Bintang Anna Jobling Bersinar. Julang Bintang Asia Terbaik di Seoul

Share

Pelakon, Anna Jobling mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebaga pemenang trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025 yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, semalam.

Majlis penuh gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV, sekali gus menyaksikan pelakon kacukan Melayu-Inggeris berusia 24 tahun itu berdiri sebaris dengan bintang Asia lain yang turut menerima pengiktirafan di pentas global.

Kejayaan Anna membuktikan kemampuan bakat muda Malaysia menembusi pentas antarabangsa. Populariti dan mutu lakonannya dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah! bukan sahaja menambat hati penonton tempatan, malah turut menarik perhatian peminat antarabangsa.

“Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada SDA kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

“Kemenangan ini sangat bermakna bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk ibu bapa, keluarga, peminat dan pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya.

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Dapatkan Sekarang

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Dapatkan Sekarang

Published by
Rosmah Idayu