‘Bergembiralah Di Syurga Bidadariku Siti Sarah’ Rezeki Solat Ghaib Di Makkah

Share

Kasih sayang untuk Allahyarham Siti Sarah Raisuddin terus mengalir. Jauh hingga ke bumi Makkah. Terbaru kiriman video dari Shuib berkongsi solat ghaib yang dilakukan di Makkah untuk arwah isterinya.

Rezeki Allahyarham Siti Sarah yang tidak siapa pun boleh nafikan. Kebaikan dan amal jariah yang dilakukan dalam diam, membuatkan kasih sayang orang ramai untuknya tidak tertahan-tahan.

Kredit : instagram Shuib Sepahtu

Rezeki Solat Ghaib Di Makkah

Dapat kiriman video solat ghaib jenazah dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang U ibu. Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah

.” doa Shuib untuk arwah isterinya.

Daripada live video ini, dimaklumkan Ustaz Haji Suhaimi telah meminta saudaranya di Makkah untuk melakukan solat ghaib. Saudaranya telah meminta imam masjid di daerahnya di Makkah untuk melakukan solat ghaib yang diadakan selepas Zuhur waktu Makkah.

Kira-kira 300 orang turut serta dalam solat ghaib berkenaan.

Kredit : instagram Diana Rafar

Nak Tahu Bercahaya Atau Tak, Tunggu Lepas Bersalin

Terkesan dengan video Shuib bergurau dengan Allahyarham, yang mengusik wajah isterinya ‘ada sinar’. Lalu dibalas Allahyarham, “tunggu I bersalin nanti bersinar ke bercahaya macam mana.”

Orang kata kalau mengandung muka comot, anaknya nanti muka comel

.”

Siapa pun yang melihat video berkenaan merasakan apa yang diluahkan Allahyarham itu telah Allah makbulkan.

Rakan artisnya, Diana Rafar juga mengungkapkannya, “MashaAllah memang bersinar lah wahai bidadari syurga @sitisarahraisuddin Pasti @shuibsepahtu kuat dan tenang redha dengan pemergian mu sahabat.”

Kredit : Shuib Sepahtu

Kerinduan Anak-anak

Perjuangan Allahyarham melawan virus Covid-19, dari bilik ICU sehingga bayi pramatangnya dikeluarkan secara pembedahan menjentik hati ramai orang. Membuka mata semua betapa berisikonya ibu hamil dan jangkitan Covid-19 ini.

Bayi pramatang yang selamat dilahirkan, Ayash Affan tidak dapat merasai belaian kasih ibu. Malah, tiga lagi anak kecilnya, biarpun mereka kelihatan kuat. Perasaan rindu pada ibu yang telah tiada tetap sarat tak terbendung.

Semoga Shuib dan anak-anaknya diberikan ketenangan hati untuk melalui ujian hebat ini.

Sumber/Foto : Shuib Sepahtu

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN