biskut kelapa

Selain biskut raya moden, biskut tradisional resipi orang-orang lama, antara yang mendapat tempat setiap kali tibanya hari raya. Payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.

Menurut puan Sheila Nazri, biskut kelapa ini merupakan resipi daripada arwah maknya. Ia cukup mudah dibuat dan sangat sedap sehingga beliau mengambil tempahan setiap kali tibanya raya.Istimewanya, adunan resipi ini menggunakan kelapa parut yang disangai hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.

Berikut perkongsian yang dikongsikan;

“Saya nak share resepi biskut kelapa legend.Resepi ni arwah emak saya yang ajar.Resepi orang dulu-dulu, raya tahun lepas adalah raya terakhir arwah emak, kebiasaannya saya ambil tempahan raya tapi tahun ni saya tak ambil. Biskut kelapa yang sangat sedap & mudah.Mohon sedekah al fatihah buat arwah emak saya Zainun Binti Ali..semoga Pahala ini terus mengalir kepada arwah emak saya.”

Bahan-Bahan:

2 cawan kelapa parut yang di sangai hingga keperangan
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (blend)
Butter seelok uli
1 sudu besar Esen vanilla
1 biji Telur
pewarna kuning telur untuk biskut nampak cantik. Kalau tak nak letak pun tak pe.

Cara Membuat:

1. Sangai kelapa parut hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.

IKLAN

Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!2. Adun semua bahan-bahan, guna tangan je. Tak perlu guna mixer.

Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!

3. Bakar ikut la suhu oven masing-masing.

IKLAN

Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!

Siap!

IKLAN

Info Ekstra!

Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!

  • Yang putih tu kelapa kering (beli je di kedai) tak nak letak pun tak pe.
  • Untuk glossy bahagian atas, sapu kuning telur ditambah pewarna dan tabur kelapa kering yang beli di kedai.

Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat & Selamat mencuba!

MW: Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.

Sumber: Sheila Nazri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI