Buat Kerisik Bakar Dalam Oven Cantik Kejadiannya, Masak Sekata, Garing & Bau Wangi!

Share

Kerisik antara ramuan yang selalu digunakan dalam masakan seperti rendang. Tapi banyak kali juga terbeli kerisik yang berbau ‘tengik’ malah bila sangai dalam kuali, terhangus pula sebab tak pandai jaga api.

Rupanya ada cara mudah nak buat kerisik ni. Tak perlu susah-susah bakar je dalam oven, cantik kejadiannya nanti dan masak sekata.

Boleh cuba cara mudah buat kerisik yang dikongsikan oleh Puan Hana Rahman ni.

“Untuk kerisik sis tak sangai, biasanya sis bakar dalam oven selama 30 minit, oven sis suhu 140. Atau masukkan dalam Air Fryer selama 20 minit.”

“Tinggal gitu jer tak payah nak main api tak payah nak kacau dengan sudip. Jimat masa boleh buat kerja lain.”

“Cantik kejadiannya masak sekata, garing, bau wangi dan bila diblend pecah minyak sangat cantik.”

Info Ekstra!

  • Untuk elakkan lemau atau tengik blend kering semua lepas tu simpan dalam peti ais, senang nak guna.

Baca Lagi di Sini:
Buat Sendiri KERISIK, Tahan Lama Simpan Dalam Peti, Bau Pun Tak Tengik


Rupanya Rahsia Buat Air Asam Sedap,Tambah Kerisik & Belacan Tak Perlu Dibakar, Barulah Rasanya Asli!

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu susah-susah nak sangai kelapa dalam kuali. Bakar dalam oven untuk buat kerisik sendiri. Lebih mudah, jimat masa boleh buat kerja lain. Malah cantik kejadiannya, masak sekata, garing dan bau wangi.

Sumber: Hana Rahman

IKLAN