
Gangguan Mistik
Pernah melalui fasa gangguan mistik, seorang wanita dikenali sebagai Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 28, sah diijabkabulkan bersama pengamal perubatan Islam yang merawatnya selama ini, Mokhtar Mohamed, 82.
Meskipun ada yang menggelar mereka ‘cucu dan datuk’, namun perbezaan umur 54 tahun itu tidak menjadi penghalang kepada ikatan rumah tangga yang terjalin.
Wanita yang pernah tular dan digelar sebagai ‘gadis api misteri’ itu berkata dia tidak lagi mengalami gangguan makhluk halus selepas berkahwin dengan suaminya.
“Alhamdulillah, kami disatukan pada Jun lalu selepas kenal selama lebih dua tahun,” kata Wan Nor Fatihah Wan Hanafi.
Sebelum ini, Wan Nor Fatihah mendapat perhatian apabila kediaman keluarganya di Kampung Penambang, Jalan PCB beberapa kali terbakar dan ‘api misteri’ itu muncul tanpa tahu punca.
Mengulas lanjut mengenai perkahwinan dengan suaminya, Wan Nor Fatihah yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, mereka mendirikan rumah tangga pada 24 Jun lalu.
“Pada awalnya, saya kenal suami sebagai pesakit dengan pengamal perubatan sahaja. Namun, selepas melihat keikhlasannya, saya terbuka untuk berkahwin dengannya.
“Keputusan saya untuk mengahwini suami tidak dipersetujui oleh nenek serta ahli keluarga yang lain sebelum akhirnya mereka bersetuju demi kebaikan saya,”
katanya.Menurutnya, walaupun ramai anggap hubungannya dengan suami sebagai ‘datuk dengan cucu’, namun tanggapan itu tidak mengecilkan hati.
“Saya bersyukur kerana suami yang juga duda selepas kematian isteri pada Februari lalu dan mempunyai tujuh anak berusia di antara 42 hingga 61 tahun itu amat memahami situasi yang dilalui dan mampu merawat saya.
“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih baik bersama suami dan ahli keluarga kedua-dua pihak juga dapat
Perkahwinan itu adalah yang kedua buatnya dan sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 40-an sebelum mereka berpisah.
Sumber: Harian Metro