Mak ayah disunatkan memberi nama yang elok pada anaknya yang baru lahir. Sebelum itu, mak ayah kenalah juga tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘memberi nama yang elok’. Bukan sekadar sedap pada sebutan saja.

Sebab itu mak ayah jangan sampai lakukan 8 kesilapan ini semasa beri nama pada anak. Inilah yang dimaklumkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan, Nik Mohd Nizam Bin Mohd Nasir dalam perkongsiannya sekitar bulan Disember tahun lalu.

Apabila pejabat tempatnya bekerja didatangi seorang pelanggan yang mahukan sokongannya untuk menukar nama anaknya.

Lalu beliau catatkan ilmu untuk mak ayah ‘Panduan memberi nama anak dalam Islam’. Semoga mak ayah lebih dalam kefahamannya selepas membaca dan memahami perkongsian ini.

 

5 Panduan Beri Nama Anak Dalam Islam

Menukar nama anak ini memanglah sunat, kalaulah nama anak itu nama yang buruk atau erti yang tidak baik. Ibnu Umar pernah bercerita dalam soheh Bukhari yang nabi pernah menukar nama seorang perempuan bernama Asiah (dengan huruf Ain) kepada Jamilah.

Tapi kalau dah nama tu ertinya baik, dah tak payah lah nak tukar-tukar. Adalah dinasihatkan sebelum meletak nama anak tu fikir-fikirlah dulu.

1. Nama ini tak perlulah panjang-panjang. Memadailah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yang hebatnya ada orang yang sampai 3, 4, 5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya.

Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul Ula. Bila panggil man je.. Naya anak tu nak tulis nama dia. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pula nak buh huruf.

2. Waktu sunat beri nama anak ini ada hadis yang nyatakan pada hari ke-7 dan ada pula hadis yang lain kata pada hari pertama. Oleh kerana terdapat 2 hadis yang bertentangan.

Maka Imam An-Nawawi merumuskan bahawa bagi orang yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke-7 maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama. Akan tetapi, kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke-7 barulah sunat beri nama anak pada hari tersebut.

IKLAN

3. Nama ini sebenarnya penting kerana nabi bersabda kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan bapa kamu. Maka perelokkanlah nama-nama kamu.

Antara nama-nama elok yang boleh kita beri nama ialah seperti nama nabi-nabi, dan nama Asmaul Husna. Cuma kalau nama Asmaul Husna tu jangan lupa lah letak nama Abdul kat depan tu. Dalam hadis nabi ada bersabda : Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.

4. Ada org tanya saya, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad di hadapan? Orang Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak.

Saya kata tak ada fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalah amalan, rajin-rajin lah berselawat dan buatlah seperti mana yang nabi ajar. Itu baru betul. Nak dapat syafaat ni memang tak ada kaitan dengan nama pun.

5. Soalan kedua boleh kah kita letak nama anak dengan nama malaikat? Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail.

Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dengan nama para malaikat ini hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.

IKLAN

 

Beri Nama Anak Bukan Ikut Sedap Sebut, 8 Kesilapan Ini Tanpa Sedar Mak Ayah Buat

8 Kesilapan Mak Ayah Beri Nama Anak Tanpa Sedar

1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ini nama untuk lelaki.

2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.

3. Nama Zaleha, Zaleha ini sebenarnya tak ada makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ini nama israeliyyat.

4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abang Zani. Zani itu sendiri adalah membawa erti yang tidak elok .

IKLAN

5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti Jamaluddin dan Jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pula , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.

Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti Kadir dan Qadir. Kalau Kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.

6. Tak payah lah letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari orang akan letak nama Kelantani.

7. Ada juga nama yang nama diidafatkan seperti Khairul atau Syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.

8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia Muhammad Alkhannas. Alkhannas ini bunyi memang lah best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hatilah ya.

Kalau boleh cari lah nama yang baik untuk kita letak nama anak-anak, kerana itu juga adalah merupakan doa buat mereka.

 

Beri Nama Anak Bukan Ikut Sedap Sebut, 8 Kesilapan Ini Tanpa Sedar Mak Ayah Buat

 

Sumber/Foto : Nik Nizam Nasir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI