
Betty Banafee
Kalau ikuti perkembangan kisah rumahtangga artis wanita ini, konflik antara Betty Banafee dan bekas suaminya sudah 8 tahun berlarutan.
Menerusi perkongsian terkini, Betty mendedahkan tindakan bekas suaminya membawa pihak luar termasuk pakar psikiatri serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumahnya kerana mendakwa Betty mendera anak-anak dan orang gajinya.
Menurut Betty, keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan kepada dirinya, malah turut memberi kesan emosi kepada anak-anak yang terlibat.
Ini apa yang dikongsikan oleh Betty Banafee sendiri di media sosial miliknya kerana rasa terbeban dengan apa yang berlaku.
“Ada tak sesiapa yang pernah dengar atau menghadapi permasalah hampir sama, bila bekas suami kamu meroyan?
“Saya dah cukup sabar, tahun ke 8, naik turun mahkamah setiap bulan, dengan melayan karenah 17 kes fail saman yang dibuka termasuk 5 komital entah apa apa benda yang dikomitalkan tak ada kena mengena dengan perintah penjagaan sementara, hanya nak buat aku sibuk menjawab affidavit dan menjadi sangat alert dengan semangat jihad demi masa depan anak yang lebih selamat dan baik.
“Tak kasihan ke tengok anak-anak nak hadap conversation negative penuh toksik setiap kali berjumpa keluarga bekas suami setiap alternate minggu?
“Kenapa ya tak fokuskan sahaja kewangan, rancangan masa depan yang baik untuk anak-anak? Daripada buang duit berperang di mahkamah hanya nak rebut kuasa penuh hak jagaan tetapi kau tak boleh jaga anak, sebab bekas suami di America,”
tulisnya.Tulisnya lagi, satu van penuh wakil dengan pakar sikologi untuk anak-anak dan orang tua, buat soal selidik atas perkara penderaan? Akhirnya akui perwatakan mereka semua sangat positif dan tiada unsur unsur penderaan.
“Apa lagi usaha nak memburukkan reputation saya wahai bekas suami dan keluarganya? Cukup-cukup lah. Letih lah. Waktu cerai dulu, langsung saya tak minta nafkah mutaah, tak minta nafkah eddah mahupun nafkah harta sepencarian.
“Cukup-cukup lah, saya hanya nak berdamai cerai mencari ketenangan jiwa dan memperbaiki diri. Salah ke lagi?
“Wahai puan peguam, jadilah peguam yang boleh menasihati anak guam kerana Allah. Kalau saya salah awak tegur dgn baik. Bukan awak ambil peluang menekan kewangan saya dengan hantaran saman yang langsung tidak mengikuti sop yang sepatutnya.
“Procedures yang asal boleh, tak pasal-pasal saya kena buat semakan lah, lanjutan tempoh submission lah, stike off lah.
“Buang masa mahkamah lah. Satu kes makan 2 tahun ke 10 tahun pun tak mustahil. Anak saya dari umur 5 tahun dia melihat kami bercerai, sekarang sudah anak dara 13 tahun. Tak habis lagi perang.
Astagfirullah.
Agak berat bagi seorang ibu kepada dua anak ini untuk menghadap situasi begini, apa pun kita doakan yang baik-baik agar anak-anak Betty Banafee dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan emosi dan mentalnya.
Sumber: Betty Banafee