Buat Sendiri Belon Buih Saiz Gergasi 'Giant Bubble', Ini Syarat Main Agar Tak Mudah Pecah

Setiap kali mak ayah bawa anak ke taman-taman permainan yang glamour lokasinya, belon buih saiz gergasi ini memang boleh mak ayah jumpa merata orang jual. Yang lebih dikenali sebagai Giant Bubble.

Seronokkan tengok belon-belon buih saiz gergasi berterbangan di udara. Anak-anak pun teruja sama nak main. Sewanya mencecah juga RM5 ke RM10 ikut lokasi.

Kalau beli yang siap dalam bekas permainan yang macam pistol itu lagi berganda harganya. Mahalkan?

Nak bagi anak-anak seronok dengan kadar boleh guna belon buih berkali-kali Puan Suza Dawi tunjukkan cara buat belon buih saiz gergasi dengan anak-anaknya.

Rupanya tak adalah susah mana pun. Kata Puan Suza semudah ABC. Nak tahu ABC ke tak ABC kita tengok DIY nya dekat bawah ini.

DIY Belon Buih Saiz Gergasi

 

Buat Sendiri Belon Buih Saiz Gergasi ‘Giant Bubble’, Ini Syarat Main Agar Tak Mudah Pecah

Bahan-bahan

4 sudu besar tepung ubi kayu
250 ml sabun pencuci JOY
1.5 liter air

Cara Buat

1. Isikan 1.5 liter air ke dalam bekas besar.
2. Tambahkan sabun pencuci joy sebanyak 250 ml.
3. Masukkan 4 sudu besar tepung ubi kayu.
4. Kacau dan dah boleh gunakan besi hanger yang dibentukkan bulat untuk bermain.

IKLAN

Klik Sini Nak Tengok Video DIY

 

Buat Sendiri Belon Buih Saiz Gergasi ‘Giant Bubble’, Ini Syarat Main Agar Tak Mudah Pecah

Nota

√    Sebenarnya macam-macam cara boleh buat, tapi Puan Suza guna cara ini sebab paling mudah nak sediakan.

√    Bahan pun mudah nak cari.

IKLAN

√    Bubble wands tu nak jimat punya pasal, guna saja besi hanger. Ada juga dijual di kedai RM2.

√    Sebelum ini, dia pernah mencuba guna sabun jenama lain. Tapi kurang menjadi. Sabun Joy kepekatannya lebih tinggi.

Bolehlah kekalkan kejadia belon itu. Walaupun tak sama macam profesional kan.”

√    Aktiviti petang bermain belon buih saiz gergasi ini pun satu aktiviti meneroka kreativiti bersama anak-anak. Ia akan create bonding dan kegembiraan antara ibu dan anak.

Sumber/Foto : Suza Dawi

IKLAN

Baca Sini : Memang Puas Hati Bila Buat ‘Giant Bubble’ Ni, Paling Penting Jimat Kos

 

Buat Sendiri Belon Buih Saiz Gergasi ‘Giant Bubble’, Ini Syarat Main Agar Tak Mudah Pecah

Cuaca Paling Baik Untuk Main Belon Buih Saiz Gergasi ‘Giant Bubble’

Bukan waktu panas atau terik mentari yang meninggi. Cuaca paling baik untuk bermain belon buih saiz gergasi ‘giant bubble’ ini adalah ketika mendung ataupun cuaca redup.

Selepas hujan dan dalam keadaan angin sepoi-sepoi pun bagus untuk bermain dengannya. Ini kerana, semakin panas dan berangin akan membuatkan belon sabun saiz gergasi buatan anda alami kekeringan.

ia akan menyebabkan buihnya cepat meletop. Kalaulah cuaca masih terik dan anda masih juga nak bermain dengan anak, cubalah bermain di bawah tempat redup atau berbumbung.

Celupkan pemegang dalam bekas belon buih dan angkat tinggi-tinggi. Perlahan-lahan berundur ke belakang. Dengan ini anda tak membuatkan belon buih terbebas ke udara secara paksa.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI