Biskut Susu Bandung yang menggunakan dua bahan ini pernah viral beberapa tahun lepas sebab rasanya sedap ala-ala kuih bangkit dan nak godek pun mudah.
Jadi bagi mak-mak yang masih tak ada idea nak buat biskut dan nak cuba buat biskut ini, boleh rujuk resepi yang dikongsi Puan Ain Kamis ini.
Bahan-bahan:
1 tin susu Bandung cap saji Rm3.70
1 bungkus tepung jagung Rm1.40 (tepung kena agak sendiri. Agak-agak uli jadi doh cantik, tak melekat kat tangan)
Cara Buat Biskut Susu Bandung
Bakar suhu 150, lebih kurang 20min. Agak-agak bawah dah kuning, dah masak la tu.
Kos nak buat biskut ini sangat ciput, tetapi hasil pulangan lumayan. 1 telap besar boleh dapat lebih 150pcs. Jimat sangat.
Haaa… rasanya malam raya pun boleh lagi nak pulun buat dan tengok gaya macam laku keras kalau hidang pada budak-budak. Comel dan sedap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Mee Kuning Sendiri Di Rumah Tanpa Pengawet, Hanya Guna 4 Bahan!
Rupanya punyalah senang mak-mak nak buat mee kuning sendiri di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, garam, telur dan serbuk kunyit!
Caranya pun mudah, malah diyakini lebih selamat, bersih dan suci bila kita buat sendiri.
Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat mee kuning ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Nafsiah Sakmad ini.
“Teringin nak makan mee goreng..buat jalah kedai jauh.Bahan-bahan ada dekat dapur”.
Bahan-Bahan:
300 gram/ 1 mangkuk tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
serbuk kunyit untuk pewarna
Cara Membuat:
- Satukan bahan-bahan tersebut selepas tu bancuh dengan air suam.
2. Uli sampai jadi doh dan bahagi-bahagikan doh tu kepada 5 atau 6 biji.
3. Selepas itu canai guna mesin mee.Naf beli mesin kecik saja harga pun murah RM 40 beli 5 tahun lepas.
4. Gelekkan sebiji-sebiji doh tadi dalam mesin mee. Kalau koyak taburkan tepung .Buat sampai tak koyak.
5.Selepas itu, gelekkan pula bentuk mee.
6.Bila dah siap semua…rebus mee dengan air panas. Bila dah timbul ertinya dah masak.Boleh angkat toskan.
7.Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
Info Ekstra!
*Sukatan tepung gandum, ikut berapa banyak yang kita nak. Semangkuk ni pun boleh dapat berat sekilo.
* Resipi ini tidak menggunakan tak gunakan air abu atau air kapur.
*Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
* Jika tiada mesin mee, potong dengan pisau pun boleh.
Siap!
Selamat mencuba.
Baca Disini: Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!
MW: Mudah je kan nak buat mee kuning ni. Selepas ni mak-mak boleh buat sendiri je di rumah, tak perlu nak beli lagi. Lebih jimat, malah diyakini selamat, bersih dan suci bila buat sendiri!.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Laksa Lemak Nyonya Ini Resepi Terbaik, Air Tangan Dari Bumi Makkah
Tengok gambar laksa lemak nyonya dari status yang dikongsikan Puan Tahrunnisah Jali sememangnya menjentik-jentik emosi. Sedapnya, terus rasa nak mencuba dan share dengan mak-mak resepi yang beliau kongsikan ini.
Cara membuatnya pun tidaklah sesukar mana. Kalau puan kita ini yang berada di Rabigh Qasr, Makkah, Arab Saudi pun boleh buat.. inikan pula mak-mak yang dikelilingi rempah ratus dan tumbuhan herba yang mudah nak dapat ni.
Biarpun menggunakan daun kesum dan bunga kantan yang dibekukan dekat sebulan ia tetap tak jadi halangan buat beliau menghasilkan Laksa Lemak Nyonya terbaik.
Ini Bahan-bahan Untuk Kuah
- 3 biji bawang sederhana besar*
- 3 ulas bawang putih*
- Segenggam udang kering dibersihkan dan direndam sebentar*
- Satu ikat daun kesum
- 1@2 batang bunga kantan
- 4 tangkai serai*
- 1 1/2 inci kunyit hidup*
- Sedikit belacan bakar*
- 1 inci lengkuas*
- 5 biji buah keras*
- 4 sudu besar cili kisar (kalau nak kurangkan pun boleh)
- 2 cawan santan pekat
- 2500 ml air
- 1/2 kilo udang segar sederhana besar direbus dengan 2 cawan air sehingga masak dan air rebusan udang jangan dibuang
- 1/2 kilo ayam segar dipotong kecik
- Tauhu pok
- 2 kiub pati ayam
- 4-5 keping asam gelugur
- Garam dan sedikit gula sebagai pengganti ajinomoto
- Laksa beras rebus hingga lembut
- Fish ball
- Fish cake
- Udang segar
- Hirisan daun kesum
- Hirisan bawang besar
- Telur rebus
- Timun dipotong halus
- Sambal belacan/sambal udang
- Limau nipis
Cara Penyediaannya
1. Bahan bertanda * dikisar hingga halus
2. Panaskan minyak dalam 3/4 cawan. Masukkan bahan kisar dan cili kering rebus dikisar tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air biar mendidih, masukkan ayam yang dipotong hingga masak. masukkan daun kesum bunga kantan yang dibelah, stok ayam, fishball, fish cake, tauhu pok dan air rebusan udang. Last sekali baru masukkan santan pekat. Kacau sentiasa supaya santan tu tak pecah santan nanti kuah tak cantik. Mendidih terus tutup api. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Dalam mangkuk letak laksa beras, curah kuah laksa bersama bahan-bahan dalamnya. Hias dengan hirisan daun kesum, hirisan bawang merah, timun, limau nipis dan telur.
Selamat menjamu selera
Nak Lagi Faham Rujuk Gambar Ini
Sumber/Foto : FB Tahrunnisah Jali – Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya
Asam pedas ikan kembung yang sedap ialah bila kuahnya pekat. Bila hirup kuah memang terasa cukup lengkap rasanya. Asam pedas yang kebiasaannya menggunakan ikan sebagai bahan utama adalah hidangan popular di selatan tanah air terutama di Melaka dan Johor.
Bagi masyarakat Johor, asam pedas juga dipanggil gulai dan ikan kadang kala diganti dengan ayam sebagai bahan utama untuk memasak hidangan gulai ayam asam pedas. Bagi anda yang nak cuba masak asam pedas ikan kembung, boleh cuba seperti yang dikongsi oleh Cik Puan Aini ini. Memang mudah dan yang paling penting, sangat sedap!
Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa
Nah Ini Resipinya
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4-5 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato
Cili kisar secukupnya
Air asam jawa / pes asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 paket pes asam pedas (optional)
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar secukupnya. Kacau hingga tumisan pecah minyak dan garing. Ia penting supaya cili masak dan tidak mentah.
3. Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai.
4. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan ikan. Masak seketika.
5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi, tomato. Boleh juga masukkan apa sahaj sayur kegemaran.
6. Perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa ikut selera.
7. Bila semua sudah sempurna, padamkan api. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ubah suai kepekatan ikut cita rasa.
8. Asam Pedas Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Aini
Artikel berkaitan: Resipi Asam Pedas Ayam Berempah, Lengkap Cara Buat, Senang Nak Masak!
Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!
Resipi Asam Pedas Melaka & Johor, Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI