Anak-anak sewaktu mereka masih kecil hargailah masa bersama dan banyaklah cipta kenangan manis buat mereka. Ini kerana momen inilah yang akan dikenang bila mereka besar nanti.Namun demikian, mak ayah perlu tahu bahawa cara didikan dan pendekatan untuk anak lelaki dan perempuan adalah berbeza. Ada sebabnya bagi anak perempuan, waktu dia masih kecil kita kena bagi dia bermain sepuasnya berbanding anak lelaki.
Jemput fahamkan perkongsian daripada Encik Muhammad Yusof sebagai panduan buat kita;
Aku rasa sebagai bapa aku kena kongsi benda ni.
Hari tu aku pergi kursus 3 hari. Balik-balik tu anak perempuan aku ajak keluar, nak main kat shopping complex. Aku kata nanti dulu. Last-last oleh sebab penat drive aku tertidur.
Bangun-bangun aku tengok anak aku muncung dah. Aku kata esok-esoklah pergi. Bila aku jawab macam tu, dia merajuk la apa lagi. Cuma yang buat aku sedikit terkesan tiba-tiba dia kata:
‘Ala papa tu setiap minggu boleh je main badminton, kakak nak main sekejap je takkan tak boleh pulak?’
Beza Anak Perempuan Dan Lelaki
Benda ni buat aku terfikir.
Sebenarnya bila kita ada anak perempuan, waktu dia kecik inilah kita bagi dia beriadah/bersenam/bermain puas-puas sebab bila dia dah besar dan dia dah berkahwin, memang susah perempuan nak jumpa timing waktu dia beriadah sebab komitmen terhadap waktu yang lain lebih penting daripada waktu riadah ni.
Ads
Lelaki lain. Dorang dah kahwin ke bujang ke banyak aktiviti yang dorang boleh buat, main futsal, main badminton, main basikal atau paling koman berjalan guna tangan sambil kaki kat atas time nak pegi masjid.
Berbeza dengan perempuan. Bila dah dewasa banyak benda yang dorang kena fikir kalau nak libatkan diri dengan akitiviti luar ni. Soal aurat, soal komitmen, soal fasiliti yang hanya sesuai untuk lelaki dan macam-macam isu yang membataskan perempuan untuk terlibat dengan aktiviti luar.
Jangan Sekat Anak Perempuan Bermain
So, bagi ibu bapa waktu anak-anak perempuan ini masih kecillah kita jaga perasaan dorang, layan dorang dan bagi peluang puas-puas untuk dorang bermain. Jangan sekat dorang untuk bermain.
Sekarang ni banyak je tempat permainan kat shopping complex, bayar je RM10 boleh main puas-puas sampai balik dalam kereta terus tertidur, sebab kepenatan.
Kalau tak nak yang bayar, bawak je pergi taman permainan percuma atau kalau tak boleh jugak bawak je anak-anak perempuan ni joging depan rumah. Main kejar kejar dengan dorang. Mesti dorang happy. Selain daripada boleh keluarkan peluh, anak perempuan mesti happy sebab kita bagi perhatian khusus kat dorang.
Ads
Beri Nasihat & Ajar Adab
Di samping itu, bapa-bapa boleh selit sikit-sikit pada anak perempuan tentang adab berpakaian, jangan buang sampah merata-rata time riadah, jangan buat vandalisme time beriadah.
Aku percaya dengan didikan start daripada awal ini akan tertanam dalam pemikiran anak-anak ini sampai dorang besar panjang.
Hargai Masa Dengan Anak Perempuan
Buat bapa-bapa sekelian, hargailah masa bersama anak-anak perempuan kita sementara dorang masih kecik ni sebab bila anak perempuan korang dah besar, dah kahwin pasti kita teringat-ingat ‘priceless time’ bersama ni, percayalah.
Ads
Buat mak ayah yang ada anak perempuan, bagilah ruang dan peluang secukupnya untuk anak-anak bermain. Sibuk macamana pun kita, curilah sikit masa kita untuk dorang.
Sharelah kalau status ni bermanfaat agar anak-anak kita kita semua membesar bagai juara. Isteri-isteri apa lagi tag la suami tapi itulah bukan dorang baca pun, kan?
p/s: tag Muhammad Yusof sebagai peringatan kat diri sendiri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya sebagai mak ayah kita kena banyak luangkan masa bersama-sama anak-anak semasa mereka kecil lagi. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Masa mereka kecil sangat singkat dan kenangan inilah yang akan menjadi memori terindah buat mereka bila dah besar nanti.
Setelah sekian lama anak-anak kita belajar secara PdPR, akhirnya bermula minggu depan mereka akan kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka. Ada mak ayah yang berusaha menyempurnakan kelengkapan dan persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Antaranya termasuklah kena tampal lencana di baju mahupun tudung sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Namun kalau anak ramai, terasa juga walau caj menjahit satu lencana cuma RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Sudahnya kena bayar RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Untuk kurangkan pening kepala mak-mak, anda boleh ikut perkongsian daripada Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat.
Haaa… lepas ini tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Nota:
Lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki dikurniakan baby girl, Aidil Zafuan bersyukur. Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak terkenal yang juga pemilik nama sebenar Mohd. Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada 27 Disember 2021.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagram rasminya, Aidil memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya.
Rezeki Dikurniakan Baby Girl
“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021,” luah pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu.
Terima Kasih Kepada Semua
Malah Aidil juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa orang ramai buat dia dan isterinya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” kata Aidil.
Menerusi perkongsian tersebut aidil masih belum mendedahkan nama serta wajah bayi perempuannya itu.
Aidil dan Zarema sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki.
Musim raya ini, ada juga mak ayah terfikir untuk bawa anak-anak yang masih bayi keluar menziarahi sanak-saudara. Kemudian, memakaikan topeng muka pada bayi sebagai langkah berjaga-jaga. Katanya bimbang bayi akan dijangkiti virus Covid-19.
Sebenarnya bayi perlu pakai topeng muka ke? Untuk pengetahuan semua, bayi tak sesuai pakai topeng muka. Sudahnya nanti bayi lemas dan rimas, langkah paling baik adalah elak bawa bayi keluar rumah dan duduk rumah diam-diam.
Ikuti perkongsian Dr Arisman, MDini dan fahami penjelasannya :
BAYI PERLU PAKAI TOPENG MUKA KE TAK?
Bayi dan kanak-kanak bawah 2 tahun tidak sesuai memakai topeng muka kerana:
1. Saluran pernafasan kanak-kanak adalah sempit berbanding orang dewasa. Mudah untuk mengalami kesukaran bernafas.
2. Mereka mudah rimas dan lemas apabila memakai topeng muka. Apabila mereka rimas, mereka akan cuba untuk menanggalkan topeng muka tapi akan gagal kerana perkembangan motor halus (tangan dan jari) mereka masih belum matang.
3. Untuk mengeruhkan keadaan lagi, mereka akan meraba-raba pada muka mereka. Akan mudah dijangkiti virus jika tangan mereka kotor.
4. Topeng muka yang longgar tidak memberikan pelindungan. Topeng muka yang ketat akan melemaskan. Bayi bawah 2 tahun tidak boleh bercakap penuh lagi untuk mengatakan “tidak mahu” atau “buyao”
5. Topeng muka N95 tidak diiktiraf oleh WHO penggunaannya untuk bayi.
6. Jika mereka mengalami kesukaran bernafas, mereka tidak mampu untuk menanggalkannya sendiri dan ini boleh menyebabkan bayi lemas dan pengsan.
Cara Mencegah Yang Terbaik
Jadi, apa boleh ibu bapa lakukan bagi mencegah anak kecil anda supaya tidak dijangkiti wabak berkenaan?
Untuk mencegah jangkitan virus bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, lindungilah bayi anda dengan cara begini:
1. Hadkan sentuhan terhadap bayi
2. Jangan bawa bayi keluar dari rumah
3. Jika boleh, selimutkan bayi (cuma jangan tutup muka untuk membolehkan mereka bernafas dengan baik)
4. Ibu bapa atau penjaga perlu mencuci tangan sebelum menyentuh bayi
5. Elakkan anak-anak anda yang lain dari menyentuh bayi
6. Kerap bersihkan bayi
Akhir kata, jangan hanya fokus kepada si kecil anda sahaja ya?
Anda sebagai individu dewasa juga berisiko dijangkiti COVID-19 jika tidak mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang sewajarnya.
Paling penting, sentiasa kekal duduk di dalam rumah dan patuhi Perintah Pergerakan Kawalan.
Sumber: Petikan artikel dari Dr. yusof, dan HelloDoctor.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi mak,ayah maklumat yang tepat tentang penggunaan topeng muka kerana tidak semua orang sesuai memakai topeng muka. Pendek kata, duduk di rumah diam-diam dan jaga kebersihan sebaik mungkin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...