Dalam kehidupan kita pasti akan diberi ujian dan masalah yang mampu membuatkan hati gelisah dan tak bahagia. Namun bagaimana kita melihat masalah itu, sama ada suka menyalahkan orang lain atau menyemak kembali memperbaiki diri.
Sebenarnya formula mudah bagi mendapat hati yang tenang adalah jangan suka menyalahkan setiap perkara yang terjadi pada orang lain. Ini kerana jika merasakan bahawa diri sendiri sahaja yang betul, ia petanda kita mempunyai masalah hati.
DIA BUAT TAK BAIK DENGAN KITA, DIA TANGGUNGLAH AKIBATNYA..ALLAH ADA
Kehidupan adalah ujian. Bila kita ada masalah dengan orang,perbanyakkan istighfar. Kuncinya taubat dan check ourself. Jangan cari salah orang lain. Kadang-kadang masalah itu timbul sebab hubungan kita dengan ALLAH tidak baik. Kunci hidup bahagia adalah memiliki hati yang bersih.
Dalam hidup ni, ada satu hal yang perlu kita jaga, jika nak mudah dapat hati yang tenang iaitu jangan suka salahkan orang. Kita uruskan diri kita. Uruskan emosi kita. Uruskan tahap iman kita. Itu yang lebih penting sebenarnya! Hidup jangan asyik cari salah orang. Risaukanlah diri sendiri tiada bekal ke sana nanti.
Ads
Jangan Cari Kesalahan Orang
Paling mudah memang menyalahkan orang lain, bila kita ada masalah. Padahal masalah sebenarnya adalah kita terlalu sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, sehingga kita terlupa memperbaiki diri. Jangan rasa diri kita sentiasa betul, kita juga banyak salah. Bila kita rasa kita saja yang betul, itu petanda kita ada masalah hati.
Sungguh kita boleh cuba bantu orang lain tapi ingat kita tak boleh ubah orang lain. Kalau kita dah penat berusaha untuk membantu orang lain menjadi lebih baik, dah letih mengingatkannya soal tanggungjawab tapi dia masih begitu juga, bertenanglah dan terus mendoa’kan agar suatu hari dia akan berubah.
Ads
Rehatkan diri kita dari kesibukan menguruskan urusan orang lain. Urusan yang telah di atur oleh ALLAH tak perlu kita ikut sibuk masuk campur. Orang yang sabar itu hatinya tenang. Orang yang redha itu hatinya bahagia. Kerenah orang, itu urusan dia dengan ALLAH. Dia buat tak baik dengan kita, dia tanggunglah akibatnya. ALLAH ADA!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, bila terjadinya sesuatu masalah, cuba semak balik diri kita. Muhasabah diri berbanding kerap menyalahkan orang lain. Percayalah hati akan jadi lebih tenang, kehidupan akan lebih bahagia.
Tidak dinafikan wanita sering terdedah dengan gangguan daripada lelaki miang. Sebenarnya ada doa yang wanita dan anak gadis boleh amalkan sebagai pelindung diri supaya terhindar daripada lelaki sebegini. Ia merupakan amalan doa dari Siti Sarah yang merupakan isteri Nabi Ibrahim ketika diganggu oleh Raja Mesir.
Baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini sebagai rujukan.
Doa ini untuk para wanita, para anak gadis patut amal sekiranya diganggu lelaki miang di tempat kerja atau di mana-mana. Doa ini saya ambil dari kisah Sarah r.h isteri Nabi Ibrahim a.s yang diganggu oleh Raja Mesir.
Setelah siti Sarah baca doa ini terus badan Raja Mesir terasa sakit yang teramat sangat. Sehinggakan Raja Mesir minta siti sarah doa kepada Allah agar pulihkan semula kesakitan yang ditanggung.
Cash Allah makbul doa Sarah r.h. Jadi baca doa ini nak kena betul-betul yakin dan jadikan hafalan.
Ini doanya: اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
“ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI
FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM”
“Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”
Jika dapat hafal lagi bagus. Nurse atau perawat wanita elok sangatlah amal doa ini moga dijauhkan dari diganggu oleh lelaki miang. Silap-silap Allah bagi cash seperti mana Raja Mesir.
Moga bermanfaat.
Ingat ya mak-mak, hospital ini bukan rumah kita sendiri yang boleh kita tayang aurat ikut suka. Lagi-lagi wad perempuan. Nama saja wad perempuan, petugas di dalamnya ada doktor lelaki mahupun jururawat lelaki.
Bagi mak-mak yang sememangnya menutup aurat, memakai tudung. Biarpun dalam wad perempuan, kadangkala mak-mak begitu mudah mendedahkan aurat yang sepatutnya dipelihara.
Dr Nur Hanisah, pegawai perubatan yang bertugas di negeri Kelantan mengakui realiti sebegini sememangnya berlaku. Semoga mak-mak yang membaca tulisan ini akan ambil ikhtibar dan sedar akan kesilapan yang dilakukan ketika diuji sakit fizikal.
Selama saya bekerja di hospital, saya lihat, begitu ramai pesakit wanita yang ambil lewa soal aurat.
Kalau masuk ke wad perempuan, betapa ramai yang asalnya memakai tudung, namun ditanggalkan.
Betapa ramai yang membiarkan kaki terselak sehingga ke paras betis.
Paling saya hairan, semasa bekerja di posting sakit puan. Ada yang menyusu bayi dengan badan menghadap koridor tempat orang berjalan.
Tak Boleh Tayang Aurat Ikut Suka
Puan-puan, ingat ya!
Hospital bukan rumah kita. Para doktor bukan ahli keluarga yang boleh kita tayang ikut suka.
Bahkan, dengan ahli keluarga yang bukan mahram pun kita masih perlu menjaga, bukan?
Para suami mithali, ingat perkara ini. Ajarkan isteri yang kalian tanggung dosa dan pahala.
Sakit bukan alasan untuk mendedahkan maruah (aurat) diri.
Sakit bukan permit untuk doktor melihat apa yang tak patut.
Hospital Pun Bukan Tempat Berkampung
Oh, ya. Peneman pesakit pun begitu juga.
Hospital bukan tempat kita berkampung ikut suka.
Masa melawat, pakai tudung. Habis waktu melawat, berpakaian sarung.
Sekali lagi.
“Puan-puan… Ingat ya! Hospital BUKAN rumah kita!”
Doktor dan misi lelaki ada di mana-mana. Mereka juga ada mata dan fitrah seorang manusia. Hormatilah mereka.
Hormati diri kita.
P/s: Sebarkan peringatan ini kepada isteri dan adik-beradik perempuan kita sekali, supaya mereka tetap menjaga aurat diri walau di mana saja mereka berada nanti.
Makanan kenduri, inilah hidangan yang cukup meriah dan ditunggu-tunggu oleh tetamu. Nasi minyak, ayam masak merah, dalca, daging masak hitam dan sebagainya. Cukup sedap untuk hidangan tetamu.
Kalau di kampung mestilah makanan kenduri dibuat secara gotong royong, sanak saudara datang membantu untuk memasak dan memeriahkan suasana. Paling seronok, bila dapat bawa balik makanan kenduri untuk dijamah di rumah pula.
Selalunya, pada penghujung majlis dan lauk masih lagi berbaki, tuan rumah akan tapau makanan buat saudara mara yang jauh atau dekat. Namun, tak kurang juga kita dengar yang siap tapau makanan semasa majlis tengah berlangsung.
Tak kisahlah nak tapau makanan kenduri sanak saudara sekali pun. Tapi paling penting adalah minta kebenaran tuan rumah. Jatuh haram, kalau tapau tanpa kebenaran tuan rumah. Inilah yang diulas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang perkara ini.
Datuk Mufti, saya ingin bertanyakan soalan, apakah hukum tapau makanan kenduri? Terima kasih Datuk.
Jawapan:
Hukum tapau makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis. Begitu juga, pada setengah keadaan, adat kebiasaan setempat atau sebarang petunjuk lain membenarkan perbuatan menapau makanan.
Namun, sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram.
Sebagaimana kebiasaan, mereka yang menghadiri majlis kenduri perkahwinan, menyambut menantu atau seumpamanya akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah hidangan.
Sekiranya diperhatikan, aktiviti perjamuan makan ini terpakai ke atasnya suatu konsep atau akad yang dipanggil sebagai al-Dhiyafah (الضيافة) iaitu menjamu tetamu.
Ia berbeza dengan akad hibah dari sudut pemilikan oleh kerana akad hibah merupakan sebuah akad pemilikan barangan dan bukannya manfaat. Pun begitu, ia agak hampir dengan akad pinjaman (العارية), dari sudut ketika menjamah makanan yang dihidangkan.
Hal ini kerana, berlakunya konsep al-Ibahah (الإباحة). Konsep ini terbahagi pula kepada dua jenis iaitu Ibahat al-Intifa‘ (إباحة الانتفاع) iaitu keharusan untuk mengambil manfaat dan
Ibahat al-Istihlak (إباحة الاستهلاك) yakni keharusan untuk menggunakan sepenuhnya atau menghabiskannya, dan aktiviti kenduri dan jamuan makan kepada tetamu ini terletak di bawah jenis Ibahat al-Istihlak (إباحة الاستهلاك) iaitu keharusan untuk menghabiskannya.
Namun, di bawah akad al-Dhiyafah (الضيافة) ini juga, tetamu hanya diberikan kebenaran untuk menjamah makanan yang dihidangkan hanya untuk dirinya tanpa diharuskan untuk mengambilnya atau memberi makan pula kepada orang lain mahupun kucing. Meskipun begitu, sekiranya ada keizinan daripada tuan rumah atau pemilik makanan, maka ia diharuskan.
Oleh itu, persoalan utama yang perlu diketengahkan di sini adalah makanan kenduri ini akhirnya menjadi milik siapa? Maka, dalam hal ini, Imam al-Syirbini ada menyatakan tentang perkara ini di dalam karyanya ‘Mughni al-Muhtaj’ bahawa makanan yang dihidangkan menjadi milik tetamu sesudah ia dimasukkan ke dalam mulut.
Berkenaan hukum tapau, tapau menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perbuatan membungkus (makanan dan lain-lain) untuk dibawa pulang dan sebagainya. Imam al-Syirbini ada memberikan jawapan yang umum terhadap soalan yang diajukan:
Maksudnya: Maka adakah seseorang itu dibolehkan untuk memberikannya (makanan) kepada orang lain atau dia menggunakannya untuk selain makan?
Di sini terdapat dua pendapat, dan pendapat yang sahih ialah pendapat jumhur ulama iaitu tidak boleh sebagaimana tidak boleh bagi orang yang meminjam memberi pinjam kepada orang lain. Hal ini kerana, dia hanya memiliki makanan tersebut untuk manfaatnya tersendiri sebagaimana pinjaman, dan bukannya memiliki ‘ain (objek) barangan tersebut.
Melainkan sekiranya adanya keizinan daripada tuan majlis atau tuan rumah, atau adanya uruf yakni adat kebiasaan di kawasan itu yang menunjukkan diperbolehkan perbuatan tapau untuk benda yang kecil atau sedikit, atau juga adanya petanda lain (قرينة) yang membenarkan perbuatan tersebut.
Perbuatan mengambil sesuatu barangan tanpa keizinan atau keredhaan seseorang merupakan suatu perbuatan mencuri dan ia amatlah dilarang di dalam Islam. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.”
Oleh yang demikian, sebaiknya tetamu perlulah meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah atau tuan majlis untuk menapau makanan agar kita terhindar daripada memakan makanan yang haram oleh kerana tuan rumah tidak redha akan perbuatan tersebut.
Wallahu A’lam.
Mingguan Wanita : Apa yang kita makan itu akan jadi darah daging. Minta kebenaran tuan rumah dulu, walaupun majlis itu adalah saudara mara atau ahli keluarga terdekat sekalipun.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.