Buat wanita yang sukakan gaya tersendiri dan berani tampil berbeza, koleksi terbaru dari Converse 1908 ini mungkin buat anda jatuh hati. Menampilkan dua model istimewa, Naut-1dan Coach Jogger, koleksi ini bukan sekadar kasut. Ia adalah time capsule yang menghimpunkan lebih 100 tahun legasi Converse yang sinonim dengan kebebasan ekspresi dan identiti unik.

Bila Sejarah & Gaya Bertemu, Sentuhan Tyler The Creator Hidupkan Warisan Ikonik

Ads

Menariknya, koleksi ini diilhamkan oleh figura penuh gaya dan bakat, Tyler, The Creator, yang kini bekerjasama dengan Converse untuk membawa semula elemen rekaan arkib dari era 1913 hingga 80-an, dalam gaya yang lebih segar dan moden.

Kasut Bot Bergaya Maritim Untuk Wanita Urban Aktif

Rekaan Naut-1 diinspirasikan daripada kasut bot era 1970-an, dengan fungsi praktikal tapi tetap tampil chic. Dengan warna menarik seperti Starlight Blue dan Cannoli Cream, ia sesuai untuk wanita yang sukakan gaya kasual tapi tetap berkelas, sesuai dibawa ke pantai, taman atau sekadar keluar ‘brunch’ santai.

Ads

Dari Larian ke Jalanan, Bergaya Sepanjang Hari

Manakala Coach Jogger pula mencuri perhatian dengan siluet klasik yang diinspirasikan dari era jogging 70-an. Ciri-ciri seperti tumit stabil, tapak empuk berbaji, dan reka bentuk sporty menjadikan ia kasut ‘go-to’ untuk wanita yang aktif, stylish dan sentiasa ‘on the move’. Hadir dalam warna lembut seperti Forest Shade dan Quiet Tide. Ia ia mudah dipadankan dengan busana santai mahupun streetwear kontemporari.

Bila Sejarah & Gaya Bertemu, Sentuhan Tyler The Creator Hidupkan Warisan Ikonik

Ads

Lebih Dari Sekadar Kasut

Koleksi 1908 ini bagaikan surat cinta kepada peminat Converse yang menghargai sejarah, mengangkat identiti dan menolak batasan rekaan. Ia adalah jemputan untuk wanita hari ini meneroka gaya dengan lebih berani, tanpa kompromi pada keselesaan.

Koleksi Converse 1908 (Naut-1 & Jogger) akan dilancarkan secara terhad di seluruh dunia termasuk di GOLF le FLEUR* dan butik Converse. Jangan lepaskan peluang miliki secebis sejarah dengan sentuhan moden yang eksklusif ini.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI