Beruntungnya Intan Najuwa Sejak Kahwin Suami Tak Biarkan Buat Kerja Rumah “Awak Manjakan, Lindungi Dan Sayangi Seperti Seorang Puteri”

Share

Beruntungnya Intan Najuwa Sejak Kahwin Suami Tak Biarkan Buat Kerja Rumah. Wanita paling beruntung! Datin Intan Najuwa meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih pada suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Sempena ulang tahun perkahwinan kedua mereka, Intan yang juga ibu kepada Imane Lunara merupakan antara wanita bertuah kerana sepanjang tempoh perkahwinan suami melayan dengan baik.

Beruntungnya Intan Najuwa Sejak Kahwin Suami Tak Biarkan Buat Kerja Rumah

“Selamat ulang tahun kedua buat cinta dalam hidup saya.
“Dari hari pertama hingga sekarang, awak tak pernah biarkan
saya buat kerja rumah, tidak biar saya risau hal-hal kecil.

“Awak manjakan, lindungi dan sayangi saya seperti seorang puteri.

“Kini dengan hadirnya anak perempuan kita, Lunara cinta kita terasa lebih sempurna dan bermakna.

“Saya bahagia menjalani hidup ini bersama awak,” luah Intan menerusi akaun Instagramnya.

Baca Disini : FAUZIAH NAWI Kini Bergelar Datuk, Bersyukur Diiktiraf Ketika Masih Hidup

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Published by
Norhayati Suboh