Selebriti

Betty Banafe Luah Kebimbangan, Anak Lelaki Dihasut Membenci Ibu Setiap Kali Balik Dari Rumah Bekas Suami

Share

Betty Banafe luah kebimbangan, anak lelaki dihasut membenci ibu setiap kali balik dari rumah bekas suami.  Kemelut berpanjangan antara pelakon Betty Banafe dan bekas suami sekali lagi menjadi perhatian apabila Betty tampil berkongsi situasi anak lelakinya,  Bruce Dean Dargus, 10 tahun yang memberontak kerana telefon bimbitnya “disimpan” olehnya.

Terkini dalam hantaran video di facebooknya, jelas kelihatan Dean memberontak yang  mahukan telefonnya semula termasuk mahu menghantar Betty ke penjara  kerana keengganan ibunya itu memulangkan kembali telefon dibeli bapanya.

Betty Banafe Luah Kebimbangan

Tulisnya, inilah trauma dilalui oleh anak depression atas hasutan bekas suami untuk membenci ibunya.

Dalam video sama, Julia Claire Dargus, 13 dilihat membela ibunya termasuk menyuruh adiknya itu meminta maaf kepada ibu mereka ekoraan kata-kata dilemparkan ketika memberontak.

Kata Betty, tujuan dirinya berkongsi situasi anak-anak kerana konflik antara dirinya dan bekas suami termasuk hak jagaan sudah berlanjutan terlalu lama.

“Sekadar pengajaran bukan untuk membuka aib. Ada banyak lagi video sebegini. Moga ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran perkara baik dan buruk yang dilakukan oleh kita sebagai orang dewasa kepada anak anak. Dari seawal umur 3 tahun umur lagi Dean dan Julia 5 tahun diasak dengan cerita-cerita negatif tentang kami sekeluarga.

“Apa yang anak-anak pinta hanya kasih sayang yang tulus dan perhatian yang baik. Bukan di eksploitasi dan dimanipulasi. Cukup-cukup la. Kesian Dean yang mengalami delay of speech dan hanya baru bertutur dengan baik ketika darjah 1. Dan tahun tersebut baru boleh bertutur dengan jelas,” katanya dalam hantaran terbarunya.

Menerusi hantaran sama, Betty menegaskan situasi yang berlaku bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berulang kali terjadi hingga melibatkan tindakan undang-undang dan rawatan pakar.

“Perkara begini sudah berulang kali berlaku. Laporan polis atas hasutan dan mental health anak sudah berkali-kali. Aduan ke mahkamah juga sudah dibuat.

Kami turun naik hospital untuk bertemu dengan doktor psikologi dan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur untuk Julia dan Dean. Anak-anak ini mengalami gangguan emosi dan depresi yang teruk,” luahnya.

Konflik hak penjagaan anak-anak antara Betty  Banafe dan bekas suami masih berlarutan hingga ke hari ini

Menurut Betty, perubahan emosi kedua-dua anaknya didakwa berlaku setiap kali mereka pulang daripada bertemu bapa atau dari rumah keluarga sebelah.

“Setiap kali pulang dari rumah atuk nenek, juga ketika bertemu bapanya ataupun bertelepon bapanya, pasti jadi rosak ketenangan mereka untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Betty turut membangkitkan isu melibatkan telefon bimbit yang didakwanya dibeli oleh bekas suami, yang menurutnya menjadi antara punca perubahan sikap anak-anaknya.

“Telefon itu bapa dia beli… bila kasi telefon, saya rasa sedih, seperti simpan musuh dalam rumah. Jadi mata-mata bapa dia, hantar information tentang saya… lepas itu nanti saya terima saman syariah dari bapanya,” katanya.

Luahan itu diakhiri dengan persoalan yang mencerminkan kegusaran seorang ibu terhadap masa depan anak-anaknya.

“Sampai bila nak rosakkan minda mereka dengan negativity? Rosakkan hati mereka dengan dendam kesumat juga keegoan?” soal Betty.

Anak sulung pertahankan dirinya

Sebelum ini, konflik antara Betty dan bekas suami turut mencetuskan perhatian umum apabila anak sulungnya, Julia, dilaporkan enggan pulang mengikut bapanya dalam satu insiden yang tular di media sosial.

Dalam rakaman yang mendapat perhatian ramai, Julia dilihat meluahkan keletihan emosi selepas berdepan konflik keluarga yang berpanjangan selain menyatakan keinginan untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang.

Perkongsian tersebut memberi gambaran awal mengenai tekanan emosi yang dialami oleh anak-anak dalam situasi konflik ibu bapa yang berlarutan.

Fokus Kini Terhadap Kesejahteraan Emosi Anak-Anak

Berdasarkan luahan terbaharu ini, kebimbangan Betty jelas tertumpu kepada keadaan mental kedua-dua anaknya yang didakwa semakin terkesan.

Walaupun konflik antara ibu bapa masih berlanjutan, isu yang lebih besar kini adalah kesan jangka panjang terhadap emosi anak-anak yang sedang membesar dalam situasi penuh tekanan.

Dalam hal ini, persoalan yang dibangkitkan Betty menggambarkan keresahan seorang ibu  tentang sampai bila anak-anak perlu berdepan keadaan yang menurutnya menjejaskan kestabilan emosi mereka.

Dalam diam, konflik orang dewasa ini dilihat terus meninggalkan kesan kepada dua jiwa yang masih membesar.

Published by
Almaswa Haji Che Ros