Buka kedai dobi, Ina Naim tunai hasrat arwah suami. Balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim telah membuka sebuah kedai dobi di kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor.
Buka Kedai Dobi, Ina Naim Berjaya Tunai Hasrat Arwah Suami
Impian Allahyarham Suhaimi, 43 ialah untuk menyediakan perkhidmatan dobi di kampungnya, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Ina Naim kesal apabila masih ada individu yang memerli dirinya untuk membeli mesin basuh untuk membasuh pakaian.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 40, meminta agar perkara tersebut tidak lagi diungkit kerana dia kini telah menjalankan perniagaan dobi secara kecil-kecilan.
“Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.
“Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung.
“Sejak 2009 lagi awah memang sudah bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung ini,” katanya dalam satu siaran langsung (live) dalam TikTok.
Ads
Tambahnya Ina, duit royalti Allahyarham Suhaimi yang diterima telah digunakan sebagai modal untuk membuka perniagaan tersebut.
“Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang.
“Saya membuka dobi ini selepas arwah meninggal, alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan.
“Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh,” katanya.
Allahyarham Suhaimi meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November tahun lalu.
Ads
Jenazah yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.
Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Mak mentua yang penyayang, dapat terima menantu seperti anak kandung dan memahami adalah idaman semua menantu terutama menantu perempuan. Namun tak semua mak mentua begitu. Ada mak mentua yang sentiasa inginkan yang terbaik daripada menantunya, tapi dirinya sendiri banyak kurangnya!
Ya, memang mahukan menantu yang baik tetapi apa halnya kalau kita sendiri pun tak baik? Bagaimana hendak dikatakan baik kalau sikap kejam terhadap menantu itu bermula sejak hari pertama dia masuk ke rumah kita lagi. Hari-hari kita menilai dia, kesalahan yang sedikit sengaja kita besar-besarkan, kebaikan yang dilakukan kita pejam mata pula.
Mak Mentua Baik, Menantu Pun Baik
Seorang ibu mentua yang tidak baik sememangnya tidak layak mendapat anak menantu yang baik. Sebenarnya anak menantu itu sudah baik tetapi disebabkan mentuanya tidak baik, akhirnya dia menjadi tidak baik sama. Asalnya sangat menghormati orang tua, bersikap lembut dan taat, sekarang jadi kurang ajar pula. Dari mana datangnya sikap-sikap begitu? Kadang-kadang daripada emak mentua sendiri.
Dalam hendak menilai seseorang, jangan mengharapkan seratus peratus terbaik, sebab mana ada manusia yang sempurna. Sesetengah orang hanya perlukan tunjuk ajar untuk dia faham sesuatu pada permulaannya. Apabila dia faham akan kehendak dan cita rasa mentua dia akan penuhi pada hari-hari seterusnya.
Mak Mentua Kena Berlapang Dada
Misalkan begini, hari pertama menantu tinggal di rumah mentua, sudah tentu dia tidak biasa dengan semua perkara yang menjadi kebiasaan di rumah mentuanya itu. Dia akan melakukan banyak kesalahan seandainya tidak diberitahu terlebih awal.
Adalah menjadi kebiasaan mengelap dahulu pinggan mangkuk selepas dibasuh sebelum menyusunnya di para. Menantu yang tidak diberitahu terlebih dahulu akan hal ini mungkin akan menyusun sahaja pinggan mangkuk itu ke para sejurus dibasuh.
“Ei, emak engkau tak ajar ke lap dulu pinggan mangkuk sebelum susun?”
Kata-kata yang begini pasti meninggalkan kesan yang tidak enak. Lain jika anak menantu itu memang jenis tebal jiwa, dikata apapun dia tetap tersengih dan sambut dengan gurau senda. Daripada situ dia belajar. Tetapi anak menantu yang sensitif akan berasa kecil hati, sedih dan juga malu, dia boleh jadi merajuk hingga takut hendak berbuat apa-apa lagi selepas itu.
Hal Kecil Boleh Jadi ‘Barah’
Di sinilah hal yang kecil-kecil menjadi permulaan barah yang kronik beberapa bulan kemudian. Salah siapa? Mungkin menantu bersalah sebab terlalu mudah berkecil hati tetapi mentua juga bersalah kerana beranggapan menantu perempuan mesti serba tahu kesemuanya.
Setiap mentua sekurang-kurangnya letakkanlah tiga faktor ini dalam hendak memilih sikap terhadap menantu;
Itu adalah jodoh anak. Apa yang tidak kita ketahui berada dalam pengetahuan ALLAH sentiasa. Jodoh seseorang bukankah sudah ditentukan?
Dia yang berkahwin dan itu pilihannya. Hormatilah pilihan anak supaya kehidupannya harmoni selepas itu. Jika kita terlalu menampakkan rasa benci, takut-takut bukan setakat menantu yang hilang hormat, anak sendiri pun turut pergi.
. Hidup bukan terlalu lama. Oleh kerana tidak terlalu lama itu, bertimbang rasalah. Setiap manusia ada lebih dan kurangnya. Kita juga serupa. Barangkali orang cukup bersabar dengan sikap-sikap buruk kita selama ini, kita saja yang tidak tahu. Oleh itu, berikan restu, ia lebih baik dari menjadikan seseorang seteru (musuh).
Bahagia di sisi suami tercinta, Serina doakan ‘abang polis’ dipanjangkan umur, dilindungi dari bahaya, ancaman ketika bertugas. Begitulah yang dikongsikan oleh pelakon Serina Redzuawan yang juga anak kepada Datuk Chef Wan.
Sempena sambutan hari lahir suaminya, Serina meluahkan rasa bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan insan yang cukup baik. Malah Serina juga rasa dihargai dan dicinta selepas bergelar isteri kepada Meor Mohammad Aidid yang juga seorang pegawai polis.
Bahagia Di Sisi Suami Tercinta, Serina Doakan ‘Abang Polis’ Dipanjangkan Umur
Khas buat suami tercinta, menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Serina menyatakan kebahagiaan kerana tahun pertama dapat menyambut hari lahir suami, sebagai suami isteri.
“Bismillah..Hari ni 28 Oktober 2021, tahun pertama Kita Sambut birthday Sayang sebagai suami isteri, Rina doakan abang dipanjangkan umur, di lindungi Allah Swt dari sebarang bahaya & ancaman ketika bertugas, teruskan perjuanganmu sebagai pewira negara.
Suami Seorang Yang Komited & Berdisplin
“I’m always proud of your achivement Darling, abg seorang yang komited & berdisplin. Kami sekeluarga , Mak & Ayah sentiasa doakan kejayaan serta keselamatan Sayang. Happy Birthday Tuan Aidid!! Suamiku abang Polis.
“DARLING HUSBAND YOU ARE MY ANSWER PRAYER, MY FULFILLED WISH, MY DREAMS COME TRUE, YOU HAVE THE KEY TO MY LIFE ,MY LOYALTY, TRUST, MY LOVE FOREVER TILL END OF MY BREATH.LOVE U SO MUCH SWEETHEART,” luah Serina.
Tahniah buat Serina dan suami yang begitu bahagia. Semoga perhubungan mereka kekal hingga ke jannah.
Untuk rekos sebelum ini Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 khirnya sah bercerai talak satu pada 1 Ogos 2017. Hasil perkahwinan tersebut Serina dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Sumber / Sumber Foto : Serina Redzuawan
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Sesungguhnya dalam mendidik anak-anak, mak,ayah perlu jadi raja berpendirian, barulah anak jadi rakyat yang taat. Sebagai mak,ayah rasanya tidak perlu untuk mengikut segala kemahuan anak.
Tidak salah jika mak, ayah mahu berbincang dengan anak-anak tentang sesuatu perkara namun jangan keterlaluan. Sehingga membuatkan anak-anak merasakan mereka “raja”.
Ikuti perkongsian Mohd Yazid Ismaildan jadikan inspirasi buat mak,ayah dalam mendidik anak-anak yang semakin membesar:
Jangan selalu tanya soalan approval kepada anak-anak. Terutamanya yang masih bersekolah. Mereka akan rasa semua benda perlu ikut citarasa mereka, nanti mereka akan jadi raja di rumah.
Contoh soalan approval:
Nak ummi masak spaghetti hari ni?
Along nak hadiah apa untuk birthday?
Nak tak kita pergi pantai esok?
Soalan approval bunyi macam comel dan mesra, tapi jika diulang bertahun-tahun ia akan menyemai sifat bos pada anak-anak, suka ikut kepala sendiri.
Nasib baik di sekolah cikgu tak amalkan tanya soalan approval. Cikgu terus bagi kerja tanpa tanya persetujuan. Sebab tu anak-anak lebih mudah taat di sekolah berbanding di rumah.
Ibu bapa perlu jadi raja yang berpendirian, barulah anak akan jadi rakyat yang taat. Nak buat sesuatu tak perlu dapatkan persetujuan anak-anak.
Nak masak apa pun masaklah. Anak akan makan sebab dah tak ada pilihan lain. Mereka akan suka. Jangan sampai terpaksa buat menu khas untuk setiap anak-anak. Seksa hidup nanti.
Biarlah Anak Jadi Rakyat Yang Taat
Didiklah anak-anak supaya ikut saja aktiviti yang kita rancangkan. Sekali-sekala anak-anak boleh bagi cadangan tapi tak semestinya kita ikut mereka.
Bertanya untuk berbincang tak ada masalah, tapi bukan tanya untuk dapatkan approval.
Mak ayah kita dulu-dulu mana ada tanya approval dari kita. Kita gembira saja ikut semua yang mak ayah tetapkan.
Jangan merajakan anak-anak.
-Mohd Yazid Ismail
Yang suka memerhati dan suka menulis di fb.
MW: Dalam mendidik anak-anak ini bergantung kepada mak,ayah untuk mengikut acuan yang selesa kerana setiap anak tak sama. Semuanya berbalik kepada pilihan dan setiap pilihan pasti ada impaknya.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...