Bila Api Tungku Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga ‘Adjust’ Begini

Share

Perasan tak kadang kala api pada tungku dapur jadi besar dan bertukar warna oren sehingga menyebabkan periuk hitam berjelaga. Memang jenuh nak menyentalnya, sampai ingat tungku dapur gas dah rosak dan kena tukar yang lain.

Namun sebelum nak beli dapur baru, sebenarnya mak-mak boleh cuba dulu tip yang dikongsikan oleh Puan Sharina Binti Othman dahulu dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN), agar api kembali bertukar biru.

Berikut perkongsian tersebut;

“Api dapoq gas tetiba oren.Habis berjelaga periuk kesayangan.Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.Tapi tu la bajet pun cukup-cukup ja.”

Sapa pernah mengalami situasi sebegini?

“Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru. Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk. Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah.Ni dapoq gas yang biasa tu nah.”

1.Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu

2. Pusingkan benda tu. (Yang anak panah tu).

3.Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah).

4.Nah hasilnya.Tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru.Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy.

Info Ekstra!

Namun, setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.

Caranya :

Buka tungku api, ketuk-katuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.

Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
Dan pasang semula tungku api tersebut.

Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.

Gambaq yang terakhir k.nana terbaca di komen group MAHN.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang ada masalah api tungku warna oren dan sebabkan periuk berjelaga, boleh cuba dahulu tips yang dikongsikan ini sebelum nak beli dapur baru. Jimat duit!

Sumber: Sharina Binti Othman

IKLAN