Bukan Berkira, Sistem Giliran Elak Adik Beradik ‘Lari’ Tanggungjawab Uruskan Mak Ayah

Share

Bukan Berkira, Sistem Giliran Elak Adik Beradik ‘Lari’ Tanggungjawab Uruskan Mak Ayah. Apabila mak ayah semakin tua dan meningkat usia, menjadi tanggungjawab anak-anak pula membantu menguruskan mereka. Namun demikian, ada anak-anak yang ‘lepas tangan’ dan hanya mengharapkan adik beradik tertentu untuk memikul tanggungjawab dan menjaga urusan mak ayah ini. Dengan cara sistem giliran sebegini, iya jadi lebih adil pada semua.

Ini amalan yang dilakukan oleh keluarga Arni Suhaila Rahmat ini, yang boleh dijadikan panduan buat kita.

Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.

Sistem Giliran Urusan Mak Ayah

Aku ada 5 adik, aku nombor dua. Kakak aku dah takde. Bila dah ramai adik beradik ni wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain. Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami.

Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambik giliran dia.

Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak..sibuk kerja la, anak takde orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah.Ahhh macam-macam alasan. Sedangkan mereka berdua tu lah satu-satunya ibu bapa kita.

Mak Ayah Tanggungjawab Bersama

Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka. Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup. Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujang la selalu diambil kesempatan. Kena ambik cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.

Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, Aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!.
Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat

” ASYIK AKU JE KENA CUTI BILA ADA HAL MAK AYAH”

Mesti Baca:Alzheimer Cik Ani Makin Teruk, Kesal Adik Beradik Bagi Pelbagai Alasan Jaga Mak
Baca Lagi Di Sini:Jaga Mak Ayah Dah Tua Tak Perlu Diingatkan, Sendiri Kena SEDAR
Artikel Menarik:Suami, Jangan Halang Isteri Berbakti Pada Orang Tuanya

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita yang masih ada mak ayah. Wajar juga membuat sistem giliran begini dalam menguruskan mak ayah. Bagi mengelak ada adik beradik yang lari dari tanggungjawab. Namun demikian, bertimbang rasalah. Jika tak mempunyai masa, sumbangkan wang ringgit pada anak adik beradik yang mampu menjaga untuk keperluan mereka.

Sumber: Arni Suhaila Rahmat

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN