Biasakan Baca Surah Yusuf Sebaik Solat Subuh, Ini Kunci Rumah Tangga Bahagia

Rumah tangga bahagia itulah jadi idaman setiap pasangan suami isteri. Suami sejuk je pandang wajah isteri, isteri pula tenang setiap kali pandang wajah suami.

Bahagianya rumah tangga itulah juga buatkan rezeki masuk macam air. Rezeki itu bukan semata wang ringgit iya.. hati tenang lagi damai itu pun namanya rezeki kedamaian hati.

Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi amalan untuk kebahagiaan rumah tangga. Yang mana, pasangan suami isteri digalakkan mengamalkan surah Yusuf setiap kali solat subuh.

2 Ayat Ini Digalakkan Dibaca Sebaik Selesai Solat Subuh

 

Biasakan Baca Surah Yusuf Sebaik Solat Subuh, Ini Kunci Rumah Tangga Bahagia

 

1. Bacalah surah Yusuf, ayat 4 :

“idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”


Maksudnya:

Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya.W ahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..”

 

Biasakan Baca Surah Yusuf Sebaik Solat Subuh, Ini Kunci Rumah Tangga Bahagia

 

2. Kemudian sambung surah Thaahaa, ayat 39


“Wa alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna a’laa ‘ainii”


Maksudnya:

Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku,dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Thaahaa : 39)

Kunci Rumah Tangga Bahagia, Bagus Juga Diamalkan Ketika..

1. Baca setiap kali selepas solat subuh 3 kali baca atau lebih.

2. Setiap kali bersua atau semasa suami isteri tidur, bacalah kedua ayat di atas. Amalkan setiap hari tidak perlu membaca dengan kuat memadailah dengan hanya membaca dalam hati.

3. Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di atas sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. In shaa Allah hubungan suami isteri tambah intim.

4. Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, in shaa Allah akan dipermudahkan.

5. Jika dibaca setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang.

6. Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca doa di atas sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.

In shaa Allah izin Allah akan bertemu jodoh yang anda cari.
Semoga kebahagiaan yang kita cari akan ditemui, in shaa Allah Aaamiin Ya Allah..

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Jangan Lupa Komen

komen