tu jadi imam terawih nanti.
Tapi yang harunya kalau si bapak tu, inilah first time nak kena jadi imam terawih. Hahaha… mahu ada yang cabut lari tengah sujud ni kan? Angkat-angkat kepala, aik.. tok imam dah hilang!
So, saya sediakan di sini requirement paling basic dan juga tips untuk solat terawih berjemaah di rumah bagi imam yang amatur. Apa yang saya tulis, buat yang itu aje la.
Tak payah buat-buat tanya pulak ada kena buat apa-apa lagi ke? Kalau tak buat yang ni sah ke? Macam-macam.
Hadamkan Ini Dulu..
√ Solat terawih ni lepas solat Isyak tau. Jangan pi mengigau solat terawih sebelum solat Isyak. So, mulakan dulu solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarga.
√ Selesai solat Isyak, boleh la kalau nak berdoa dulu dan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau taknak semua tu, terus bangun untuk solat terawih pun boleh.
√ Ambil bilangan rakaat paling minimum iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat tau.
√ Sebelum mula solat terawih, pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Kita nak solat solat terawih ni. Get ready semua ye!”.
Tatacara Solat Terawih Paling Ringkas Bagi Imam Amatur
– Lafaz niat solat terawih ialah; “sahaja aku solat terawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allāhu akbar!
– Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dan lepas tu naik lagi untuk solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dah 4 rakaat kan?
– Lepas dah selesai 4 rakaat, ambil la masa sikit untuk rehat. Boleh la kalau nak betulkan urat saraf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh. Tapi jangan la lama-lama pulak ye.
– Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.
So, ini yang basic anda kena tahu ye. Ini paling basic. Buat macam yang saya tulis ni, insyaAllah selesai dan sah la solat terawih secara berjemaah.
Mudah kan?
Surah Cadangan Untuk Dibaca
Ok.. saya nak bagi tips sikit supaya solat terawih tu jadi cantik la sikit. Takde la kering garing takde perisa kan..
Sebab solat terawih ni 8 rakaat, suka saya cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat.
Boleh je imam nak ruku’ terus lepas habis baca Al-Fātihah. Hahaha… Sah je solat. Tapi pelik sangat la pulak.
Jadual yang sama ni, boleh recycle pada setiap malam.
Rakaat,
Pertama – Surah Al-Mā’ūn (أرءيت الذي يكذب بالدين)
Kedua – Surah Al-Kautsar (إنا أعطينا كالكوثر)
Ketiga – Surah Al-Kāfirūn (قل يأيها الكافرون)
Keempat – Surah An-Nasr (إذا جاء نصر الله والفتح)
Kelima – Surah Al-Masad (تبت يدا أبي لهب وتب)
Keenam – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
Ketujuh – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
Kelapan – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)
Kalau nak baca surah-surah lain boleh tak?
Boleh je.
Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu.
Nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh.
Kalau tak hafaz surah-surah ni boleh tak tengok Quran?
Boleh je sambil solat imam buka Quran letak kat depan dia. Tapi kalau dah alang-alang buka Quran, bacalah ayat lain yang panjang sikit ye tak?
Lepas solat terawih nak kena solat witir tak?
Terpulang.
Nak solat terus boleh, taknak solat terus pun boleh.
Buat sendiri-sendiri boleh, buat secara berjemaah pun boleh.
Selang antara 2 rakaat solat terawih tu nak kena baca apa-apa selawat ke?
Terpulang.
Nak baca boleh, taknak baca pun tak apa.
Lepas 4 rakaat kan kita rehat. Nak kena baca doa apa-apa tak?
Terpulang.
Nak baca boleh, taknak baca pun boleh.
Baca sini :Imam terawih amatur, ini cara solat witir paling basic
Dalam Bulan Ramadan, Ini Je Ada Solat Terawih
Rasa-rasanya itu la yang paling basic kot. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya kat ruangan komen.
Tapi nasihat saya jangan tanya. Sebab nanti kalau tanya, mungkin akan jadi lebih susah pulak nak buat solat terawih ni berjemaah.
Tak pun, mungkin akan susah hati bila tahu jawapan untuk soalan yang ditanya tu.
Begitulah ye..
So, ibu-ibu sila share tatacara ni kat husband you alls ye.. taknak la solat sorang-sorang terawih nanti. Takut ada yang mengelat tak solat pulak.
Solat la terawih. Jangan tinggal. Bulan Ramadhan ni je ada solat terawih. Solat pulak secara berjemaah. Baru dapat pahala berlipat kali ganda.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI