Mingguan Wanita TalkShow hari ini memberi ruang kepada tiga orang bapa selebriti berkongsi sisi hidup mereka dalam membesarkan zuriat. Hala tuju mana yang menjadi pilhan seiring dengan tajuk hari ini; Kejar Dunia Tercicir Akhirat. Selebriti dan juga hos Mingguan Wanita TalkShow iaitu Norman Hakim berkongsi impiannya sebagai bapa.

“Bukan mudah kita nak mendidik anak-anak dekat dan mencintai Al-Quran. Dalam usaha mendidik mereka, banyak cabaran yang perlu dilalui. Walaupun saya terpaksa berpisah dengan anak sulung, Mohd Danish Hakim ketika dia melanjutkan pengajian ke Turki demi mendalami ilmu Al-Quran.

“Bagi saya untuk menyuntik eleman keimanan dalam diri anak-anak perlu dimulakan sejak mereka kecil lai. Demi kehidupan yang lebih baik, saya dan keluarga berusaha membina syurga di dalam rumah, supaya boleh membina syurga di akhirat nanti. Saya memberikan bukan 100 peratus sebaliknya 300% usaha untuk menjadikan anak-anak dekat dengan Al-Quran di dalam diri mereka,”kongsi Norman Hakim apabila ditanya pendekatan yang dilakukannya dalam mendidik anak-anak.

Bina Syurga Dalam Rumah, Supaya Boleh Bina Syurga Di Akhirat Nanti
Azan mahu anak-anaknya lebih awal mengenali Rasulullah S.A.W dan Allah S.W.T seawal usia mereka.

Azan Ruffedge & Altimet tegas bersyarat dalam menerapkan Islam

IKLAN

Selain itu dua tetamu yang hadir; Azan Ruffedge dan Altimet saling berkongsi tips dalam mendekatkan anak-anak dengan Islam. Azan mengakui teknik merotan tetapi dilakukan bukan sewaktu marah, terbuka dalam berkomunikasi dan melayan anak lelaki seperti kawan dan memanjakan anak perempuan sebagai caranya berdiplomasi dengan anak-anak.

“Alhamdulillah saya menggunakan pendekatan bersahabat dengan anak-anak. Jika anak lelaki saya lebih suka mereka menjadikan saya sebagai tempat untuk bercerita. Manakala anak perempuan pula saya manjakan mereka supaya mereka melihat saya sebagai sosok bapa yang mudah didekati. Apabila anak-anak melakukan kesalahan, menghukum itu perlu. Tetapi lazimnya teknik rotan hanya akan dilakukan setelah kesalahan dihimpun cukup amaunnya.

IKLAN

“Menggunakan teknik kepit buku di bawah ketiak jangan sampai jatuh ketika merotan, saya nampak cara itu membuatkan anak lebih menghormati dan berdisiplin. Saya juga mahu anak-anak ini mendekatkan diri dengan Rasulullah dan Allah SWT sejak usia mereka kecil lagi. Jika saya terlewat, saya tak mahu anak pun begitu,”terang Azan yang juga bapa kepada lima orang cahaya mata.

Bina Syurga Dalam Rumah, Supaya Boleh Bina Syurga Di Akhirat Nanti
Sisi seorang bapa ada pada Altimet yang tak ramai prang ramai tahu

Manakala Altimet mengakui dia selaku manusia yang tidak sempurna. Pernah melakukan kesilapan dan tidak kisah anaknya belajar dari kesilapan yang dilakukan. Dia seorang bapa yang mendidik anak mendekati Islam bermula dengan adab menghormati azan terlebih dahulu.

IKLAN

“Ketika anak-anak kecil, kalau dengar azan…walaupun belum tahu cara betul untuk menjawab azan, adalah diam apabila azan berkumandan. Sebaik selesai azan, masing-masing perlu bersiap untuk sama-sama menunaikan solat jemaah. Apabila usia meningkat, mereka digalakkan solat sendirian. Ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada mereka,untuk solat tanpa perlu diingatkan dan solat perlu dilakukan walaupun di mana sahaja.

“Saya bapa yang tidak sempurna. Saya juga belajar dari kesilapan. Sekiranya anak-anak melakukan kesilapan, pengalaman itu akan mengajar mereka memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik. Sekalipun mereka ingin menjadi rapper satu hari nanti, saya tidak menghalang,”cerita Altimet.

Bagi yang ketinggalan menyaksikan Mingguan Wanita TalkShow tengah hari tadi, jangan lupa saksikan ulangannya malam ini pada jam 8 di Astro Prima 105 dan Prima HD 121. Banyak lagi tips menarik yang boleh dijadikan panduan terutamanya kelompok bapa dalam mendekati anak-anak berlandaskan Islam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI